Saturday, December 29, 2012

Random.

Assalamualaikum.
 
Hai Hai Hai!
 
 
Today is 29th of Disember. Oh, 2 days left to jump in 2013. But that's not what inside my head right now.
 
The thing inside my head is...
 
FINAL EXAM
 
Oh tidak Oh tidak!
 
Subjek untuk sem ni pun boleh tahan ganasnya.
 
So, cikwardah..
 
STUDY LAA!
 
 
Jap jap. Orang nak cite ni.
 
 
A phone
 
Hew hew. Cikwardah beli Iphone 5 ke?
 
Absolutely not. On 22nd Disember ago me and Ieza went to Seremban. There, we had our "date". Jauh beno kome pegi ye. Ate tak ngajok teman pun. Atenyeeeee.
Haha. 
 
 
Memang dah rancang nak p beli phone. Cuma tak sure samsung or blackberry. Bak kata housemate ever, kau dah merasa pakai blackberry. So, tryla guna samsung ke ape ke.. Haa...
 
 
Sampai je Terminal 1, me and ieza terus serbu PizzaHut. Sebelum melangkah masuk tu, dah bisik kat ieza. "Kita perlu bajet dengan bijak". Haha.
 
Kami order set meal untuk 2 orang. Merasa la jugak an makan latest recipe tu. "Cheezy7" kate kome.
 
Ieza pulak mintak add on dessert ape ntah namanya. TERsangatlah manis. Wohooooi.
 
Ieza mang suka makan bende2 manis ni. Ore ganu la katakan. (Eh, bukan orang kelantan ke yg suka manis2 ni? Ah, abaikan)
 


 
Maka inilah Cheezy7 yang dinanti.Miehehe.
Nak dijadikan cerita, sebelum naik ktm tu kami dah beli goreng pisang n cucur udang. Makanya perut kami tidaklah selapar yang dibayangkan. Ieza n me just makan sekeping. Then dah kenyang. Bayangkanlah, sebelum pizza sampai tu kami dah hirup sup cendawan yang dicicah garlic bread tu. Nak habiskan sekeping tu pun siksa. Haha.

Turn iza pulak menghabiskan dessert ni.

 
Yang warna choc tu adalah biskut. But lembut. Then ada aiskrim seciput atas tu. Wow. Sedap + manis. Daebak!

At last, dessert ni tak mampu lagi kami habiskan.

Fuh. Eh, ni cerita pasal fon ke pizza? Haha.

Ni haa baru nak masuk bab fon. Lepas makan, kami solat zohor dulu Then baru pusing2 survey harga fon. Hati ni dah terpikat dengan kekacakan Ace Plus. Haa. Maka terbelilah dia. Weeeee. Alhamdulillah.

Then kami snap gambar bersama. Wahai makhluk sekalian alam, inilah Ieza aka ex-roomate cikwardah time kat kolej kediaman dulu.(Bajet ramai orang baca blog kau)

Ieza with purple scarf.


Jom follow!

Di sini dengan rasminya nak ajakla sesape yang sesat terbaca entry ni untuk meng follow cikwardah kat Instagram. Hehehe.

Search je AsyiqinSalman. Nanti jumpe la kiteeee.

Followla Followlaaaa. Tau tau.



Sampai di sini saja entrinya ya pak.. Mohon insan mulia yang sudi membaca entri ini mendoakan kejayaan cikwardah dalam final yang bakal diduduki kelak. Ameen..

Oh Allah,
Thanks for all the things You had given to me.
For being so kind to me.
Allahu :')

CikWardah.


Tuesday, November 27, 2012

Holiday yang ditunggu-tunggu!

Assalamualaikum.

The best ever holiday kot.

 On 13 Nov ago,cikwardah balik umah.Sebab mama cakap,we'll balik kampung!!!


Ya Allah,bayangkanlah, almost 2 years tak balik kampung. Rindunya!

Seperti biasa,once cikwardah sampai Stesen KTM Tapah, baba atau mama akan datang ambil. Alhamdulillah around 3 petang sampailah daku di rumah.

