Wednesday, March 31, 2010

Syahdunya Redha suami...

...Renungan  Bersama...
~petikan dari Halaqah.net~
Hari ini ummi ingin mengingatkan suami dan isteri , hiduplah kita dalam redha meredhai, sebab matlamat hidup kita cuma satu, iaitu ingin mati dalam redha Allah. Mati dalam husnul khatimah. Tidak ada orang yang bercita-cita mati dalam suul khatimah...


Ummi bawa satu kiriman kisah suami isteri yang bagi ummi amat menyentuh hati, dan menjadi motivasi kepada ummi untuk terus mentaati suami agar ummi juga terpilih meniggalkan alam dunia ini seperti isteri lelaki ini...

Dan suami juga mestilah menerima isteri seadanya, didik isteri dan saat kematian nya itu yang diharapkan, mendapat redha suami, kerana redhanya Allah kepada seorang isteri bergantungnya redha suami kepada isterinya. Redhanya Allah kepada seorang suami apabila redhanya ibu bapa kepadanya.

Hayatilah kisah ini buat pedoman dan iktibar kita suami, yang baik jadikan tauladan.

KEBAHAGIAAN SEORANG SUAMI

Seorang lelaki telah berumah-tangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan, kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.

Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, ia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya.

Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan ta'ziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.

Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata: " semoga tidak ada sesiapapun dari kamu yang mengucapkan ta'ziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kata ku ini."

Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu...

Si suami meneruskan kata-katanya: " Demi Allah yang tiada AIlah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.Maha Suci Allah Ta'ala, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana ia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga ia telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi (salla 'Llahu 'alayhi wa aalihi wa sallam);

"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redho kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."
Tatkala akan meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata:
"Wahai Allah, Aku sesungguhnya redho kepadanya, maka redhoilah ia." Kulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku..
   
     Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat ku gambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang ku rasakan ini.
Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan ta'ziah kepada ku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redho kepadanya.. Semoga Allah Ta'ala menerima isteriku dengan keredhoan-Nya.
        Renungan untuk ana dan semua..m0ga kita ber0leh redha dari Allah dan jua suami..ayo!jadi muslimah solehah!

Monday, March 29, 2010

buku dari KLIBF...

   Alhamdulillah..ana diberi kesempatan ke Pesta Buku Antarabangsa di PWTC ptg td..mmg dah saat akhir kiranya..dua dari buku yang ana mmg dah listkan dpt ana beli alhamdulillah..cuma buku DIMANA DIA DIHATI KITA dari Pahrol Juoi ana tak sempat nak beli..tapi apapun,syukur sangat..hmm..ana juga tak berkesempatan bertemu novelis kegemaran,kak Fatimah Syarha bersama suami dan anak..disebabkan ana tiba di sana ptg..mudah-mudahan di masa akan datang,ana diberi peluang oleh Allah untuk bertemu dengannya..amin..
   Di sini ana nak kongsikan serba sedikit tentang tiga  buku yang ana baru shj beli di sana..
-Tawajuh Cinta karya Juwairiah Md. Jamil

   sin0psis:3 cerpen hasil karya penulis muda ini dihimpunkan dalam satu kumpulan cerpen "Tawajuh Cinta" yang menyelami kehidupan dan jiwa remaja dalam menghadapi pelbagai konflik dan keindahan makna cinta.Berkisar kehidupan dan keluarga yang tidak lari dari pencarian keredaan Allah..
-Denyut Kasih Medik karya Dr. Farhan Hadi

 
 sin0psis:erupakan sebuah kisah perjuangan seorang doktor muda mengaplikasikan syariat di hospital ketika bergelar doktor pelatih(houseman).Ia juga kisah masyarakat kerana menyentuh isu-isu perubatan dalam kehidupan masyarakat.Bukan itu sahaja,ia kisah seorang pemuda yang hidupnya sarat impian dan cita-cita.Lebih menarik,ia bukan sahaja menyentuh fiqh perubatan,bahkan turut menyelitkan fiqh wanita dan fiqh cinta.
-Sinergi karya Hilal Asyraf

