Salam..
:)
Sambungan cerpen
"Di sini kutemu 1"..
“Nisa, bangun Nisa”
Suara itu menembus kegelapan. Menarik aku menggapai suara itu. Lembut dia memanggil. Selembut namanya Layyinul Harir, selembut sutera. Perlahan kubukakan mata. Melihat dia di hadapanku.
“Urgh..”Aku menggeliat. Berat rasanya untuk bangun. Masih belum hilang kantuknya.
“Bangun Nisa. Tu ha..Syaitan bergayut kat mata. Banyak pulak tu.”usik Harir sambil menarik selimut yang menutupi badan Nisa.
“Eh,awat cakap lagu tu?”bingkas Nisa bangun dari baringannya.
“Bangun pun dia. Aishh...Kalau tak buat begitu, awak tak bangun tuan puteri..”kata Harir. Dicubitnya pipi gebu Nisa.
“Tidur baliklah.”Terus ditariknya semula selimut.
“Eh.eh...Saya kata bangun. Kalau sayang saya, bangun cepat.”
“Ye lah sayangku. Tapi awal lagi ni kan..Baru pukul 6.00 pagi..Subuh habis pukul 6.50..”
“Amboi,amboi dia ni...Mari solat.”Ditariknya tangan Nisa untuk bangun.
Mereka solat bersama. Diantara semua ahli rumah, Nisa lah yang paling liat untuk bangun awal solat berjemaah bersama yang lain. Pagi itu, mereka disertai Nisa.
“Alhamdulillah. Allah beri kesempatan solat jemaah satu rumah hari ni.”bicara Harir sambil melipat telekungnya.
“Amacam Nisa?Hari ni solat berjemaah, seronok tak?”soal Kauthar, teman serumah mereka.
“Rasa ada satu tenaga luar biasa dalam badan ni”dijegilkan matanya. Tersenyum. Sungguh, dia terasa bersemangat pagi itu. Ya lah, solat subuhnya jarang sekali di awal waktu. Hampir sepuluh minit lagi waktu subuh tamat, barulah dia tergesa-gesa berwudhuk untuk solat. Semestinya tidak khusyuk solat di akhir waktu. Terkejar-kejar segalanya.
“Harir, cuba tazkirah sikit saya ni. Biar rasa bersemangat nak bangun awal solat subuh setiap hari.”kata Nisa kepada Harir dan Kauthar. Rakannya yang lain meminta diri untuk ke bilik masing-masing. Ada kerja yang perlu disiapkan kata mereka.
“Bismillah.”Harir memulakan bicara. Seperti biasa Harir akan memulakan penyampaiannya dengan kalimah mulia itu. Harapnya, moga Allah permudahkan apa yang ingin disampaikan, mengikhlaskan hatinya dan seterusnya memudahkan ilmu yang disampaikannya itu untuk diterima oleh si pendengar. InsyaAllah.
“Memang bukan sesuatu yang mudah untuk melawan nafsu tidur ni. Tak semudah bicara. Tapi banyak yang boleh dijadikan motivasi untuk melawannya. Sebagai contoh, Sultan Muhammad al-Fatih.”
“Owh, raja yang membebaskan Kota Konstantinopel tu ya?Rasanya Nisa ada tonton video tentang Sultan Muhammad al-Fatih time tazkirah Ustaz Termizi minggu lepas.”
“Ya, anda betul”tersenyum Harir mendengar jawapan Nisa. Menunjukkan minat pada penyampaiannya pagi itu. Meski sejuknya mencucuk-cucuk tubuh.
“Baginda sangat prihatin tentang solat berjemaah dirinya dan berisan tenteranya. Inilah rahsia kemenangan Islam. Buktinya, baginda dan tenteranya berjaya menawan kota itu. Allah hantar bantuan bila kita utamakan apa yang Dia utamakan.”
Sambung Harir lagi, sambil tangannya menyelak buku nota kecilnya, dia menyambung.
