Wednesday, July 3, 2013

When they gone, we appreciate them more.

"Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa"

Wah wah. 
Assalamualaikum. Hye.

Bila mereka pergi, kita akan lebih menghargai. Bukan? Selama dekat 21 tahun aku hidup ni, ramai yang dah pergi jauhhhh dari hidup aku. 

Mula-mula sekali nenek (mak mama). Arwah nenek ni memang aku sayang gila. Sebab dia pandai sangat layang kitorang ni. Paling aku ingat sekali memori dengan dia is.. Kalau time dia tinggal ngan kitorang kat Perak nih, around waktu maghrib tu dia akan tanya aku, " Doh be ko ni?" Aku cam blur-blur dengan kelantan pekat dia nih. Bile aku tanya mak aku maksudnya ape, mak aku cakap,    "Nenek tanye dah azan ke belum..."  Ahahahaha. Tak nak belajar kecek klate sgt annn.

Then arwah nenek ni takkan bukak telekung dia selagi dia x solat isyak lagi. And satu lg, dia akan isi gap antara maghrib ngan isyak tu dengan baca quran. Sangat bagus arwah nenek aku ni. Salute. Dah tua pun masih ada keinginan nak buat kebaikan. Kita ni? Belum tentu lagi tua nanti macam mana. Kan? AllahuAkbar.

Secondly, opah( mak baba). Arwah opah bukanlah orang yang dekat dengan aku. Maksudnya, dengan jiwa aku la. Tak selalu pun bersama-sama melakukan aktiviti bersama. #eh. Tapi, once dia pergi meninggalkan kami, Tuhan saja yang tahu. Arwah opah aku ni dia memang tinggal ngan kami. Ada ruang khas untuk dia dalam rumah ni. Bilik, ruang tamu kecil, dapur and tandas. Khas ayah aku buat untuk keselesaan dia. Pada kebiasaannya kalau aku balik cuti sabtu ahad tu, ayah aku wajib suruh aku p jumpa and salam dia dulu. Jadinya, bila dia pergi, aku rindu nak buat semua tu. Masa awal-awal dia pergi tu, nak melangkah ke bilik dia pun aku sebak. Tengok katil apatah lagi. Allahu.

Rahmati mereka ya Allah,
Sungguh aku mencinta.


Then, 
that person.

Haila.
Lemah iqin.



Mai sini nak bagi kata-kata semangat.

1) Belajarlah melupakan. Belajar.
2) Belajarlah redha. Cari redha tu. Redha takkan dengan mudahnya datang.
3) Cukuplah tu.
4) Berhenti bergantung kepada manusia. Allah pegang semua makhluknya.
5) Giving up on anyone.

Lastly,

"Even if I get knocked down
I will stand my ground
And I’ll never
Hide or run away
Love will prevail
By God it will
Love will prevail
I refuse to fail
Love will prevail"- maherzain

Ameen. Love you.

Saturday, June 22, 2013

Alhamdulillah Terima Kasih Tuhan.

Hye, assalamualaikum.

Aku ada lagi 3 paper ni sebenarnya. Tapi malam ni otak aku cannot go dah. Lepas pekena nasi goreng pattaya tadi kat Adam. Nak kata tepu tu memang takla lagi. Jadi, belog ini terpaksa aku conteng. Hehehe.

Banyak nak cerita. Ada suka, ada duka. Kalau yang suka tu, aku rasa macam nak tunjuk senyum aku tu kat sini.^^ Kalau yang duka tu aku tak nak tunjuk macam mana. Sebab aku kuat! Ehehe. Aku cerita semua ya? Baca satu persatu. Kalau kurang faham, tanya. Ok?

Yang bahagia

Aritu, berapa haribulan entah, aku ngan famili pergi bercuti. First destination kami ke rumah kakak ayah aku. We call her 'mok de'. Spell it rite nohh. Then, perjalanan diteruskan ke Pahang Darul Takzim. Di sana, kami singgah dan bermalam di rumah adik baba. We call her 'wan chik'. Say it rite bebehhh. Best woo. Perumahan dia dekat gila dengan mall. Hmm. Orang jenis aku ni pantang nampak mall. Gatal kaki kiteee.
Kalau tak silap aku ni la dia mall tu.