sin0psis:Ukhuwwah dua sahabat,Rasyid Zakwan dan Irfan Hakimi,menyebarkan 'aura' harmoni kepada masyarakat sekeliling khususnya pelajar melayu di Jordan.Konflik mula timbul dengan kehadiran Sara Nasuha.Bukan konflik dengki-mendengki tetapi konflik untuk menjaga kelansungan ukhuwwah yang berlandaskan keimanan.Disaster Five hadir dengan misi membuat kacau-bilau.Konflik dua sahabat diambil sebagai peluang keemasan bagi merosakkan ukhuwwah mereka.Irfan dan rakan-rakan bertindak balas untuk 'menawan'.Tetapi siapa yang menawan siapa?Sebesar-besar dendam dan selicik-licik Disaster Five,ada insan yang lebih besar dendamnya dan lebih licik tindakannya.Dia ialah...Secret.
  Buat sahabat2 sekalian,marilah membaca buku2 ini..:)..banyak faedahnya..mendekatkan kita kepadaNya..Doa ana buat penulis2 novel islami seperti saudari Juwairiah,Dr Farhan Hadi dan saudara Hilal Asyraf,moga usaha kalian mendapat keberkatanNya..amin..

Thursday, March 25, 2010

pengumuman..JOM MASUK U




Karnival Pengajian Tinggi Negara (KPTN) Tahun 2009 adalah Anjuran Kementerian Pengajian Tinggi Dengan Kerjasama Kementerian Pelajaran MALAYSIA. "JOM MASUK U" merupakan program tahunan KPT dan telah dilaksanakan semenjak tahun 2005. Program ini diteruskan pada tahun 2009 untuk tahun ke 5 pelaksanaan berdasarkan maklum balas positif yang diterima dari kaunselor, pendidik, pelajar, ibu bapa, masyarakat umum dan stake holders lain. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).



KPT telah menggunakan tagline ‘’JOM MASUK U’’ bagi memotivasikan para pemohon untuk mendapatkan maklumat tepat dan terkini mengenai peluang pendidikan tinggi di Malaysia.
UNTUK MAKLUMAT LANJUT..
http://upu.mohe.gov.my/portal/outreach/hebahan.php
http://upu.mohe.gov.my/index1.php

perjalanan ini..





Tak terucap kepiluan ini
Titik hitam yang menghijab hati
Hitung dosa saat pergi takkan kembali
Sisa umur tidak undur lagi

Perjalanan dalam kehidupan
Bukan jauh ketentuan datang
Mungkin esok takdir takkan dapat dihalang
Untung nasib di genggaman Tuhan

Isi alam puspa warna
Bukti Tuhan Maha Kuasa
Ke manakah arah tuju
Hukum Tuhan pasti berlaku

Bukan tempat lalai leka
Di dunia bakti ditempa
Tanam budi luhur murni
Di akhirat tempat abadi

Himpun doa dipohon harapan
Pinta Rahmat petunjuk pimpinan
Ikhtiar usaha moga dengn Nur dari Tuhan
Suluh terang jalan kebahagiaan

  Perjalanan kita masih jauh...menuju alam yang kekal dan pasti..dunia bukan tempat lalai dan leka,tetapi tempat untuk kita bercucuk tanam sebanyak mungkin amalan untuk bekalan di sana kelak..namun hati ini selalu lupa,kalah dek hasutan nafsu yang melalaikan..
  Kekadang terfikir alangkah bagus andai diri tak pernah melakukan kesilapan dan dosa..jadi,apa guna diciptakan syurga dan neraka??pasti terselit hikmah dariNya yang kita tak tahu..mungkin setelah menyedari dosa yang tlah dlakukan,diri akan lebih dekat denganNya,lebih selalu ingin ingat padaNya..
  Jangan sesekali menyesal atas apa yang telah kita lakukan..ambil pengajaran dan jauhi dari mengulanginya buat kali kedua..Allah pasti menggantikannya dengan sesuatu yang lebih indah dari itu kelak..Punca ia berlaku, kita sendiri bisa menjawabnya..Muhasabah diri..Pada ana,kurang mengingatiNya adalah punca kita mudah tewas dengan bisikan syaitan..kekadang niat untuk melakukan sesuatu yang mulia juga boleh terpesong andai termakan bisikan dari syaitan untuk berasa riak dan takabbur..Alangkah ruginya pahala bertukar menjadi dosa..Nauzubillah...
  Sebelum memulakan hidup baru bagi menjamin masa depan,betulkan niat.Berubahlah kerana Allah..kerana Dia yang memberikan kita kesempatan untuk berubah..Kejayaan yang bakal kita peroleh pula milik semua..untuk islam..jadi,dlm usaha untuk berubah,jagalah hubungan sesama manusia..doa mereka untuk kita bakal menyusur andai hubungan terjaga..Dan yang paling penting..letaklah seluruh kebergantungan kita kepada Allah..Yakinlah denganNya..Usaha,Doa,Tawakkal a'lAllah..
 