Malam tu, kitorang semua siap2 packing barang untuk dibawa. Dalam pukul 9 lebih tu time makan,baba buat announcement..

"Esok lepas subuh kita bertolak"

Wow! Awalnya. Tapi tak pa baba, demi nak balik kampung punya pasal, kami sanggup.Haha *kesiannya kitorang*

Keesokan paginya, disebabkan beberapa masalah teknikal kat kedai frozen, rancangan untuk bertolak awal dibatalkan. Akhirnya kitorang bertolak dalam pukul 11. Haha. Plan bukan main awai lagi weh~


Seperti yang dijangkakan, baba akan bawak kitorang jalan2 bukan sahaja ke kelantan (kampung belah mama), malahan baba sekali lagi membuat pengumuman di dalam kereta,


"Ok, baba dah bincang dengan mama. Susun punya susun jadual balik kampung, kita akan ke KELANTAN>>>TERENGGANU>>PAHANG>>hantar kak yong(cikwardah) balik USIM.

Wohho!
Cuti-cuti Malaysia lah nampaknye.Hehe

Firstly, kitorang bermalam kat Hotel E'mage kat Tanah Merah. Boleh tahan jugaklah harga untuk 1 bilik for 1 day. Cikwardah x sempat nak snap gambar bilik tu. Sebabnya sampai2 tu,memang ngantuk tahap ape dah. 

  
Baba and Mama



 Keesokan paginya, kitorang breakfast kat Restoran Mama klu x silap. Dekat je ngan Pasar Tanah Merah tu. Kitorang bukan ape, nak cuci mata je. Rambang mata tengok blousesss n tudungsss. Mereka pula sibuk bergambar.


Seperti biasa, beras siam wajib dibawa pulang.

Afiq nama budak ni.



Kitorang ada jugak singgah rumah saudara-mara kat sana. Tapi x dapat la nak snap gambar diorang banyak2.Ni je yang ade..

Baba dah lama x dukung baby. He is holding the cucu saudara. Eh, Baba dah ada cucu!

Adek dipaksa.Haha
Then,kitorang meneruskan perjalanan ke Terengganu. Best yang tersangat-sangat! 


I DO REALLY LOVE THE BEACH.
#That'strue

Kat Terengganu pulak, kitorang stay a night kat Homestay kawan lama Baba. What a suprise, diorang almost 25 years tak jumpa after grad kat UM.

Selesa homestaynya. Yang special about this homestay, dia kat rooftop. Wow! Dah bayang cheghite koghea "Rooftop Prince" tew. Hewhew

The blue shirt tu owner homestay tu. Diorang borak lama. Malam tu jugak, pak cik tu belanja. Thanks!

Oh asiknya! Malam tu 1st time cikwardah try minum Milo Tabur. Berserabut mulut. Huahua

In Memories. Sungguh,mereka sangat memuliakan tetamu.



Kami pulak sibok bersnapping gambar dalm rumah pak cik ni.Hehe




 
View dari sliding door homestay kat rooftop.

Dari luar macam buruk je. Eh, at least ada aircond ok~

Mama is my model.

Time ni kitorang dah kemas untuk bertolak ke Pahang.

 Before ke Pahang, Baba bawak kami ke pantai. Kesian Naqiuddin (bongsu), dia nak sangat mandi. Tapi dah dekat dengan musim tengkujuh an, tak bolehla mandi pantai. Haa. Plus, cikkwardah pun nak mandi jugak.Tapi tak kesampaian.Waaa.
 

Jadi, snap gambar je lah.

Such a beautiful scenery!


Beria-ria berlari-lari anak-keanakan.

 

mama tak turun.duk dalam kereta je.



Pandai burung ni bergambar.

 Sampai kat Pahang, kami jumpa adek mama @ pakcik kitorang. Anak dia tersangatlah chomel. 

Mama dukung Isa.

Ni Ali! Abang kepada Isa

Another cousin. Yang baju hitam lengan stripe tu ayah dia kata muka sama dengan mama time kecik. So sweet!

Baba sedang menghibur Ali. Budak ni sangatlah aktif.