“Nabi kita, Rasulullah S.A.W menjadikan solat subuh berjemaah sebagai kayu ukur tahap keimanan seseorang. Sabda Rasulullah,
‘Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isyak dan Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung dalamnya, nescaya mereka akan mendatangi kedua-duanya sekalipun dengan merangkak. Sungguh, aku ingin menyuruh melaksanakan solat, lalu solat itu ditegakkan, kemudian aku perintahkan seseorang mengimami solat bersama orang lain. Kemudian beberapa orang lelaki berangkat bersamaku membawa kayu terikat, mendatangani kaum yang tidak hadir solat berjemaah, sehingga aku bakar rumah mereka.”
“Uih, macam tu sekali besar ganjaran solat subuh jemaah.”ujar Nisa.
“Bukan uih, tapi masyaAllah...”Kauthar mengusik.
“Yup. Sayangnya Rasulullah pada kita. Dipentingkan solat jemaah itu agar ummatnya selamat dari siksa api neraka. Andai saja kita dapat melihat ganjaran itu dengan mata kasar ini,pasti sanggup kita merangkak untuk solat berjemaah. AllahuAkbar.”kata Harir.
Sambungnya lagi,”Buku apa yang Kauthar baca minggu lepas tu?Yang penulis dia bernama Dr. Ragib al-Sirjani kalau tak silap Harir.”
“Buku Misteri Solat Subuh.”
“Haa...cuba Kauthar kongsikan dengan kami.”pinta Nisa.
“Beliau ada tulis, pengalamannya di Amerika. Beliau kata, sewaktu pulang dari solat subuh,jalanraya sibuk dengan kereta bersimpang-siur. Waktu pada masa itu menunjukkan enam pagi. Mereka Kristian, Yahudi dan Ateis. Mereka bangun untuk keperluan dunia menyamai waktunya dengan waktu solat subuh. Keinginannya pada keperluan dunia membuatkan mereka berkorban waktu tidur. Tapi jika dibandingkan dengan masyarakat Islam di Malaysia, jauh sekali. Pukul enam pagi, jalan masih sunyi. Masjid juga hanya didatangi oleh siak masjid dan warga emas yang lanjut usia.”
“Malunya. Kita yang sepatutnya lebih baik dari mereka.”respons Nisa.
“Aah. Kita sebaik-baik ummat yang sepatutnya memberi tauladan yang baik kepada manusia lain. Sedarlah, kita sudah jauh ketinggalan.”balas Harir.
Tambah Harir lagi, “Dr. Raghib menulis lagi, orang kafir boleh bangun awal-awal pagi supaya anjing mereka boleh dibawa berjalan menghirup udara segar. Beliau suruh kita bayangkan, kerana mereka cintakan anjing, mendorong pemiliknya untuk bangun pagi, sedangkan cinta akan Allah tidak mendorong hambaNya untuk bangun pagi? Astaghfirullah...”
“AllahuAkbar.”bisik hati Nisa.
“Sangat perlu untuk kita renung ke dalam diri masing-masing. Sejauh mana kita membuktikan cinta kita pada Dia?Solat subuh saja berat untuk dilakukan.”kata Nisa.
“Begitulah serba sedikit ilmu kami yang boleh dikongsi bersama, Nisa.”Kauthar bersuara.
“Kami bukan sempurna Nisa. Tiada seorang pun yang sempurna melainkan Dia. Kami pun manusia yang punya nafsu segala. Mari sama-sama kita berganding bahu, berusaha membuktikan cinta kita pada Dia. Biar susah, kerana susah itu terbayar dengan nikmat yang seinfiniti dari Dia.”
“Alhamdulillah sahabat. Sangat terkesan dengan perkongsian kalian. Aku akan lebih berusaha untuk bangun awal solat berjemaah.”balas Nisa bersemangat.
“InsyaAllah kami akan bantu.”
