Friday, May 7, 2010

Dunia Baruku,KMPk

 

  Salam buat semua..Alhamdulillah,segala puji-pujian hanya untukmu ya Tuhan..Terima kasih atas segala nikmat yang tlah Kau beri kepadaku..jua nikmat kesempatan untuk aku menulis kembali..setelah difikirkan semula,ana rasa rindu nak berblogging..mungkin ana baru sedar,tak semestinya mesti selalu di update,tapi yang penting pengisiannya berguna untuk ramai orang..kalau asyik update hari-hari pun,isinya kosong tak berguna juga..
  Syukur..ana ditawarkan ke matrikulasi..biarpun keputusan tak secemerlang seperti sahabat yang lain,tapi Allah masih beri ruang untuk ana menimba ilmu-ilmuNya..alhamdulillah..baru sebentar tadi ana bertanya kakak saudara tentang kehidupan di sana(memandangkan beliau pernah menuntut di sana sebelum menerima tawaran ke asasi UM).Serba sedikit kekusutan hilang..Nampaknya,bukan mudah hidup berdikari setelah keluar dari alam persekolahan.Lebih banyak hal dan ujian yang perlu ditempuhi..nasihat kak ila,"jaga diri baik2 tau,banyak ujian di sana kelak,"..pendek,tapi penuh makna..
  Ana terfikir sejenak,mampukah aku buat banyak mende dalam satu masa?kata kak ila,kat sana kuliah setiap hari..time blajar dari pukul 8 sampai pukul 5 ptg..malam pulak ada kuiz..memang penuh..oleh itu,ana ade search opinion2 di internet tenteng matrik..ini antaranya..
 
   "Kalau anda menghadapi program SATU TAHUN matrikulasi, dengan matlamat jelas nak cepat dapat belajar ke ijazah maka pilih matrikulasi. INGAT! matrikulasi sememangnya bakal menguji kemampuan anda. Ada segolongan individu takut ke matrikulasi kerana takut gagal. Well, memanglah ada peluang gagal jika gagal merancang kejayaan sendiri. Matrikulasi adalah program khas, program terpantas masuk ke peringkat ijazah. Dalam usia 19 tahun awak dah menjejak kaki dlam tahun pertama ijazah, berbanding program diploma yang memakan masa 3 tahun. Ketika usia 21 tahun barulah menjadi pelajar ijazah di tahun pertama. Nampak tak bezanya. Matrikulasi mencabar tetapi berbaloi kerana dgn itu awak berpeluang (dgn syarat berjaya dengan cemerlang di matrikulasi dan ijazah) memotong pelajar lepasan diploma yang baru belajar ke ijazah dengan memasuki dunia pekerjaan lebih cepat. Di usia 22 tahun awak dah boleh mencari pekerjaan bersandarkan ijazah awak. Takkah berbaloi ke matrikulasi. Tetapi pastikan awak mengubah kaedah belajar dan strategi belajar, matrikulasi bukannya SPM lagi."

lagi ....
Pastikan sahaja kehadiran anda di kolej matrkulasi nanti dengan tekad yang jelas. NGPK mesti dijadian sasaran utama, pastikan tertinggi dan subjek/courses paper dapat capai gred yang terbaik. Anyway, tips sifu ialah, SEM 1 mesti target dan usahakan NGPK 4.00 (jika boleh) supaya kalau ada sedikit masalah dlm SEM 2, NGPK tidak terjejas dengan teruk. Nak tahu lebih lanjut, jumpa kaunselor di kolej matriks nanti, tak pun jumpa mana-mana pensyarah/pengajar minta penerangan bagaimana NGPK dinilai.

lagi..
“matriks kalau anda nak join kena benar-benar struggle!! sebab bagi ana matriks macam satu platform untuk memperbaiki peluang yg terlepas masa spm. Lebih kurg mengulangi spm tapi dengan lebih singkat iaitu satu tahun. Ada belajar lebih sikit tapi mmg byk. ni hakikat matriks”

.....dengan ini.......
Duhai Tuhan,aku meminta padaMu..pinjamkan aku sedikit kekuatanMu untuk aku kuat menghadapi semua ini..Berikan aku kesempatan untuk bersamaMu biarpun sibuk menimba ilmuMu..jangan biarkan aku lupa pada amanah yang kau letak di bahuku..jangan biarkan aku jauh dari matlamat dan jalan yang Kau redhai..Aku meminta kerna aku tak punya apa-apa Ya Allah..semuanya datang dariMu..Kurniakan aku teman yang bisa mengingatkan aku andai aku bukan lagi di jalanMu..sahabat yang selalu menghalang aku dari mengingkari suruhanMu..Redhailah semua usahaku kelak Ya Allah..Amin Ya Rabbal 'Alamin...