 Adui.
Penat loh.

Sebenarnya banyak lagi gambar dalam file holiday ni. Tapi takkan nak upload semua an?

Cukuplah cikkwardah nak cerita. Overall, holiday ni sangat best. 

"Thanks Allah. :') Sebab izinkan kami sekeluarga berkumpul dalam kasih-sayangMu. Sungguh aku memohon, Kau berkati kami sekeluarga, Jauhkan kami dari siksa api nerakaMu, Pelihara kami dari segala mara bahaya. Kukuhkan ikatan kasih-sayang ini. Kumpulkan kami di dalam syurgaMu yang abadi. Ameen ya Allah!"

Lots of love, 
CikkWardah.

Tuesday, November 20, 2012

Kenapa aku lebih memilih blog?

Assalamualaikum :)

Actually cik nak buat 2 entry ni.This is the first.The second will be after this ea...

Bismillah.

Tercetusnya idea nak menulis psal 'kenapa aku memilih blog' sebagai medan untuk aku meluah semua cerita ni adalah bila aku tonton video Dr Fatin Liyana kat Youtube. Pengacara Nasi Lemak Kopi O tu bertanyakan Fatin.Macam ni la lebih kurang ayatnya, "Fatin,adakah awak menulis entri di blog setiap hari? Atau awak menulis hanya bila ada cerita-cerita menarik untuk dikongsikan?" Jawab Fatin, "Tak. Saya menulis bila saya gembira.".

See?

Dan
aku pun fikirlah. Fikir punya fikir,kenape ae?

Lastly, aku jawab sendiri.

Sebab, bila aku cerita kat blog, it just like i'm talking to the blog. Aku cerita semua benda yang aku rasa aku nak cerita. Dia tak mencelah, dia tak potong ape yang aku nak cerita. Get it?

Dan jika dibandngkan pulak dengan keadaannya bila aku bercerita dengan makhluk yang bernama manusia ni, probability untuk distraction datang tu tinggi. Ok, aku bagi contohla kan..


Suatu petang yang hening...

Chantek: Ayu, saya ada cerita ni. Semalam an...


Belum sempat je si Chantek ni nak mulakan ceritanya, si Anggun datang mencelah..


Anggun: Ayuuuu!!! Mai jap. Cer tengok gambar Dato' Lee Chong Wei ni. Ohsem kot!


Tidakkah anda rasa seperti berkeinginan untuk membaling kasut je kat si Anggun tu? Argh.

Bayangkan kita ni yang dah semangatnya melebihi meter, tetiba ada orang potong? Ish2. Cakap siang pandang-pandang cik oi.

Haa. Sebab tu lah aku tak berapa nak suka story-mory dengan 'manusia' ni. Memang tak semua manusia macam 'manusia' ni. Tapi most of them yes.

Hmm. Jadi sebab kenapa kitorang (geng-geng blogger) rajin nak story-mory kat blog, it depends on that individu. Ok?

Adalah jugak aku dengar mulut-mulut yang mungkin tak berapa nak rajin gosok gigi ni mengeluarkan statement macam ni.

"Alah, blogger tu nak cari publisiti je tu"
"Blogger tut tu memang suka cerita dari A-Z life dia kat orang ramai."

Yes, maybe ada yang jenis macam tu. Tapi boleh tak 'include'kan sekali ayat ni,

"Tak semua blogger macam tu. Ada yang jenis tak suka bercerita dengan manusia (macam cikwardah ni la)".

A bit nice and proper kot.

:)

Okkeh,dah zohor ni.
Solat dulu!

time makan di Restoran Tasik Raban yang tepi tasik otw ke kelantan.


Lots of love,
Cikkwardah.




Monday, October 29, 2012

A diary.

Assalamulaikum.
Jam menunjukkan pkul 0:18 pagi saat jari-jari  ni laju memulakan tariannya.
Aceceh ayat kau jah!

X tahu nak tuleh tajuk entry ni ape.
Blank.

I just story on what i think i wish to share.

