Showing posts with label muhasabah. Show all posts
Showing posts with label muhasabah. Show all posts

Saturday, June 16, 2012

"IKHTILAT,PEDULIKAH KITA?"





Jom layan dulu doodle dari blog @Reminderformenyou tentang cinta.


Bismillah.
Moga Allah buka mata hati kita semua.
p/s:click on gambar komik untuk view yg lebih besar.











and this is the video mentioned there.
Cinta hakiki by Hilal Asyraf




Ada mesej yang ingin disampaikan sebenarnya.

Ikhtilat=dari segi maksud mudahnya pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram tanpa batasan.

Maka ia perlu dijaga dan perlu dipelihara agar tidak berlaku..

Islam tidak menghalang kita berhubung sesama sahabat berlainan jantina, bersembang, berbincang hal pelajaran@isu semasa@dll.. Selagi ia dalam batas-batas yang ditetapkan.

Still ada batasan?Kata tadi Islam tak menghalang?

Cuba kita fikir mengapa batas-batas itu diwujudkan?
=Allah tahu lelaki dan wanita mudah tertarik pada satu sama lain.

In addition,ikhtilat bukan saja perlu kita jaga hanya di dunia realiti.Di alam maya juga tidak terkecuali,ok?

Facebook
Twitter
Tumblr
Blog

Dan segala macam lagi laman sosial yang membuatkan kita terdedah dengan jutaan manusia TANPA BATASAN.

Tapi kita boleh cipta BATASAN itu.

Situasi A:

Ahmad post status..
"Wanita yang baik untuk lelaki yang baik,
Wanita yang jahat untuk lelaki yang jahat"
10 likes    4 comments

Comments
Lily     :InsyaAllah^_^.
Ahmad:Lily ni baik orgnya.mesti dapat yang baik juga.Tak macam ahmad ni,sapela yg nak:(.......
Lily     :Eh,mane ade..Ahmad lagi baik..hihi..
Ahmad :Ala,ahmad ni biasa2 je orgnya...hihi..

Situasi B:

Lily posted a link to Ahmad's wall..

"Wahai bakal suamiku,
peliharalah dirimu,
jagalah imanmu,
blablabla~~~"
50 likes 80 comments 

Comments
Abuu     :Wah3 Ahmad,dah tak lame le tuu~~
Ah Meng:Kahwen jgn lupa jempot loo..:)
Surayya :Moga kalian bahagia hingga anak cicit miut..

View more comments


________________________________________________________________

Allahu.
Tahukah kalian banyak fitnah bakal timbul dari tindakan kalian yang sebegitu?

Sekadar ingatan bersama.

Pada yang terasa (seperti saya),ayuh kita berubah!
Mulakan langkah menjaga ikhtilat.


0930 pagi.
kolej kediaman 1 usim.
#rindu rumah:(

Friday, March 23, 2012

Am I alone?

Bismillah.

Lama rasanya tak mencoret peringatan untuk diri di blog ni.
Allah,Allah.Terlalu leka dengan dunia.Sampai lupa memuhasabah dan mengingatkan diri sendiri.Maaf ya Allah.
Aku leka,aku lalai.

Even status di Facebook,kebanyakannya yang saya share kelihatan seperti 'islamik',honestly saya kata tak semua status saya itu memberi kesan kepada saya.Melainkan ianya diaplikasikan dalam kehidupan.

Semenjak dua menjak ni rasa macam kosong.Rasa macam "I'm alone".Seorang diri.Semua rasa sukar,semua rasa berat.Rasa seperti menanggung berat itu keseorangan.

Seusai solat maghrib tadi,saya terpanggil untuk membaca entri di blog pasangan pelajar medik di Mesir ini.pamabalqis.blogspot.com.Saya merupakan salah seorang pembaca setia blog mereka pada awal usia saya berblogging.Even saya tidak mengenali sama sekali mereka ini,entri beliau(kakak),mengetuk hati saya.Moga keluarga mereka Allah limpahkan rahmat dan kasih-sayang.Amin.

