Thursday, August 5, 2010

Duhai Lelaki..tundukkan pandanganmu..

pemuda pemudi harapan agama...bangkitlah dari kelalaian dunia..dek nafsu yang merajai hati..
Syukur walhamdulillah..terima kasih ya Allah,masih sudi Kau beirkan aku nikmat iman dan islam ini..moga aku terus istiqamah menjaganya..amin..
  Posting kali ini ana tujukan buat semua pemuda-pemuda harapan agama..antumlah yang menjadi harapan agama selepas wanita..kerana lelaki itu pemimpin kepada wanita..
Firman Allah di dalam Al-Quran bermaksud: "Kaum lelaki adalah pemimpin kaum wanita". Ayat ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa kepimpinan adalah diterajui oleh kaum lelaki; manakala kaum perempuan adalah golongan yang dipimpin. Inilah fitrah atau sunnatullah yang berkuatkuasa dalam kehidupan manusia di dunia ini sepanjang zaman.
 Dalam ayat lain pula Allah berfirman, bermaksud "Peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka." Perintah ini ditujukan kepada kaum lelaki yang menjadi ketua sesebuah keluarga...
Wahai pemuda islam,nasihat ini bukan untuk menyalahkan kalian di atas semua yang terjadi di zaman ini..siapalah aku untuk melakukan itu..Tapi tujuan utamaku adalah hanya untuk mengingatkan kalian tentang pentingnya kalian dalam mempamerkan akhlak mulia kepada kami..
 Duhai lelaki..tundukkanlah mata dan hatimu..sewaktu berbicara dengan kami..sewaktu berselisih dengan kami...sewaktu terlihat kami..kami mohon..
 Ana menyatakan semua ini kerana melihatkan lelaki zaman sekarang(bukan semua) sangat tidak menjaga mata mereka..ana berani mengatakan bahawa ana benci mata-mata itu..meratah tubuh wanita..hmm..astaghfirullah!
 Mungkin ada (pasti) yang mengatakan bahawa wanitalah punca yang membuatkan kami memandangnya..ana tak menafikannya..semua ada kekurangan..tapi kali ini ana ingin tujukan nasihat ini istimewa buat kalian..(lelaki)..
 Dan bukan sesuatu yang menghairankan apabila seorang wanita itu telah sempurna dalam menjaga dan menutup auratnya..namun,siapa mampu mneghalang mata-mata itu melihat(mengusha) mereka..terasa seperti ditayang-tayang tubuh mereka dilihat oleh lelaki.(maaf ana katakan)..Allah..Allah..ampunkanlah mereka..
  Bismillah..Dengan namaMu Ya Allah..Tuhan yang Maha mendengar lagi Maha mengetahui..Kami yakin Kau mendengar setiap doa kami..Wahai Allah..tunjukkanlah kami jalan yang benar lagi lurus..pimpinlah hati2 kami..jangan Kau palingkan hati2 kami,dari jalan yang Kau redha..Ampunkan dosa2 kami..dosa2 seluruh ummat islam..di atas segala kejahilan kami..ampuni kami ya Allah..amin ya rabbal alamin..

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah,Saifullah,
Tokoh ramai tak terkira,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,
Ramainya boneka Yahudi.
Dulu,Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang dihati,
Lelaki kami menjaga,melindungi,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki khianat,perogol bersiri.
Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu’tasim kebanggaan wanita,
Kini,
Ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tak bertenaga.
Dulu,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tida siapa berani menggoda,
Kini,
Bila wanita dibawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanitanya dibiar bebas,binasa.
Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama,
Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama,
Demi nafsu,dunia seisinya.
Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad,tekun berdakwah,
Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan tenaga tak dikerah.
Dulu,
Lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al-Farouq,Zunnurain mati terbunuh,
Kini,
Lelaki meperjuangkan diri dan kroninya,
Hingga sanggup membunuh.
Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh,
Kini,
Lelakinya bberpuak dan berpecah,
Sesame sendiri saling bertelingkah.
Kembalikanlah lelakiku…..
Pada kelakianmu….
-KARYA FATIMAH SYARHA DALAM SYABAB MUSAFIR KASIH-
WALLAHUA'LAM....