     Bantulah aku Ya Allah dalam perjuangan yang tak seberapa ini andai dibandingkan dgn perjuangan RasulMu..Bantulah aku untuk berubah menjadi yang lebih baik dan sentiasa di jalanMu..Jauh dari mendatangkan fitnah..Amin..

~Aku cinta Allah~
Andaikan diriku bisa seperti yang lain
Yang Kau sayang
Yang Kau rindukan
Yang Kau cintai

Aku lemah tanpa-Mu aku lelah
Aku sungguh tak berdaya
Tolong ku tolong ku Yaa Allah

Setiap air mata ku mengalir
Allah aku lemah dan tak berarti
Setiap derai tangis membasahi
Allah jangan tinggalkan kau lagi

Aku sayang Allah
Aku rindu Allah
Aku cinta Allah
........(^_^)..........

Sunday, March 21, 2010

Sahabat..ku rindu...

   Assalamualaikum..ntah apa yang membuatkan ana terkenangkankan teman-teman seperjuangan  di SARJANA..walaupun masih baru meninggalkan dunia sekolah..hmm..rindu sangat..mungkin ini dinamakan manisnya ukhuwwah yang terjalin kerana Allah..walaupun entah bila Allah mahu pertemukan kita,namun ana masih boleh berhubung mlalui nset,ym..tapi masih belum berasa puas..rindu ingin sama2 ke sekolah,makan..sama2 puasa,ke masjid utk solat..semua itu indah belaka..takkan ana lupe semua knangan indah e2..fyra,sheha,zatie suhimi,una,zati hairussam,db0t..hm..ramai lagi sbenarnye.2 all banat f0rm 5 SARJANA 2009,ana kangan sama kamu semua..kangan bangat..

                                                  

         Lagu buat sahabat2ku...
Kulayarkan kerinduan di lautan memori

Mengimbau kenangan indah yang menyentuh emosi
Masih segar di ingatan saat mesra berputik
Hadirmu bawa sinaran cahaya inspirasi

Sahabat
kau sesungguhnya
Temanku di kala suka dan lara

Tika ku buntu diselubungi sendu
Kau tiupkan ketabahan untuk ku ukir senyuman
Bagaikan embun hilang diterbit fajar
Kau pergi jauh mengejar cita
Menggapai redha yang ESA

Duhai sahabat dengarkanlah
Bicara hati ini
Meskipun jarak memisahkan
Namun tiada noktah kasih
Biarlah waktu menentukan
Nilai ukhwah yang terjalin
Terusakanlah perjuangan
Hingga ketitisan darah yang terakhir

Dan aku...masih di sini
Terus mendaki puncak tertinggi hidupku
Dan aku...terus menanti
Saat yang manis akan berulang kembali
Sahabat...
Sahabat..m0ga persahabatan yang terjalin mendapat redha dariNYA..uhibbukum fiLLah~~

Friday, March 19, 2010

Sanah Helwa Iqin!!

  