One of the ayat yang beliau tulis di entri terbarunya,

"di penghujung hari, apabila malam telah melabuhkan tirainya, maka saat berseorangan itulah benar-benar terasa bahawa lemahnya diri ini jika tidak ada kekuatan dari Dia yang Maha Menguatkan...Maha suci Allah, semoga Dia tidak meninggalkan diriku keseorangan,penuh lelah dan tidak berdaya. "

And it make realise.Aku bukan seorang.Aku ada Allah.

Cukuplah.
Setiap hari,Facebook lebih aku rindu dari dari Al-Quran,
Setiap hari,movie lebih aku utamakan dari pelajaran,
Cukup.

My dear Allah,i know U hear my calls.

Allah ada=)



Friday, December 16, 2011

Saya tersentuh!

Salam.
Love to share this video with you all!
Really i tell you,
This video makes me miss the Prophet Muhammad.
Huu.

Monday, December 12, 2011

Kita tak semuanya mampu.

Salam dan selamat sejahtera.hehe.

Hari ni BANYAK sangat kerja.*hipernola sebenarnya*
=.="

Ada presentation English Online Learning sebenarnya pagi tadi.Bagai nak rak prepare,sediakan dalam bentuk power point segala,bila present.......C.O.R.R.U.P.T!

Dengan condition sound yang macam apa entah kat computer lab,Dengan keadaan rakan kelas yang seakan tidak menghormati kami membentang di hadapan,Dengan keadaan lecturer yang bersandar di kerusi sambil memejamkan matanya(mendengar ke tuh?)...

Maka..hilanglah segala mood yang telah di bina pagi tadi..Aduihhh..

Well, I learned something today.
We can't efford to do all.
We can't.

Yeah,
We thought we'd done our best,
We thought we'd give our best,
We thought we'll have the best result,
But then,
Problems comes.

There,
You'll realise.

Kamu hanya mampu berusaha.
Dan hanya Dia yang mampu menentukannya.
Berjaya atau tidak.

Mungkin pada mata manusia,
Usaha kamu hanya sekelumit cuma,
Usaha kamu apalah sangat jika dibandingkan dengan mereka.

Usaha,
Yakinkan diri,
Allah melihat,
Allah mengetahui,
Apa yang kamu usahakan.

There,saya fikir.Maybe Allah nak tunjuk.Selama ni,mata,mulut,tangan aku banyak menyakitkan perasaan dan hati orang.Ringan saja nak melakukan dosa.Sangat ringan...So,just renunglah diri tu balik.Banyak buat dosa,Allah tunjuk depan mata.

Penuh himah cara Allah menegur kita.Subhanallah.

:)
Nite!
Wassalam.

renung diri kamu.masih banyak kurangnya.

Thursday, October 6, 2011

Menangislah!

Assalamualaikum!
Pagi-pagi lagi da buat post.Ahha!
About menangis.Sebab sedihka?=)
Taklah.
Just to share.


Menangis means what?I'd google this word,and this is some info if u wanna know.Menangis.

 Orang tua-tua selalu kata,bila kita terlalu suka atau gembira,nanti sampai satu tahap kita akan menangis.Macam mak selalu pesan kat adik-adik saya,"Jangan seronok sangat,nanti menangis".

 Sebab ape eh orang cakap gitu?Mungkin walau apa pun yang kita buat,perlu sederhana.Kalau gembira,jangan gembira sangat-sangat.Kalau ketawa,jangan ketawa sampai tak ingat dunia.Tu jah.

 Ada benarnya.Nabi kita,kalau gembira sekalipun,hanya senyum.Bukan ketawa.Mari saya kongsikan.