Mereka bertiga bersalaman. Ada azam baru dalam diri Nisa.
“Ya. Akan aku lakukannya.”
*********************************
Malam ini, Harir, Nisa dan Kauthar berpakat untuk ke malam ‘Simfoni Cinta’ bersama-sama. Harir akan memandu kereta Ford Fiestanya. Program yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar universitinya itu menampilkan penampilan khas Hafiz Hamidun, kumpulan nasyid tanah air seperti UNIC dan Devotees.
Mereka bertiga masih bersiap untuk ke sana.
“Tolong pasangkan suis seterika tu, Ain”pinta Harir yang sedang mencari bajunya di dalam almari. Ain tidak turut serta malam itu. Ada assignment katanya.
“Cepatlah Harir, Nisa dah siap ni.”Nisa memanggilnya.
“Takkan awak pakai begitu saja Nisa?”tanya Kauthar. Terkejut dia melihat pakaian yang dikenakan di tubuh Nisa.
“La, kenapa pun?”suara Nisa sedikit tinggi tanda tidak senang dengan pertanyaan Kauthar.
“Aku bukan bukak auratlah Kauthar. Aku pakai blouse dengan seluar jeans je. Itu pun tak boleh ke?”
Suasana bilik menjadi tegang seketika dengan sikap Nisa. Dia sangat mudah tersentuh dengan teguran begitu. Baginya, Harir seorang sahaja yang memahami rentak jiwanya.
“Bukan macam tu maksud Kauthar..”lembut suaranya memujuk.
“Dah la, aku malas nak pergi. Harir, Nisa tak pergi rasanya program Simfoni Cinta tu.”ujar Nisa berbaur merajuk.
Harir yang mendengar perbualan Nisa dan Kauthar itu meluru ke arah Nisa.
Dia tersenyum dan perlahan dia berbisik ke telinga Nisa.
“Nisa, mari saya pinjamkan pakaian yang sesuai.”
“Kenapa?Baju dengan shawl ni tak sesuai dengan saya ke?”soal Nisa. Nisa berasal dari bandar. Pemakainnya lebih terpengaruh dengan budaya bandar. Bergaya, tetapi tidak syara’.
“Mari.”Harir menarik lembut tangan sahabatnya itu. Dipimpin masuk ke bilik.
“Mari duduk.” Nisa mengajaknya duduk di tepi katil.
“Bukan tak sesuai dengan Nisa, tapi tak sesuai dengan muslimah.”
“Kita ni muslimah la kan?Kenapa tak sesuai?Shawl Nisa menutup rambut. Baju Nisa berlengan panjang. Seluar pun begitu.”
“Sebab Allah ciptakan wanita itu indah.Setiap sisi wanita itu perhiasan.Kalau Harir minta Nisa bezakan antara tutup dan balut hadiah,boleh Nisa bezakan?
“Balut tu tutup tetapi masih boleh dilihat bentuk hadiah,kalau tutup hadiah rasanya susah untuk kita tahu bentuk hadiah itu.”
“Ya. Sangat betul apa yang Nisa kata tu. Samalah seperti wanita.Allah wajibkan kepada kita untuk menutupi aurat, bukan membalut.”
Nisa melihat dari atas hingga ke bawah pakaian yang dikenakannya. Dia faham apa yang cuba disampaikan oleh Harir.
“Nisa faham. Pakaian yang Nisa pakai ini bukan menutup, tapi membalut. Walaupun berpakaian, tapi manusia lain masih boleh melihat susuk tubuh Nisa. Bentuk lengan Nisa kelihatan, begitu juga dengan seluar. Tapi...”Nisa masih berfkir. Persoalan bermain di mindanya.
“Ya Nisa, tapi apa?”
“Tudung Nisa tak membalut rambut pun. Menutup kan?”
Senyuman terukir tatkala Harir mendengar kata-kata Nisa.