   Syukur..Hari nie,genaplah umur ana 18 tahun hidup di dunia..Allah masih panjangkan umur ana..alhamdulillah..Makin bertambah umur kita,makin dekat kita dengan hari kematian..namun adakah amal kita juga seiring bertambah dengan usia??tepuk dada tanya iman..di sini ana ingin kongsikan aktikel yang menarik untuk kita renungi..dipetik dari sahabatinteraktif@yahoogroups.com..
  Kenapa kita sambut tarikh lahir? Ada banyak sebab dan rahsia tentunya,kalau tidak takkan ia boleh menjadi sebab bermasam muka apabila tidak diraikan atau tidak dipedulikan tarikh keramat itu. Sebab itulah orang suka buat kejutan supaya lebih menarik. Moga giliran kita pun dibuat kejutan juga. Ada ubi ada batas, ada hari patut kamu balas!
    Sebenarnya, sambutan hari lahir sangat penting. Pentingnya bukan kerana majlis hari jadi dengan kuih dan kek tetapi sangat penting kerana ia mengingatkan kita bahawa umur kita semakin meningkat. Makin meningkat maknanya makin banyak umur. Makin banyak umur, semakin banyaklah lilin dinyalakan atas kek harijadi. Habis tertutup dekorasi kek, maklum, lilin yang mewakili umur terlalu banyak. Tapi jangan lupa, sebenarnya, makin banyak umur ertinya makin kurang umur. Makin kurang umur sama juga dengan erti makin dekat dengan mati! Hu hu...
    Tidak salah bergembira dengan majlis itu tetapi sepatutnya tarikh itu dijadikan peluang untuk bermuhasabah umur bertambah, duit bertambah, anak bertambah, semua bertambah tetapi sudahkah amal soleh bertambah? Bagaimana dengan solat? Makin khusyuk atau masih melayang? Solat lama-lama yang ditinggal dulu sudah diganti (qada) atau belum? Hutang puasa macam mana, zakat sudah dilangsaikan semua? Hutang dengan Allah,tanggungjawab sebagai suami, isteri, dengan ibu ayah, dengan anak-anak pula seperti dulu atau makin bertambah kualiti dalam serba-serbinya?
    Di sebalik sambutan hari lahir pengajaran yang sangat penting ialah betapa sangat berharganya masa dan kehidupan. Ada orang kata 'masa itu emas'.Ungkapan ini tidak tepat sebab hilang emas boleh dicari dan diganti tetapi apabila masa yang hilang tiada galang gantinya. Masa itu adalah kehidupan.Sesiapa yang membuang masa sebenarnya sedang membunuh kehidupannya sendiri.Hidup tidak berhenti seperti air sungai terus mengalir. Dalam berusaha,jangan berhenti untuk mencari bekalan dan mengumpul tenaga demi meneruskan perjuangan.
    Orang mukmin seperti semut, kata pepatah Arab. Kenapa orang mukmin itu dibandingkan dengan semut? Semut dalam bahasa Arab 'an-namlah.' Makna 'an-namlah' ialah bergerak. Semut akan bergerak saja, tidak pernah tengok semut tertidur. Kita pun mesti bergerak, akal bergerak namanya berfikir,darah mengalir ertinya sihat, mata memandang ertinya merenung dan mengkaji,jangan berhenti. Telinga mendengar maknanya prihatin dengan diri dan keluarga, anak-anak dan sekitar, termasuk juga sekitar antarabangsa duniaIslam.
  Hari lahir juga mengajar erti persiapan kepada mati. Mati ini pelik bagi kita tetapi di sisi Allah tidak pelik. Ada orang itu masih remaja, sihat tetapi tiba-tiba boleh mati. Pelik tetapi bagi Allah biasa saja. Jadi, kita yang tidak tahu bila akan mati ketika sambut 'birthday' ketika umur makin susut lebih bersedia untuk 'hari esok'.
Tetapi kita buat tidak kisah saja pasal mati. Pernah kita dengar ada yang kena strok sebab terkejut dengan kebakaran, kalah bola dan sebagainya?Pernah kita dengar ada orang yang kena strok kerana teringat dosa yang membawa ke neraka? Kita sanggup berjaga malam untuk menonton bola sepak, gusti, tetapi pernahkah kita bersengkang mata demi bermunajat kepada Allah?
   Setiap malam Mama Teresa hanya tidur empat jam. Ketika ditanya kenapa kurang tidur? Dia menjawab 'setelah mati nanti yang kita lakukan ialah tidur',walaupun dia bukan seorang Muslimah. Mengapa kita yang tahu ada alam kubur,neraka syurga, ada timbangan, ada titian sirat, selalu menghiasi mata dengan tidur.Bukan tidak boleh ketawa dan gembira ketika menyambut 'birthday'. Boleh,tetapi jangan sampai terlupa dosa yang sudah kita calari dan kotori. Marilah kita bergembira dengan umur yang bertambah seiring dengan itu amal pun turut bertambah supaya bahagia di dunia dan selamat daripada api neraka.

  Selamat hari lahir supaya lahirkan jiwa yang baru dengan cita-cita dan cinta!Sekadar menanjangkan peringatan untuk diri saya sendiri dan juga
teman-teman yang lain.Azam ana..nak jdikan hidup slepas ini lebih bermakna..jauh dari mlakukan perkara yg sia2 dan tidak berfaedah..Moga amal juga bertambah,ikhlas dan istiqamah dlm beribadah!!amin..



Sunday, March 14, 2010

Kuatkan hamba..