Fatin Liyana (Honeykoyuki.blogspot.com)

Sejak duk umah sewa ni cik dah pandai jenguk2 blog blogger fofuler esp kak liyana ni.student medic thun3 UKM.tabik utk kak liyana:)

she's like a fashionist in my eyes.bhasa yg sempoi+tips kecantikan,resepi+muke chantek.hehe.

one day,i'd wtched video when she appeared on TV9.

http://www.youtube.com/watch?v=OJYzekqmb5Y&feature=related 

i got something dr apa yg Dr. Fatin ni ckp..

"Saya menulis bila saya gembira."

Nice actually. :)


A train to missed.

Tiket ets cik beli bukan main awl lagi.Awal bln 10 aritu.Train ets silver dari kl sentral ke tapah was on 25 Oct at 10.05 am.Woke up on 6.15am if im not mistaken.I'd rushly text Pakcik Rashid to pick me at 8am.Malangnya,dia lupa.I text him again and i said, "Saya naik teksi lain". Argh. Geram jgak sebenarnya. So, cik amek inisiatif lain, naik teksi pakcik mane ntah. Dalam 9.15 am bru train tiba kat ktm nilai tu.

Hmm,well-known lah.klu ke kl sntral paling sekejap dari nilai amek masa 45 minit. And lastly,i reached kl sntral on 1015am. Memang terlepas sudah.
Thank God,irah (housemate dr sarawak) companied me.Alhamdulillah. Cik pi tnya tiket ets gold still available or x.Unfortunately,semua habis kecuali train biasa pd jam 9malam.Waaaa.

Sedih molek!

Baba ckp,amek lrt ke wangsa maju.Then mok de dtg amek.Hehe.Fuh,selamat wang kiteee.

Tunggu punya tunggu, abg ijat datang amek.Bahagianyaaa.

Eh2,belum sampai perak.haha

Petang tu after asar,pok de anta balik perak sambil dia ada urusan. rancak jugak pok de menyembang kate kome.hehe.

Tepat jam 7.45 pm,i savely arrived home! Syukur~


 Qoute untuk kejadian tu,

   "Tak kiralah selama mana pun kita dah rancang, If Allah say no, maka no lah jawabnya."


Penutup majlis


Sekian,itu je kot yang den larat nak tuleh.hehe.


p/s:Picture below describe me now. 
I need someone to hold my hand right now.uuuuu~

Aku tak berniat nak jadi orang tengah antara kamu dan dia. Kalau x suka,aku boleh undur diri.:'(


 
 









  


Wednesday, October 3, 2012

Kisah Puteri Merah.

Ada satu cerita.
Puteri merah pernah menjadi secret admire Putera hijau. Semuanya bermula di kelas tari menari sempena sambutan hari lahir Putera hijau. Banyak ciri2 si putera hijau yang menambat hatinya. 

Tahan demi tahun berlalu,mereka tidak bersua. Sungguh, selama itu tidak pernah Puteri merah mendamba cinta atau menaruh harapan pada mana2 putera. Dijaganya dengan baik rasa cinta itu. Pernah juga si Puteri merah mengadu dihadapan Tuhannya,pemilik hatinya..

" Tuhan,sungguh aku mencinta dia(Putera hijau). Bukan kuasa aku menentukan dia untuk menjadi peneman hidupku. Bukan juga ditangan aku menjadikan dia mencintaiku. Bukan juga bidang aku untuk mengetahui adakah dia yang Kau tuliskan di luh mahfuz untukku..

Tuhan, andai saja dia baik untuk hidupku di dunia dan di akhirat, binakan tautan hati antara kami. Tuhan,andai saja dia yang Kau jodohkan untukku, satukan kami dengan kasih sayangMu..."


Basah pipi Puteri dengan air mata tulus itu, hanya Tuhan yang tahu.

Sekali sekala,di intainya aktiviti sang Putera hijau. Sekali sekala, diberanikan diri bertanya khabar sang putera.

Sungguh,tiada yang dapat meluputkan rasa cinta sang puteri merah.

Suatu hari, Puteri merah bertanya sang Putera hijau lewat utusan surat yang dihantar burung helang belaannya.