Ibn Abbas r.a. berkata: "Siapa yang tertawa ketika berbuat dosa maka ia akan menangis ketika akan masuk neraka." Orang yang lebih banyak ketawa didunia merekalah yang lebih banyak menangis diakhirat, dan orang yang banyak menangis didunia merekalah yang banyak tertawa diakhirat.


Yahya bin Mu'aadz Arrazi berkata: "Empat macam yang menghilangkan tertawanya orang mukmin dan kenangannya iaitu:

-Memikirkan akhirat 
-Kesibukan pencarian keperluan hidup 
-Kerisauan memikirkan dosa 
-Tibanya musibah bala


Bukan tak boleh ketawa,boleh.Tapi perlu sederhana.Senyum pun cukup.
Sedikit perkongsian dari Ustaz Pahrol dalam majalah Gen Q.


 Ketahuilah olehmu bahawa ketawa yang berlebihan tanda lali dan kejahilan.Ketawa keterlaluan seorang ulama,hilang ilmu,hilang wibawanya.Ketawa seorang jahil,semakin keraslah hati dan perasaannya.


 Nabi Muhammad bersabda:Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.


 Penghuni syurga ialah mereka yang banyak dukacitanya di dunia.Dia sentiasa bimbang,apakah kira nasibnya di akhirat - apakah di syurga atau di neraka.
 Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang.Perindu akhirat menangis kerana dunia yang datang."Alangkah sempitnya kuburku nanti."keluh seorang abid.Lalu dia menambah amal bakti dengan ikhlas dan sabar agar kuburnya nanti luas melebar."


Macam saya pun.Sampai satu tahap,hati saya sebak.Sama juga macam kamu,kan?Bila terlalu happy,last sekali mesti teringat dosa-dosa.Ya,dosalah yang menjadi sebab utama untuk kita menangis.Dan tempat menangis yang terbaik adalah Allah.


Menangislah saat berdua denganNya,
Menangislah saat Allah masih mahu mendengar tangis hambaNya,
Manangislah saat kau masih punya nyawa!

Sekian,wassalam.=)

Saturday, October 1, 2011

Humble as a 'Hamba'

dimana rasa kehambaan kita?

Assalamualaikum.
Apa kabar iman?Mudah-mudahan makin baik dari hari ke hari.Makin berkilat dari hari ke hari.InsyaAllah.

 Hamba.
Pastilah tujuan hidupnya hanya untuk tuannya.Berkhidmat sebaik mungkin.Takkan berani untuk membantah kata tuannya.Tak berani rasanya.

Begitu juga kita.Hamba Dia kan?Full time servant of Him.
Tapi.....
Saat ini,mana rasa kehambaan kita?Mana?
Bangga sangat dengan seciput kelebihan yang Allah bagi.
Bangga sangat dengan seciput nikmat sihat dan cantik yang Allah bagi.
Megah sangat dengan ipad,iphone,blackberry dan seadanya yang Allah bagi itu.
Megah sangat dengan pakaian mahal segala yang Allah bagi.

Astaghfirullah.
Semua Dia yang bagi.
Dia.
Allah.
Tuan kepada kita yakni seorang hamba.


Maka,seorang hamba,harus sedar bahawa dia hanya seorang hamba.Takkan lebih dari itu.Hidup seorang hamba juga tak mudah.Mari saya kongsikan sesuatu.

 Allahyarham asy-Syahid Syed Qutb pernah berkata,"Jalan ini tidak dibentangi dengan permaidani merah,juga tidak ditaburi dengan bunga-bunga.Tetapi jalan ini ditaburi dengan duri-duri yang terpacak.".

 Ternyata,hidup seorang hamba bukan mudah.
Wahai manusia,lahirkanlah rasa hamba itu.
Hiduplah sebagai seorang hamba.
Maka kau akan bahagia di sana.






Thursday, August 25, 2011

Just Let Me Be Your Admirer.From a distance.