Act, wan chik ada kedai makan kat kawasan perindustrian tu. Malangnya, aku lupa deh namanya. Ahaha. Teruk punya anak buah. Blablabla, sampai tu je cerita kat Pahang. Eh, ada ada. Lagi satu yang wancik ni cakap kat aku masa kitorang gi kedai makan dia. Sedang aku dan mak aku bersembang dengan dia, dia tanya kat aku, "Kak yong berapa tahun lagi study?". Aku dengan lemahnya menjawab, "2 tahun lagi, wan chik..". "Yeke. Oh, nanti bila dah abis study, wan chik boleh carikan untuk Kak Yong."....dalam hati aku ni, "OH MY, OH MY". Ahahaha. Aku tengok muka mama, tapi mama buat dek je. Ahaha. *Tu kelakar*  Boleh pulak mak cik aku sorang ni. Memang ikhlas niat dia weh. Jelas tak payah suluh-suluh dah. Wahaha.
Dari kenduri kawin anak sulung dia lagi wan chik ni memang nak offer kan. Berminat sungguh dia. Ok, tapi part yang wan chik nak carikan aku ni bukanlah bahagia sangat. Sampai aku letak dia dalam subtopik 'Yang bahagia'. Cumanya aku  teringat. Itu je

Ok, then sehari bermalam kat umah wan chik, kami bertolak ke Terengganu. Wahh. Memang heaven gila bila datang Terengganu ni. Feveret place ever ever = pantai/beach. Banyak jugakla pantai yang kami singgah. Rantau Abang tu tempat kami bermalam. Fuhh. Susahlah nak taip perjalan kebahagiaan berada di pantai nih. Haha.*lempang ramai-ramai*.

 Kami sampai Awang Resort kat Rantau Abang ni petang. 


Gambar ni semua ehsan si hensem GOOGLE. Aku malas nak transfer gambar ke lappy.


Sesampai je kami di Rantau Abang ni, baba ajak kitorang main bola tampar. Weheee. Best wooo. First time main ngan baba. Seweeeet gittew. Dahla tepi kitorang tu mamat-mamat Rantau Abang segerombolan main gak. Ah, pedulikan. Baba kan adee. Hikhik *tampar lagi*.

Malam tu, kami buat bbq. Sebelum check in kat Awang's Resort ni, baba beli sotong+ikan+ketam. fereshhhh mereshhh. Maka membakar-bakarlah kami malam itu. 

*Letih menaip*

Keesokan harinya pulak, kami bertolak ke Kelantan. OH MY KAMPUNG. Ondaway tu, kami singgah la jugak bandar Terengganu. Singgah jugak Pasar Payang dia. Wahh. Banyak gila kain songket cantik-cantik. Kain sutera apatah lagi. Maka kami pun rambang mata. 

Ini gambar lama ni aku rasa. Ishh abang GOOGLE ni. Takda gambar latest ke ha???


Mai beli kakak adikkk

Songket yang ni seyes cantik.
Tunggu nikah nanti aku datang Pasar Payang beli songket nohhhh.


Macam ekslusif je an. An an an?

Ok, then sambung di Kelantan tadi.. Kami bermalam di Kota Bharu. Hotel bajet tu dekat je dengan KB Mall. Bolelah tahan hotel tu. Nama lagi hotel bajet ann. Satu malam je pun. Keesokan paginya kami sarapan kat kedai makan yang dekat dengan Mydin Kota Bharu tu. Apatah nama dia, den lupo. Bersarapan nasi lemak berlaukkan itik rendang. Ahaha. Ada sesiapa tidak memakan itik di sini? Aku tibai je itik pun. Lebih kurang je rasanya. 