 
   Alhamdulillah..tahmid dan syukur buat Tuhan sekalian alam..Tuhan yang menetapkan segala yang terjadi di langit dan di bumi..Pada tanggal 11 Mac yang lalu,keputusan SPM keluar..ana berusaha sebagai hamba yang lemah bersyukur dan redha dengan ketentuanNya..walaupun pahit untuk ditelan,namun apa lagi yang mampu aku lakukan,setelah berusaha,kuserahkan segala urusan kepadaMu Ya Allah..Engkau Maha mengetahui asbab semua yang kau berikan kepadaku..Aku yakin Ya Allah,disebalik kesedihan yang Kau berikan ini,terselit seinfiniti hikmah yang hanya Engkau yang tahu..
  Alhamdulillah,keluarga ana redha dgn apa yang ana dapat..Kata ayah,"ini rezekimu duhai anak".Kata ibu,"Allah sedang mengujimu..telah banyak nikmat yang Dia beri tanpa kita sedar..Dia ingin kau lebih dekat denganNya..dekat sekali..Mungkin di saat kau sedang seronok dengan nikmatNya,kau lupa pada yang memberi..".Benar kata mereka..Ini bukan penamat bagiku..Perjalananku masih jauh..Mungkin jalan yang kuidam-idamkan selama ini bakal memesongkan aku jauh dariMu..Mungkin jua aku takkan berjaya dengannya..
  Firman Allah dalam Surah Al Baqarah ayat 284,Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...Ini bermaksud,Allah tahu yang aku mampu menghadapinya..mungkin ini balasan atas semua dosa2 yang telah aku lakukan..Masakan seorang yang dididik dengan biah solehah di sekolah agama tak dapat menerima semua ini?Aku merenung ke dalam diri.Apa guna belajar ilmu agama andai tidak diamalkan...terimalah semua ini sebagai batu loncatan untuk aku lebih berusaha dengan gigih untuk berjaya...
  Ya Allah,berikan daku kekuatan untuk menghadapi semua ini..dan semua yang bakal Kau berikan..aku hambaMu yang lemah..pinjamkan aku sedikit kekuatanMu untuk aku terus di jalanMu..Wahai Allah,jauhkan aku dari putus asa..bimbing aku untuk memandang ujian dariMu ini sebagai motivasi bagiku..Yakinkan aku dengan janji-janjiMu buat hamba-hambaMu yang beriman..amin,amin ya Rabbal a'lamin..

Wednesday, March 10, 2010

TIPS BERURUSAN DENGAN LELAKI

SUMBER:ILUVISLAM.COM

Berikut adalah 5 tips bagaimana berurusan dengan lelaki ajnabi. Tips-tips ini telah dikongsi oleh seorang sahabat yang amat disegani oleh kaum lelaki dan kaum wanita. Semoga dengan mengamalkan perbatasan hubungan ini, akan lebih mensucikan hati kita dan hati mereka. Sama-samalah kita menjaga hati...

1. Elakkan berurusan dengan lelaki - Selagi masih boleh dan berpeluang untuk minta tolong daripada perempuan. Kecuali dalam hal seperti dalam hal repair kereta, repair laptop dan lain-lain. Disebabkan limitation kemampuan wanita dalam hal tersebut, maka terpaksalah juga akhirnya minta bantuan daripada orang lelaki.

2. Kalau terpaksa berkomunikasi dengan orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan seperti SMS, e-mail atau nota kecil. Gunakan perkataan-perkataan formal,bukan bahasa pasar. Contoh :maaf(bukan sorrie..), terima kasih(bukan time kacih..). Lagi satu, tak payahlah buat smiley face ke =),gelak ke (hihihi..), dan lain-lain yang kurang berfaedah.

Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum betul-betul desperate. Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa insan yang bernama lelaki. Buktinya sampai ALLAH sound kepada wanita supaya keraskan suara! Rujuk Quran,Surah Al-Ahzab, ayat 32 :"Wahai isteri-isteri nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah-lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik." Kalau rasa ayat ini ditujukan kepada isteri-isteri nabi sahaja, sepatutnya kita juga menyahut seruan tersebut untuk mencapai darjat yang sama seperti mereka-darjat wanita bertaqwa dan darjat wanita-wanita yang terpilih. Best kan ???

3. Tundukkan hati. Apabila terpaksa berurusan dengan lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang-kerana takut pada ALLAH! Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki tersebut tertarik kepada kita. Sewaktu berhadapan dengan lelaki-lelaki tersebut, banyakkan beristighfar dan berdoa “ YA ALLAH, janganlah KAU jadikan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya daripada panahan-panahan syaitan.”

4. Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dengan subjek communication skills yang pernah kita belajar, "make eye contact with the person you’re talking to..". Ianya applicable kalau kita bercakap dengan sesama jantina sahaja. Kalau ada eye contact dengan orang yang berlainan jantina, kita akan mendapati teori “dari mata turun ke hati” itu benar-benar bisa berlaku.