  Assalamualaikum semua.Saya doakan moga saya dan anda semua Allah limpahkan rahmat kepada kita.Di bulan mulia ini,jom banyak2 istighfar,zikir,doa dll.Konklusinya jadikan ramadhan ini satu kem tarbiah untuk menjadikan kita lebih baik di masa hadapan.InsyaAllah.Amin.

 Teringat nasihat seorang ustaz di kampung saya dalam kuliahnya berbunyi."Dalam bulan Ramadhan ini,Allah buka seluas-luasnya pintu syurga.Tak mahukah kita berdoa sepanjang ramadhan ini agar Allah tempatkan kita di syurga?"..Renungkan.Kita impikan ke syurga,tapi ada kita berdoa untuk ditempatkan ke sana?

Terlalu banyak peristiwa yang berlaku sepanjang cuti saya selama 3 bulan ni.Banyak juga yang saya belajar daripadanya.

  Dalam post kali ini ingin saya kongsikan one of my favourite story.Actually copied dari kawan blogger.

 Bak kata orang,kita tidak dapat lari dari ingin menyayangi dan disayangi.Bermula dari pertama kali saya berjumpa dengannya,hati mula rasa semacam.Itu apa yang berlaku pada saya semasa di tahun 6.Waktu itu kami menghadiri tuisyen di tempat yang sama.Ya.Dia yang saya maksudkan adalah seorang lekaki.Dia yang saya kenal.Tapi setakat yang saya kenal,he is a nice guy.

 Lebih kurang 6 tahun kami tak bersua muka.Tinggal pun bukan jauh mana.Sama daerah.Tapi beberapa minggu yang sudah,kami bertemu secara tidak sengaja,tidak dirancang di suatu tempat keramaian.Saya malu,begitu juga dia.Saling mendiamkan diri,seakan tiada soalan yang ingin ditanya.Dan pertemuan itu berakhir di situ dan begitu.Mungkin agak sukar untuk saya melupakan saat itu.Ya.Dia yang pernah saya menaruh hati.(maksudnya saya suka dia masa dulu).Apa mudah untuk saya lupa saat itu?Jika anda bagaimana?

 Semenjak itu,saya melihat dia sering ke tempat itu(tempat yang saya selalu pergi).Dia menunggu.Entah.Saya tidak tahu dia menunggu apa.Setiap kali saya ke sana,saya dapati dia melihat saya dari jauh.Dari jauh.Hari berganti hari,ibunya pula datang bertandang ke tempat itu.Saya kenal ibunya.Kemudian saya beranikan diri untuk menegur.Ya.Ibunya seorang yang mudah bergaul.Ibunya seperti sudah mengenali diri saya.Entah bagaimana.

  Saya bersyukur kerana Allah temukan kami setelah sekian lamanya.Allah tahu yang terbaik untuk kami.Saya tidak mahu mengharap berlebihan.Mungkin sahaja kehadiran dia membawa satu makna,mungkin juga tidak.Sahabat saya bertanya,"Apa kamu suka sama dia?".Jawab saya sejujurnya,"Sememangnya semenjak dahulu aku menaruh hati padanya.Tapi aku biarkan saja.Takut ianya menjadi fitnah hati.Mainan syaitan semata.".Sahabatku membalas,"Lebih baik seandainya kau simpankan saja perasaanmu itu.Jangan sekali kau luahkan padanya selagi kau belum sedia.Selagi masih banyak amanah yang harus kau pikul dan laksanakan.Yakinlah hanya pada DIA.DIA Maha Tahu isi hatimu.DIA Maha tahu yang terbaik buatmu.Maka mohonlah darinya."....Terima kasih Ya Allah.Terima kasih sahabat.


Dan di sini,saya sertakan puisi untuk diri.:)


I've never been the type to say what I feel
So basically I keep everything inside
And with you it was no different
I want to tell you, believe me I've tried

But there's part of me that just can't take that chance
So I doubt that you'll ever know
Which may be fine with you, but it's hurting me
I choose not to show it though

I guess I'm your secret admirer
That name seems to fit just right
I don't know what I like about you
But you're on my mind, day and night

But I guess I'll never know what it is
My true feelings I could never reveal to you
I'll just admire you from a distance
I'm not sure what else there is to do


It's for u Dear....