Seperti lazimnya bila kami pulang ke Kelantan, Pasar Siti Khadijah ni kami melawatnya. #eh Tapi kalau sembang kencang dengan orang kelantan pasal pasar ni, dorang pandang mata sebelah je. Tak pun suku je. Tak de ape sangat pun. Aku lagi suka pergi pasar kat Tanah Merah dan Pasir Mas tu. Murah lagi harga dia.

Ini Pasar Besar Tanah Merah yang aku selalu pergi. Lai Lai

Ini macam biasa la, Pasar Siti Khadijah.

Ok, sampai situ je la perjalan dari NILAI > KL > PAHANG > TERENGGANU > KELANTAN. Kalau ditanya rate untuk holiday kali ni, I'm gonna tick the 5 stars. Baba sporting sangat masa percutian ni. Memang banyak sangatla belanjanya. Makan dekat pantai Terengganu tu tak terkira rasanya. Asal berhenti je kereta tu, makan. 

Alhamdulillah, 

Terima kasih Tuhan.

Yang kurang membahagiakan

She got dumped by a person in her life. She think and pressure a lot. Kalau dulu, she wish for that person to be in her life. Sampaikan susah untuk melupakan. Walau dia tahu, mungkin jodoh tak ada. Tapi dia doa, doa and keep doa. Rupanya that person got same intention with her. Wah. She was happy then. She was thankful for sure. But then, it was just a while. Once again, Allah uji. Bila wujud manusia yang pentingkan diri, Allah tunjuk. Who that person is actually. I won't story what and how was the way the person pentingkan diri. Dalam beberapa hari tu, she still hoping for a miracle to happen. She still having a hope. She was so positively think that the  person is having a hard time. She didn't sure how hard it was, but still, she positively setting her mind. Lama-kelamaan, Allah sentuh hati dia. Allah bisik, mahalkan diri. Tinggikan maruah kamu. Allah Maha Tahu. Dia atur sebaik mungkin. 

Now, she is a brand new hopefully. 
She won't do the same mistake as before. 
She won't trust anyone easily as before. 

Paling penting,
She won't having any hope lagi.

Thursday, May 23, 2013

Cerita.

Assalamualaikum.

Ada juga masa untuk taip-taip panjang-panjang ni. *syukur*

Tak banyak pun yang berlaku, tapi boleh je kalau nak story mory.

First skali, kami (student fizik tahun 2) dikejutkan dgn berita kemalangan Nazry. Serius terkejut sebab pagi tu nampak dia dalam kelas present Fiqh Munakahat. Teruk jugak eksiden tu. Act, dia tidak dilanggar oleh mana-mana kenderaan pun, cuma hilang kawalan kat selekoh roundabout nilai tu. Patah sebelah kaki (x ingat kiri atatu kanan). Tak berkesempatan pun lagi nak ziarah. Asif, nazry. Sekarang, dia kat hospital menunggu pembedahan kalau tak silap. Moga Allah mudahkan segalanya untuk kau Nazry. Kitorang dak2 fizik dah anggap kau macam sibling kitorang dah. InsyaAllah, ada hikmah Allah uji kau macam tu. InsyaAllah. Get well soon Nazry!

Secondly, pagi tadi berlansungnya SIC (student innovation competition) kat Pusat Komersial,Usim. Overall memang produk yang contestant yg join memang daebak-daebak lah. Banyak inovasi dorang. Group aku cuma bawak produk yang kitorang pertandingkan dalam SPARK aritu.Named "Smart Luggage". Kalau tengok booth kitorang tadi mungkin ramai yang macam tak nak singgah. haha. Sebab kalau anda dengar explaination dari kami, mungkin anda bakal terkesima. Ahha. Sebab prototype kami x de lah gempak mana, cuma idea tu yang mahal. Hihi. Then utk SIC ni kami cuma edit brochure n poster je la. (nak upload gambar sebenarnya, tapi bluetooth lappy ni bermasalah pulak dia). Juara keseluruhan dimenangi oleh student FSU (Fakulti Syariah Undang-undang) dengan produk mereka "Mono Hajj". kira macam permainan monopoly tuh. Cuma aplikasi persediaan menunaikan haji diselitkan dalam game tu. Nice! Concluusion untuk SIC 2013 USIM ni memang aku sangat enjoy lah. Even letih sikit.It really worth lah. Alhamdulillah!