Para sahabat dahulu pun, ALLAH perintahkan supaya tahan pandangan mata mereka apabila berurusan dengan isteri-isteri nabi. Rujuk kembali Surah Al-Ahzab, ayat 53 :"…apabila kamu meminta sesuatu daripada isteri nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagimu dan hati mereka…". Tetapi kita bukanlah disuruh membawa tabir ke mana-mana kita pergi. Kalau susah sangat nak jaga mata, tutuplah pandangan dengan buku ke, fail ke..

Kita lihat betapa ALLAH sangat mengambil berat masalah hati para sahabat dan isteri-isteri nabi supaya mereka tidak tewas ke dalm kemungkaran. Kalau kita nak jadi sehebat mereka, kenalah aplikasikan apa yang mereka lakukan. Takkan nak tunggu ALLAH sebut nama kita dalam Quran baru nak buat. Contoh :"Wahai cik _____, tundukkanlah pandangan..". Isk,isk..tak layaknya..

5. Cepatkan urusan. Perkara ini mungkin applicable kepada students/orang yang dah bekerja dan terpaksa berurusan dengan team lelaki. Dah tak dapat nak dielakkan, mereka sahaja teammate kita. So, apa-apa kerja yang dibuat bersama, buat sahajalah kerja tersebut. Tak payahlah nak berborak-borak, tanya hal peribadi, gelak-gelak, buat lawak..tak perlu,TAK PERLU! Siapkan kerja cepat-cepat, then go.

Discussion venue pula buatlah di tempat yang proper dan berurusanlah secara professional. Semoga bermanfaat dan semoga kita dikenali sebagai wanita mu’minah yang ada identiti, yang taat perintah ALLAH dan takutkan hari pembalasan. Semoga tidak melalaikan diri kita dan orang yang menerimanya. Jagalah diri, hiasi peribadi. Wassalam.

Sunday, March 7, 2010

~Wanita:Agar Dikau Bahagia~

Kepada setiap muslimah yang rela Allah swt sebagai Rabbnya, Islam sebagai agamanya dan Muhammad sebagai Rasulnya.


Kepada setiap pendidik yang berjihad di jalan Allah dengan untaian kalimahnya, menjaga norma-norma nya dan menyucikan jiwanya.

Kepada wanita yang bimbang dan bersedih, berbahagialah dengan dekatnya kemudahan, datangnya pertolongan Allah swt serta janji pahala yang besar dan terhapus segala dosa.

Tidak ada kecantikan bagi seorang wanita, tiada pula keindahan, harga diri dan kedudukan kecuali beriman kepada Allah swt. Apabila dirinya tegak di atas jalan ini, maka dia lah wanita yang mendapat petunjuk, diterima amalnya dan menjadi wanita pilihan disisi RabbNya.

Namun, jika dia melepaskan jalan kebenaran tersebut,kafir terhadap Tuhannya, mengingkari agamanya dan melepaskan tuntutanNya, maka dia lah cermin kepada wanita yang murahan, hina dan terbuang.

Pada saat itulah sinar kecantikan seorang wanita mula menghilang, walau berkalung gugusan bintang di langit, meskipun bermahkota bintang gemini dan matahari terbit di keningnya.

Wahai wanita muslimah yang jujur, wahai wanita mu'minah yang selalu kembali kepada Allah.
Jadikanlah dirimu itu seperti sepohon kurma. Jauh dari keburukan, menjulang tinggi menghindar dari sifat mengangau. Dilempar dengan batu dia menjatuhkan buahnya, tetap hijau pada musim panas mahupun dingin dan memberikan manfaat kepada sekalian manusia.

Jadilah engkau orang yang menjauhi perkara-perkara yang rendah, keperibadianmu terjaga dari segala pola hidup yang menipu rasa malu. Ucapanmu adalah zikir, pandanganmu melahirkan ibrah, diammu adalah berfikir.

Saat itulah engkau mendapatkan ketenangan dan akan diterima oleh penduduk bumi. Tercurah segala pujian yang baik-baik, doa yang jujur dari semua makhluk, dan Allah swt akan menjauhkanmu dari awan kesempitan, bayang-bayang ketakutan, dan gumpalan kekeruhan.

Tidurlah berbantalkan curahan doa orang-orang mu'min, lalu bangunlah untuk meraih pujian yang ditujukan kepadamu. Saat itulah engkau mula menyedari bahawa kebahagiaan bukan terdapat pada simpanan harta, kad kredit dan kereta, rumah yang bagaikan istana, mahupun pada kasih nya seorang manusia, namun pada ketaatan terhadap Zat Yang Maha Terpuji. Kedamaian hidup bukan pada hiasan keduniaan, bukan pula mengabdi kepada hamba, namun kepada kepatuhan terhadap Zat Yang Maha Mulia.