Thursday, May 19, 2011

Solehah

Ingin sekali ya Allah..
Aku menjadi wanita solehah..
Ilmu dunia dan akhirat tak jemu dituntut..
Akhlak dan kelembutannya bisa menyejukkan..
Setiap mata dan hati yang melihatnya..
Batas-batas pergaulannya dijaga rapi..
Kerana dia amat tahu..
Wanita itu fitnah terbesar di akhir zaman ini..


Apa pantas aku digelar solehah ya Allah..?
Andai..
Amalku saja masih cetek..
Akhlakku juga terkadang sama seperti yang tidak pernah tahu..
Tahajjud dan qiamullail saja aku tidak istiqamah..?
Jauh sekali dari merasakan diri ini cocok untuk yang soleh..
Kerna yang soleh itu pantas untuk yang solehah..
Sedangkan aku..
Solehahnya masih belum pasti..




Sunday, March 6, 2011

Susahkah?

SINGLE AND UNAVAILABLE!



Susahkah menjadi single?
Susahkah menjadi yang tidak punya kekasih?
Saat semua memikirkan yang ianya satu keperluan...
Saat semua seakan tidak bisa bernafas tanpanya...

Susahkah menjadi mawar yang punya duri?
Susahkah memagar diri dari nafsu duniawi?
Saat semua berebut untuk dikatakan,"cantik kulit awak"
Saat semua bangga memaperkan kecantikan diri sendiri..
Saat semua berkejar-kejaran memaut hati sang lelaki..

Susahkah?

Jangan bersedih!Allah SENTIASA bersama kita..

Mari sahabat..kita hayati perkongsian dari
Sangat perlu kita hayati..
Sangat perlu untuk kita yakini...
ALLAH SENTIASA BERSAMA KITA!!!





Teks penuh video 'Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita!'

Apabila kita asyik termenung
memikirkan nasib diri di sini...
merenung jauh mereka di sana 
hidup penuh keseronokan dan kegembiraan...
namun, kita masih tak sedar tentang hakikat 

erti kebahagiaan yang sebenarnya...
Ramai orang...
tersalah sangka tentang maksud 
ketenangan dalam hidupnya
selalu orang mengaitkan ketenangan itu
dengan faktor harta...
dengan faktor kekayaan...
Walaupun itu boleh jadi penyumbang
tetapi itu bukan segala-galanya
Betapa ramai orang yang berada dalam rumah yang besar
tidur di atas katil yang empuk
tetapi dia tidak lebih enak ataupun lenanya tidak nyenyak
Bahkan ada orang yang tidur di pondok buruk
kadang-kadang dia lebih lena dari kita
Ada orang yang berada di hadapannya hidangan yang hebat
lauk-pauk yang bagus
tetapi lidahnya tidak enak
lebih enak lagi orang yang makan kadang-kadang dengan
satu dua mata lauk...
tetapi dia lebih sedap dan selesa makannya
Kata Hamka: "lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat"
Semua orang sangka kalau orang itu ada rumah besar 
ada makanan yang sedap
tentulah hidupnya bahagia dan tenang
Belum tentu!