  "Wahai putera hijau,adakah benar khabar berita yang menceritakan tentang percintaan putera hijau dengan Puteri kuning?"

  "Benar.1001 perasaan ada."

  Bulan menjadi sakasi betapa sedih dan pilunya hati si puteri merah. Rasa cinta yang dijaga dan disimpan rapi seakan pecah bertaburan ke dasar laut. Tiada siapa merasai gegarannya. Tiada siapa dapat melihat perasaan itu mengecil hingga sekecil-kecilnya..

  "oh,begitu."kata sang puteri.dan itulah kata-kata terakhirnya buat sang putera hijau.

Seharian sang puteri mendiam. Hari menjadi mendung walau matahari tak pernah lelah memberi cahayanya.

kata hati sang puteri merah.

"Tuhan, mulai sekarang, aku berhenti dari mengharap. 
Aku berhenti menjadi si penunggu.
I'm quit.
Cause i've suffered.
And now,my life is a brand new.
Do guide me.
Do bless me.Ameen"

"Aku letih, Tuhan."


Lots of love,
Cikwardah.


Wednesday, September 26, 2012

'WONDERGIRLS' Cikwardah.

Assalaamualaikum.
Just a post to introduce a part of my life here,USIM.

Once I live in this rent house,
They live my life.

"Wondergirls"

Diana,Nadi,Dayah

Dibah,Ili,Unknown,Irah,Nik.
#yg unknown tu mata sembab eh.slalu tdo lmbat lettew.

Tikah
Ni baru sembilan an?Overall sepuluh orang,sorang lagi Mira namanya.Unfortunately, i didn't get any picture of her in FB.

They cheer me up here.Kalau bosan duk umah,kitorang will arrange weekend nak p mana.Selalunya p shopingla.hewhew.

Money is dropping out from the purse like waterfallll~~~~haha.

Apapun,i'll always pray may Allah bless this relationship. May He showers us with His love and mercy. Susah senang sama harungi.InsyaAllah.Ameeeeennn.

Tu je nak bagitau.
:)
Lot's of hugs,
Cikwardah.

Cheritera Lama.

Assalamualaikum.
Wah3. Lamanya tak menulis an.
-tak de masa lah!
Pandailah kamu.Masa tu ada ja.Kita yang tak berapa nak bijak membahagikannya.
Dahtu ape alasannya?
M
.
.
.
A
.
.

L
.
.
A
.
.
.

I've nothing to share memalam buta ini.Selain daripada beberapa keping photo untuk tatapan umum.huahua.
Ready to serve~
Aidilfitri 2012

Fizik Gunaan USIM 2012/2013

Time jadi 'sweet girls'.Eh,bukan sebab kami manis,tapi sebab  jadi tukang beri gula2 kat audience.


Lokasi:Waterfall USIM.

Sekian saja.
:)
Lots of hugs,
Cikwardah.


Friday, July 6, 2012

When a girl miss her love.

In the name of Allah.

It has been around 5 months I dream to be at home.Dream to be on my family's side.

perhiasan semata.

:'(.
I wish to show you my face which full of sadness+annoying++++++.haha.
Truely, this kind of feeling keep haunting me nowadays.

I wish to be stronger just for a few days left.On 12nd of July,the ELSP program will end.Peacefully and happily.

Ameen.

Wednesday, June 20, 2012

Surat untuk dia.

Bismillah.


I just finished my 'Hubungan Etnik' paper for the second semester exam on yesterday. Alhamdulillah,all were going well. Even I'm still worrying on that paper. Oh Allah, grant me the best. Ameen. Three more papers to go. Calculus, Organic and Physical Chemistry and Wave and Vibrations. Fighting!


Hee.Speaking london sket.
Jadilah=.="


Tadi teringat kat seseorang. Seseorangla. tuut.
Unknown actually. Tade sape-sape pun.