Pesanku, jadilah seorang wanita yang bermaruah, yang punya kedudukan tinggi di sisi Tuhannya. Di mana namanya sentiasa disebut-sebut dalam kalangan para malaikat, dan yang berjaya memperoleh cinta yang Teragung, iaitu cintanya Ya Rabb lantas menjadi wanita yang paling bahagia di dunia.

ARTIKEL DIPETIK DARI ILUVISLAM.COM

Friday, March 5, 2010

Karya Fatimah Syarha Mohd Noordin

Assalamualaikum…Alhamdulillah syukur kupanjatkan kehadrat Ilahi..aku masihbisa bernafas di dalam agamaMu Ya Allah..posting kali ini ana nak kongsikan serba sedikit ttg ape yang ana dpt dari karya2 kak Fatimah Syarha..Dalam bnyak2 buku karya beliau,buku yang pertama skali ana bace,novel Tautan Hati..novel ni dah lme dkeluarkan..Novel nie pd pandangan ana mmg sesuai untuk bacaan muda-mudi sekarang..mmg mendidik rohani..Antara perkara penting yang ana dpt:









-pentingnya seorang muslimah itu menjaga dirinya dgn baik..berusaha sehabis baik menjadi yg solehah.

-memiliki cinta Ilahi sebelum cinta hambaNya dtg..cintaNya tak pernah menghampakan sesiapapun..

-memelihara ukhuwah sebaik-baiknya..bersangka baik dlm menjalinkan persahabatan..

-menjaga hubungan dgn Allah dan hubungan dengan manusia..hablun minannas,hablun minAllah..

-selalu amalkan zikir qalb..

-bersabar menghadapi sebarang ujian dariNya..sesungguhnya Dialah sebaik2 pengatur..





Buku beliau kedua yang ana dah khatam,buku Pemilik Cintaku Setelah Allah Dan Rasul..subhanAllah..jln cerita yg dsampaikan mmg bagus..ssuai utk adik2 remaja yang baru nak mengenali cinta,bakal2 pengantin baru,pengantin baru,para suami,para isteri dan ibu bapa..pesanan dari kak ha yang amat berkesan dlm diri ana,"Cintailah Allah,nescaya cinta pasangan soleh turut kaumiliki".Kisah dalam buku nie menyerlahkan sesusuk peribadi seorang suami yang boleh dicontohi dengan watak Dr.Muslih..Antare yang penting dlm buku nie:







-berpegang teguh dgn pendirian,"tiada cinta sebelum kahwin"..sbb sedia maklum,percintaan sebelum termaterainya lafaz akad seringkali bertukar menjadi fitnah..akan hilang barakah dan kemanisan sewaktu di alam rumahtangga.Cinta lalai pula hanya akan menyebabkan kita alpa drpd mempersiapkan diri untuk keperluan di duniania dan di akhirat..jika berjaya melangkah ke alam rumah tangga sekalipun,ia terbina atas dasar maksiat.pasti mengundang padah pada zuriat..

-memberi contoh buat bakal suami..cara yang terbaik untuk mendekati muslimah untuk meminang..

-menceritakan tentang sebuah keluarga yang di bina atas dasar islam..sebuah institusi keluarga yang membawa ke syurga Illahi..

-dan yang paling menarik,di dalam buku ini juga diselitkan kewajipan2 sebagai seorang muslim..beserta dalil yang kukuh..





Buku ketiga karya kak ha yang sudah ana bace,novel Syabab Musafir Kasih..novel nie menceritakan tentang seorang anak yatim yang bernama Syabab menjalani hidupnya yang pada permulaanya terumbang-ambing,di bantu oleh jirannya yang prihatin bernama Mumtazah.Syabab membina dirinya dan akhirnya berjaya menjadi graduan Bumi Barakah..antara pengajaran yang dapat diambil:











-Syabab(pemuda) itu pemimpin…berusaha menjadikan diri sebagai lelaki acuan al-quran..

-Letakkan seluruh kebergantungan kita kepada Allah..setelah berusaha,ikhtiar,berserahlah segalanya kepadaNya..

-Yakin dengan Allah.Setiap ujian dan dugaan yang menimpa,pasti ada hikmah yang tersembunyi..Redha dengan ketentuanNya..

-Berpegang teguh dengan harta peninggalan Junjungan..Al-quran dan As-sunnah..







Akhir kalam,buat antum yg belum membaca buku2 di atas,jgn lengah2!antum sume harus bace..banyak input yang boleh kita ambil dari kisah2 yang ada..sekian,wAllahua'lam..