[Tiada siapa mampu menghalang ketetapan Allah]
Jika Allah hendak memnberikan kebahagiaan kepada seseorang
Dia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun
Jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang
Dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun
Jika Allah uruskan urusan kita
dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita
walaupun sekelip mata
dunia boleh berbuat apa-apa
tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran kerajaan Allah
Jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas
kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah
Apa yang orang rasa rugi
Allah akan berikan keuntungan yang mana
jalan-jalan manusia tak sangka
tetapi Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan
[Apabila kita asyik mengeluh setiap kali ditimpa musibah...]
Tuan-tuan tengoklah dunia ni
kadang-kadang tuan-tuan
manusia dia hilang suatu benda ini daripada dunia
kadang-kadang macam dia hilang segala-galanya
saya nak sebut tuan-tuan
berapa banyak dalam hidup tuan-tuan telah melalui keperitan hidup?
Cuba ingat!
Ketika kita kena keperitan,
kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya
Tapi hari ini Allah telah keluarkan kita berada dalam keadaan yang baik
Ketika kita ditimpa musibah tertentu
Kita kata: "habislah aku kali ni"
tapi usia kita telah berjalan
Kita masih lagi hidup dan makan dan menikmati kurniaan Tuhan ini
Ketika kita kata: "Ya Allah... tolonglah aku,
Ya Allah... tolonglah aku, aku susah ya Allah"
hari ni kita pun telah lupa akan perkataan itu
dan kita lupa kadang-kadang untuk bersyukur
di atas pelbagai ranjang hidup yang telah Allah keluarkan kita daripadanya
Orang-orang yang diberitahu kepada mereka
"Nun, orang ramai sedang berkumpul untuk ambil tindakan kepada kau"
"Nun, orang nak ambil tindakan kepada hang"
"Nun, orang nak ambil tindakan kepada kau"
"Nun, ada orang nak bertindak kepada kau"
Kata Allah: "iman dia tambah"
Bukan kita kata: "pasal apalah Allah benci aku? Apalah dosa aku?"
Tidak, tidak!
Kata Quran: "iman mereka bertambah"
Mereka kata: حسبنا الله ونعم الوكيل"
"Cukuplah bagi kami, Allah...
Dialah sebaik-sebaik tempat diserahkan urusan"
(آل عمران: 173)
[Pengalaman sering mematangkan kita]

Siapa yang tidak melaluinya tidak akan memahami maksudnya
Orang-orang yang pernah hidup dan bertawakkal
dia akan mengetahui tentang keajaiban bertawakkal 
Bila hati insan bulat kepada Ya Rabb
إني فَوَّضْتُ هذا الأمر إليك

Ya Allah... aku serahkan urusan ini kepadaMu ya Allah 
[Kita sering lupa, kita masih punya kehidupan di akhirat]
Apabila insan melihat dunia daripada dimensi akhirat
dia akan merasakan dunia ini sangat kecil 
kehidupan ini sangat luas
Nabi sebut di dalam hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim
Allah bawa pada hari akhirat, manusia yang paling derita dalam dunia ini
Saya tak tahu manusia paling derita di dalam dunia ini
Allah ambil dia, Allah masukkan dia ke dalam syurga 
Dia dimasukkan, dicelupkan masuk ke dalam syurga
kemudian dia dikeluarkan lalu ditanyanya:
"Wahai fulan, adakah kau pernah rasa derita dalam hidup?"
Dia kata: "tak! Aku tak pernah derita pun dalam hidup ini"
Hanya kerana masuk sekelip mata di dalam syurga, lupa cerita derita
Allah ambil manusia yang paling nikmat dalam dunia ini
Segala yang nikmat, Allah masukkan dia secelup sahaja ke dalam neraka
lalu dikeluarkan dia
"Pernahkah kau merasai nikmat dalam hidup ini?"
Dia kata: "tak! aku tak pernah ada nikmat pun dalam hidup ini"
Hanya dengan satu celupan sahaja ke dalam neraka
Manusia lupa segala kisah nikmat dalam hidupnya
[Masihkah kita teringat akan nikmat yang Allah berikan selama ini?]
Kita selalu nak bersyukur kalau kita diberi benda baru
dan kita lupa bahawasanya apa yang ada pada kita ini suatu nikmat yang besar
Satu hamba Allah
yang patah kakinya
yang dia tidak pernah pun sebut
dulu barangkali tak pernah teringat tentang nikmat kaki yang setiap hari dia pijak
Tapi apabila satu hari dia sakit kaki
Dia kata: "Ya Allah... bagilah balik kaki aku, sembuhkanlah balik"
Dia tahu besarnya nikmat kaki, nikmat tangan, nikmat sihat
Kata Hamka: "Yang ada ini sudah harapan kita"
Yang kita ada ini harapan kita
Tetapi insan...
bukan salah untuk kita mengharapkan yang belum ada
tetapi jangan lupa yang telah ada
[Bersyukurlah wahai diri ini...]