“Memang menutup rambut. Begini Nisa. Allah berfirman mewajibkan wanita untuk melabuhkan pakaiannya menutupi dada. Kita sendiri tahu, wanita punya daya tarik di situ.Nisa tahu, kan?”
“Aah.”
“Allah tahu apa yang terbaik buat kita. Dia yang mencipta kita. Dia Maha Tahu atas segala penciptaannya.”
Lama Nisa memikir. Betul apa yang dikatakan Harir. Allah yang ciptakan manusia, jadi Allah Maha Tahu kenapa disyariatkan kepada wanita untuk melabuhkan pakaiannya menutupi dada. Shawl yang tersarung di kepalanya tidak menutupi dada. Bahkan menampakkan bentuk buah dadanya.
“Astaghfirullah.”istighfar Nisa.
“Kauthar tu pun satu. Tegur orang direct je. Malulah Nisa.”adunya.
“Maafkanlah dia. Mungkin Kauthar tersasul tegur Nisa dengan nada begitu. Kauthar tegur sebab dia masih punya rasa sayang pada Nisa. Dia tak mahu Nisa terdedah dari mata-mata liar di luar sana.”
“Hmm...” Nisa masih menghadam apa yang dikatakan Harir.
“Nisa, saya minta maaf fasal tadi.” Kauthar melangkah masuk ke bilik. Nisa menghampiri Kauthar dan memegang bahunya.
“Kauthar, saya yang sepatutnya minta maaf dan berterima kasih pada awak. Beruntung saya punya kawan seperti awak, Kauthar. Masih mahu membimbing saya yang jahil ni. Terima kasih.” tangan Kauthar disentuh. Mereka berpelukan.
“Alhamdulillah” bisik Harir.
“Dah, cepat siap. Nanti lewat pula ke program tu.” kata Kauthar.
Nisa menanggalkan serta merta shawl yang dipakainya itu.
“Harir, boleh saya pinjam shawl labuh?Shawl Nisa semuanya pendek. Baju muslimah pun kalau boleh Nisa nak pinjam..?”pintanya.
“Mestilah boleh.”semakin lebar senyuman Harir mendengar permintaan Nisa itu. Dihulur shawl dan baju muslimahnya kepada Nisa.
Mereka bersiap-siap untuk ke majlis itu. Perlu hadir awal, kerana majlis yang di hadiri artis-artis terkenal tanah air pastinya mendapat sambutan hangat dari para pelajar.
Dalam perjalanan mereka, Nisa bersuara.
“Terima kasih Harir, Kauthar sebab tegur Nisa tadi.”
“Sama-sama Nisa. Kita bersahabat, biar saling ingat-mengingati ke arah kebaikan. Saya dan Kauthar juga perlu selalu diingatkan. Masih banyak yang perlu diperbaiki.”balas Harir sambil matanya fokus pada perjalanan.
“Menjadi tanggungjawab kita sebagai sahabat kan....?” tambahnya.
“Surely.”balas Nisa dan Harir serentak.
“Alhamdulillah..”ujar Kauthar.
Tiba saja di majlis itu,mereka antara yang terawal. Syukur. Dewan masih belum dipenuhi dengan pelajar lagi. Harir menurunkan Nisa dan Kauthar sebelum dia mencari tempat parking.
********************************
Sejuk udara pagi itu. Jam menunjukkan pukul 9.30 pagi. Jadual kuliah Biologi Makanannya pada hari ini bermula pada pukul 10.30. Nisa baru sahaja selesai menunaikan solat sunat dhuha di musolla Fakulti Sains dan Teknologi. Lafaz hamdalah masih belum putus-putus dizikirkannya.
“Alhamdulillah” bisik Nisa sambil bersimpuh di tangga musolla membetulkan tali sandalnya.
Setelah selesai, dia melangkah ke pondok berhampiran musolla untuk menunggu Harir yang ke tandas katanya tadi. Baru selangkah dia berjalan, matanya tertumpu pada susuk tubuh yang sekian lama tidak dilihatnya tidak jauh dari dirinya. Terpaku Nisa di situ.