Wednesday, March 3, 2010

Air Mata Junjungan-HALAQAH TV 9

   Pada 28 Feb 2010 yang lepas,ana dan ibu menonton halaqah bersama memandangkan famili ana yang len dah tidur..mmg kami berdua sudah menanti sejak iklan halaqah yang bertajuk Air Mata Junjungan disiarkan sempena sambutan maulidurrasul pada jumaat sebelumnya.Seperti ada sesuatu yang membuatkan ana semangat utk menontonnya :)..Dan ia memang tidak menghampakan kami..pihak halaqah menjemput Pak Andy,seorang trainer dari ESQ Leadership Centre menyampaikan kisah kewafatan Nabi Muhammad S.A.W..penyampaian beliau pada mlm tu sgt menyentuh..dalam penyampaiannya,kita dpt tahu betapa Junjungan amat menyayangi ummatnya,iaitu kita..ana mengajak sume,meh le tonton video nie..
   VIDEO BHGN 1-http://www.youtube.com/watch?v=Yjg_yGXsZMg&feature=related
   VIDEO BHGN 2-http://www.youtube.com/watch?v=Xglym9W7Hqw

   Ya Allah,andai air mata yang mengalir ini tanda cintaku pada kekasihMu,kekalkanlah rasa cinta itu..Andai ia sekadar air mata kosong,berilah aku hidayah untuk merasai manisnya cinta itu..Untuk renungan bersama...Adakah rasa  cinta kita pada Junjungan cukup sekadar berasa sedih?mana buktinya cinta kita pada Junjungan??Tepuk dada,tanya iman..

Tuesday, March 2, 2010

Allah mengampunkan dosa mereka...

 



  Dari Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda:Allah Tabaraka Wa Ta'la mempunyai para malaikat yang ditugaskan mencari majlis zikir,sebaik saja mereka menjumpai majlis zikir,maka mereka duduk bersama orang2 yang sedang berzikir itu dengan sayap-sayap mereka sehingga memenuhi ruang antara mereka dengan langit di dunia.
  Apabila majlis zikir itu tamat,maka para malaikat akan naik kembali ke langit.Lalu Allah S.W.T bertanya mereka:"Wahai para malaikatKu,dari manakah kamu semua?"Kata para malaikat:"Ya Tuhan kami,kami baru saja balik dari memeriksa hamba-hambaMu di bumi,mereka bertasbih,takbir,tahlil dan tahmid serta memohon kepadaMu." Sebenarnya Allah lebih mengetahui tentang perbuatan mereka dan semua makhluk ciptaanNya.Setelah Allah mendengar kata-kata para malaikatNya,maka Allah pun berkata:"Wahai para malaikatku,apakah yang mereka pinta kepadaKu?"Kata para malaikat:"Hamba-hambaMu itu memohon syurga dariMu." Allah bertanya lagi:"Pernahkah mereka lihat akan syurga itu?"Kata para malaikat lagi:"Mereka tidak pernah melihat syurga itu."
 Kata Allah S.W.T :"Hamba-hambaku memohon syurga padahal mereka tidak pernah melihatnya apatahlagi kalau mereka melihat syurga itu".Kata para malaikat:"Mereka juga memohon kebebasan". Allah bertanya:"Mohon bebas dari apa?".Kata para malaikat: HambaMu itu memohon kepadaMu supaya  mereka itu dibebaskan dari neraka jahannam". Allah bertanya para malaikat lagi:"Pernahkah hamba-hambaKu itu melihat nerakaKu?" Jawab para malaikat:"Tidak Ya Allah."Allah berkata:"Hamba-hambaKu iytu tidak pernah melihat neraka jahannam,tapi mereka memohon supaya dibebaskan dari nya,apalagi kalau mereka melihatnya".
Kemudian  para malaikat berkata lagi:"Ya Allah, hambaMu itu memohon ampun kepadaMu," Allah berkata:"Dengarlah wahai para malaikatKu,aku mengampuni mereka itu dan aku akan memberi apa yang mereka minta serta membebaskan mereka dari api neraka yang mereka takut itu." Kta malaikat lagi:"Ya Allah,di antara mereka itu terdapat seorang hamba yang penuh dengan dosa,dia melalui majlis itu lalu duduk bersama dengan mereka yang sedang berzikir". Allah berkata:"Orang itupun Kuampuni,begitu juga dengan setiap orang yang terlibat dalam majlis zikir itu,tidak ada yang celaka".