Sebab itu sebahagian para sarjana menyebut
Syukur kadang kala makamnya lebih tinggi daripada sabar
Ramai orang terpaksa sabar
tapi belum tentu orang yang dapat nikmat itu bersyukur
Bila dia susah nak kata apa?
"Sabar je la, nak buat apa?"
Tapi untuk jadikan orang yang memiliki harta seperti tuan-tuan
syukur di atas nikmat
اللهم ما أصبح بي من نعمة أو بأحد من خلق

فمنك وحدك لا شريك لك فلك الحمد ولك الشكر

"Ya Allah... apa saja yang aku alami
daripada nikmatMu, daripada kurniaan daripada sesiapa di kalangan hambaMu
tidak ada daripada sesiapa melainkan daripada Engkau wahai Tuhan
bagi Engkaulah pujian, bagi Engkaulah kesyukuran.
Subhanallah...!
Insan, jika dia nak bersyukur kepada Allah, tak terdaya
وإن تعدوا نعمة الله لا تحصوها : إبراهيم: 34
Jika kamu hendak menghitung nikmat Allah, kamu tak mampu
Tuan-tuan... bila kita melihat hidup ini secara keseluruhan
kita akan rasa ma syaa Allah hidup ini
apa yang Allah kurniakan kepada kita
lebih dari harapan kita sebenarnya
Kalau tuan-tuan ingat daripada hari tuan-tuan dilahirkan
tempat tuan-tuan dilahirkan
rumah tuan-tuan dilahirkan
sehingga tempat tuan-tuan ada pada hari ini
Ma syaa Allah...!
Tak dapat nak diucapkan berapa kali nak sebut pun tak mampu
[Firman Allah yang bermaksud:]
"Ketika orang-orang yang kafir itu mengeluarkan dia
ketika dia salah seorang dari dua, dia dan Abu Bakar
yakni Nabi dan Abu Bakar
Ketika mereka berada di dalam gua (sewaktu peristiwa hijrah)
Ketika dia berkata kepada sahabatnya
لا تحزن إن الله معنا

"Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita"
(التوبة: 40)

[Petikan dari ceramah: Mencari Sakinah, Dr. MAZA, 1 Nov 2009]

Wallahua'lam....

Monday, February 28, 2011

Titipan Buatmu Wanita


Dengarkan duhai muslimah..nasihat buatmu..

"Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki."
Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ.
Tundukkan pandanganmu..
Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang.
Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati.
Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.
Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?
Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku karena itulah yang dituntut oleh Allah.
Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?
Tidak kunafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu karena ia semata-mata untukmu.
Awasi senyummu..Keindahannya bisa menaut hati sang lelaki..
Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.
Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa.
Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.
Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku.
Di mana saja aku berada, akal sadarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.
Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.
Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu.
Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.
Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah.
Saat itu pasti kan tiba.Bersabarlah menanti..

Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu karena kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu.
Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.
Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi.
Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu.
Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.
Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.
Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu karena dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku karena-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.
Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya, cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah.
Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama.
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yg akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi..
Wahai wanita, ku ingatkan diriku dan dirimu, peliharalah diri dan jagalah kesucian.. semoga redha Allah akan sentiasa mengiringi dan memberkati perjalanan hidup ini.

Solehahkan dirimu untuk yang soleh itu..
kredit to:lailajihad-deviantart.com

From: Iluvislam.com