Then, rasa macam nak tulis surat untuk dia. Ya,untuk dia yang nanti akan bersama-sama saya menongkah hidup di dunia dan insyaAllah dia yang nanti akan berpimpinan tangan bersama saya di syurga kelak.


credit to:deviant art.com




Tapi sekarang saya tak tahu la "dia" tu sapa,ok?


"Surat untuk dia" ni akan saya tulis banyak-banyak, tau. I mean,banyak series. Aceceh~ 


When I'm free, I'll write something untuk dia.InsyaAllah.


Okkeh.Bismillah....


Awak,
Sihat?:)
Moga sentiasa dan selamanya dalam redha dan kasih-sayangNYA.


Awak,
Ini surat pertama saya untuk awak,
jadinya,
Saya nak minta maaf.


Sebab masa lepas saya disulami dengan banyak kelalaian,
Sebab masa lalu saya pernah diisi dengan cinta yang belum halal.
Maaf.
:( my bad.


Awak,
Saya tak mampu mendamba awak yang sempurna,
Sebab saya tahu tiada yang mampu.


Sebelum saya membina harapan yang menggunung tinggi dari awak,
Lebih baik saya membina diri untuk saya sediakan hanya untuk awak.


Sungguh,
Saya tak kuat untuk selalu istiqamah melakukan kebaikan,
Tapi saya yakin,
Saya perlu usaha ke arah itu,
Sebab nanti,
Saya nak jadi penguat tulang belakang awak.


Awak,saya tunggu.







Saturday, June 16, 2012

"IKHTILAT,PEDULIKAH KITA?"





Jom layan dulu doodle dari blog @Reminderformenyou tentang cinta.


Bismillah.
Moga Allah buka mata hati kita semua.
p/s:click on gambar komik untuk view yg lebih besar.











and this is the video mentioned there.
Cinta hakiki by Hilal Asyraf




Ada mesej yang ingin disampaikan sebenarnya.

Ikhtilat=dari segi maksud mudahnya pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram tanpa batasan.

Maka ia perlu dijaga dan perlu dipelihara agar tidak berlaku..

Islam tidak menghalang kita berhubung sesama sahabat berlainan jantina, bersembang, berbincang hal pelajaran@isu semasa@dll.. Selagi ia dalam batas-batas yang ditetapkan.

Still ada batasan?Kata tadi Islam tak menghalang?

Cuba kita fikir mengapa batas-batas itu diwujudkan?
=Allah tahu lelaki dan wanita mudah tertarik pada satu sama lain.

In addition,ikhtilat bukan saja perlu kita jaga hanya di dunia realiti.Di alam maya juga tidak terkecuali,ok?

Facebook
Twitter
Tumblr
Blog

Dan segala macam lagi laman sosial yang membuatkan kita terdedah dengan jutaan manusia TANPA BATASAN.

Tapi kita boleh cipta BATASAN itu.

Situasi A:

Ahmad post status..
"Wanita yang baik untuk lelaki yang baik,
Wanita yang jahat untuk lelaki yang jahat"
10 likes    4 comments

Comments
Lily     :InsyaAllah^_^.
Ahmad:Lily ni baik orgnya.mesti dapat yang baik juga.Tak macam ahmad ni,sapela yg nak:(.......
Lily     :Eh,mane ade..Ahmad lagi baik..hihi..
Ahmad :Ala,ahmad ni biasa2 je orgnya...hihi..

Situasi B:

Lily posted a link to Ahmad's wall..

"Wahai bakal suamiku,
peliharalah dirimu,
jagalah imanmu,
blablabla~~~"
50 likes 80 comments 

Comments
Abuu     :Wah3 Ahmad,dah tak lame le tuu~~
Ah Meng:Kahwen jgn lupa jempot loo..:)
Surayya :Moga kalian bahagia hingga anak cicit miut..

View more comments


________________________________________________________________

Allahu.
Tahukah kalian banyak fitnah bakal timbul dari tindakan kalian yang sebegitu?

Sekadar ingatan bersama.

Pada yang terasa (seperti saya),ayuh kita berubah!
Mulakan langkah menjaga ikhtilat.


0930 pagi.
kolej kediaman 1 usim.
#rindu rumah:(