Thirdly, nak cita, Allah tegur aku hari ni. Secara lembut selembutnya lah aku kira. Masa majlis penutupan SIC 2013 USIM petang tadi, mata aku melilor-lilor (perak language) tengok runners majlis tu. Diorang terdiri daripada ahli SEKREFAST dan YMILF. Berwibawa lah kiranya diorang ni. Melilor punya melilor, aku terpandang sorang student perempuan ni. Memang tak kenal namanya even satu batch. (dahsyat kau iqin). Memang dia antara perempuan yang aku respect kat USIM ni. Dari segala aspek mungkin. Penampilan, tutur kata, akhlak. Kira macam perfect lah pada mata aku. Dengan tidak semena-menanya aku termuhasabah.

" Ya Allah, jauhnya aku kalau nak jadi macam dia ni. Istiqamah dengan tudung yang betul-betul menepati ciri-ciri tudung wanita Islam, aktif dalam organisasi.Jauh k. Sangat. Aku ni kalau time rajin nak pakai tudung bidang 60, aku pkai. Kadang malas, aku lilit je shawl atau pashmina. Bajet nak bergaya la tu. Aishh. Untungnya suami dia nanti. Kalau mata n hati aku ( perempuan) pun sejuk bila tengok dia, apatah lagi sang lelaki bila memandang dia. Subhanallah. Maha Suci Engkau menegur aku dengan cara halus ini. *syukur*"

Tak pe lah iqin, usaha, usaha, usaha.

Itu je kot. Malas dah. Mengantuk++++++. Esok presentation physics math. Daebak iqin, daebak!

Wassalam.^^

Wednesday, May 15, 2013

A Long Journey.

Assalamualaikum.

Dahsyat kau iqin. Lama sangat dah tak update belog ni. Lama sangat dah kot. Sebab malas+ tak rajin+tak ada masa.

Sepanjang tu jugaklah, macam-macam jadi. Ada manis, ada pahit, ada masam. Hidup atas dunia pinjaman ni memang Allah nak bagi kita rasa semua. Then, pepandai lah kita extract apa yang patut.

Baru-baru ni, accident . Bak kata ikhwan, xde la sampai patah-patah tulang an? Aish dia ni. Syukur seinfinitinya kot aku rasa. Syukur tak patah-patah, syukur bila x-ray tiada apa yang retak. Especially dada. Bayangkan kalau dada ni ada komplikasi apa-apa. Ya Allah, minta jauh semua tu. Syukur muka tak banyak luka. Cuma gigi depan ni patah sikit. Sikit je ea, tak la sampai rongak. ^^

Motor pun ok lagi, masih berfungsi. Tapi seriously tak berani dah nak bawak motor. Seriauuuuu.

Mama n ba datang nilai last week. Diorang bawak kancil retro warna merah. hihi. Even takde la auto and baru macam myvi or viva, aku dah cukup syukur ba nak bagi kete bawak kat nilai ni. Thanks ba!

Then, x da dah nak cerita apa. Setakat ini, itu yang penting.

Btw, semenjak 2 menjak ni aku duk repeat video-video dan lagu-lagu ni. Merdu dan bermakna lah kot. Entah.

1) Just Give Me A Reason (Pink ft Nate Ruess)
2) Shine Your Way (OwlCity ft Yuna)

Akhir kalam, izinkan aku mencoretkan serba sedikit doa. Moga bermanfaat, InsyaAllah.

"Ya Allah, grant me the best. Even it is hard and tough to be accepted, just let me endured it with Your love. Sometimes, I knew You are the best planner, but still, I wish I can have what I want, what i dreamed for. Shower me with Your love, my Lord.."

Aku sedar. Aku seorang. Berharap pada yang tak sudi. Berharap pada yang tak punya persamaan dengan aku. Sudahlah. Cuba belajar berhenti clinging on human. Cling on Him, Rely on Him.

Ok, nite.
 Wassalam..