“Yus.” katanya perlahan.
Tubuh manusia itu berpaling. Ya. Memang itu Yus. Lelaki yang pernah mengukir nama di hatinya satu masa dahulu. Berbeza penampilannya dari dulu saat mereka bersama. Kemas. Berkopiah putih di kepala, dan berbaju melayu hijau tua. Mereka saling berpandangan. Kemudian, saja dilarikan anak matanya dari terus memandang Yus. Yus menghampirinya.
“Assalamualaikum.” sapanya.
“Waalaikumusalam.”
“MasyaAllah.Allah temukan lagi kita. Maha hebat perancangan Dia.”
Nisa hanya mendiamkan diri. Merona pipi gebunya. Malu.
“Nisa ambil kos apa?” tanya Yus.
“Food Biotech.”
“Owh. Yus ambil kos Financial Math.”
“Bila masa aku tanya dia?Hmm..” monolog Nisa. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Dia malu berdepan dengan Yus.
“Maaf Yusri, saya pergi dulu. Ada kelas lepas ni. Assalamualaikum.” Nisa meminta diri.
“Baiklah. Bittaufiq Yus doakan. Waalaikumussalam.” balas Yus.
Yusri melihat Nisa pergi sehingga hilang kelibatnya dari pandangan.
“MasyaAllah. Sungguh Kau makbulkan doa-doaku. Kau jaga dia, kau pelihara dia. Kekalkan ia ya Allah, kekalkan.” doa Yusri dalam pengharapan. Itulah doa Yusri yang sehingga kini, masih dicintainya.
***************************
“Nisa, mana awak pergi tadi?Kata nak tunggu saya kat pondok...” kata Harir setelah puas dicarinya sahabat itu. Harir membuat gaya merajuk.
Nisa tiba di dewan kuliah tanpa menunggu Harir. Dia terlupa. Sejurus meninggalkan Yus sebentar tadi, dia terus ke dewan kuliah. Rasa bersalah menyelubungi Nisa.
“Ya Allah!Nisa terlupa. Sorry.........” pujuk Nisa. Terus dicapainya tangan Harir dan mengajaknya duduk.
“Ye la..siapalah kita ni kan. Senang je orang tu nak lupa..”
“Bukan. Tadi Nisa terjumpa Yus...Upss..Bukan,bukan..” Nisa terlepas kata.
“Siapa?Yus?Bukan ex Nisa ke tu?Haaa....”
“Aah. Nisa pun tak sangka dia ada kat sini. Semenjak putus, Nisa tak ambil tahu lansung fasal dia.”
Diceritakan semua yang terjadi kepada Harir. Harir tersenyum.
“Kalu dah jodoh tak ke mana.”
“Ada pula sampai ke situ fikirnya.”
“Betulla. Tak sangka boleh ketemu si dia di sini, kan?”
“Harir, bukan dia yang saya cari di universiti ni. Saya cari sahabat seperti awak, Kauthar dan ahli-ahli rumah kita. Saya cari kehidupan yang membuatkan saya lebih terjaga, saya mencari ketenangan dalam hidup bertuhan, dan saya bertemu semua itu di sini. Satu nikmat yang sangat besar buat saya, Harir. Saya bersyukur.” Luah Nisa.
“Yus?” Tanya Harir.
“Let Allah decide the best. Saya tak mampu untuk berharap lebih. Yang pasti, saya selalu doakan yang terbaik untuknya. Cukup.” balas Nisa. Senyuman manis terukir.
“MasyaAllah...” ujar Harir.
Dr. Sofia melangkah masuk ke dewan kuliah. Seorang pelajar lelaki sukarela membacakan doa belajar.
“Indahnya biah ini,” bisik Nisa.
Semua pelajar membetulkan kedudukan. Harir dan Nisa menumpukan sepenuhnya perhatian pada pengajaran.