Thursday, May 23, 2013

Cerita.

Assalamualaikum.

Ada juga masa untuk taip-taip panjang-panjang ni. *syukur*

Tak banyak pun yang berlaku, tapi boleh je kalau nak story mory.

First skali, kami (student fizik tahun 2) dikejutkan dgn berita kemalangan Nazry. Serius terkejut sebab pagi tu nampak dia dalam kelas present Fiqh Munakahat. Teruk jugak eksiden tu. Act, dia tidak dilanggar oleh mana-mana kenderaan pun, cuma hilang kawalan kat selekoh roundabout nilai tu. Patah sebelah kaki (x ingat kiri atatu kanan). Tak berkesempatan pun lagi nak ziarah. Asif, nazry. Sekarang, dia kat hospital menunggu pembedahan kalau tak silap. Moga Allah mudahkan segalanya untuk kau Nazry. Kitorang dak2 fizik dah anggap kau macam sibling kitorang dah. InsyaAllah, ada hikmah Allah uji kau macam tu. InsyaAllah. Get well soon Nazry!

Secondly, pagi tadi berlansungnya SIC (student innovation competition) kat Pusat Komersial,Usim. Overall memang produk yang contestant yg join memang daebak-daebak lah. Banyak inovasi dorang. Group aku cuma bawak produk yang kitorang pertandingkan dalam SPARK aritu.Named "Smart Luggage". Kalau tengok booth kitorang tadi mungkin ramai yang macam tak nak singgah. haha. Sebab kalau anda dengar explaination dari kami, mungkin anda bakal terkesima. Ahha. Sebab prototype kami x de lah gempak mana, cuma idea tu yang mahal. Hihi. Then utk SIC ni kami cuma edit brochure n poster je la. (nak upload gambar sebenarnya, tapi bluetooth lappy ni bermasalah pulak dia). Juara keseluruhan dimenangi oleh student FSU (Fakulti Syariah Undang-undang) dengan produk mereka "Mono Hajj". kira macam permainan monopoly tuh. Cuma aplikasi persediaan menunaikan haji diselitkan dalam game tu. Nice! Concluusion untuk SIC 2013 USIM ni memang aku sangat enjoy lah. Even letih sikit.It really worth lah. Alhamdulillah!

Thirdly, nak cita, Allah tegur aku hari ni. Secara lembut selembutnya lah aku kira. Masa majlis penutupan SIC 2013 USIM petang tadi, mata aku melilor-lilor (perak language) tengok runners majlis tu. Diorang terdiri daripada ahli SEKREFAST dan YMILF. Berwibawa lah kiranya diorang ni. Melilor punya melilor, aku terpandang sorang student perempuan ni. Memang tak kenal namanya even satu batch. (dahsyat kau iqin). Memang dia antara perempuan yang aku respect kat USIM ni. Dari segala aspek mungkin. Penampilan, tutur kata, akhlak. Kira macam perfect lah pada mata aku. Dengan tidak semena-menanya aku termuhasabah.

" Ya Allah, jauhnya aku kalau nak jadi macam dia ni. Istiqamah dengan tudung yang betul-betul menepati ciri-ciri tudung wanita Islam, aktif dalam organisasi.Jauh k. Sangat. Aku ni kalau time rajin nak pakai tudung bidang 60, aku pkai. Kadang malas, aku lilit je shawl atau pashmina. Bajet nak bergaya la tu. Aishh. Untungnya suami dia nanti. Kalau mata n hati aku ( perempuan) pun sejuk bila tengok dia, apatah lagi sang lelaki bila memandang dia. Subhanallah. Maha Suci Engkau menegur aku dengan cara halus ini. *syukur*"

Tak pe lah iqin, usaha, usaha, usaha.

Itu je kot. Malas dah. Mengantuk++++++. Esok presentation physics math. Daebak iqin, daebak!

Wassalam.^^

Wednesday, May 15, 2013

A Long Journey.

Assalamualaikum.

Dahsyat kau iqin. Lama sangat dah tak update belog ni. Lama sangat dah kot. Sebab malas+ tak rajin+tak ada masa.

Sepanjang tu jugaklah, macam-macam jadi. Ada manis, ada pahit, ada masam. Hidup atas dunia pinjaman ni memang Allah nak bagi kita rasa semua. Then, pepandai lah kita extract apa yang patut.

Baru-baru ni, accident . Bak kata ikhwan, xde la sampai patah-patah tulang an? Aish dia ni. Syukur seinfinitinya kot aku rasa. Syukur tak patah-patah, syukur bila x-ray tiada apa yang retak. Especially dada. Bayangkan kalau dada ni ada komplikasi apa-apa. Ya Allah, minta jauh semua tu. Syukur muka tak banyak luka. Cuma gigi depan ni patah sikit. Sikit je ea, tak la sampai rongak. ^^

Motor pun ok lagi, masih berfungsi. Tapi seriously tak berani dah nak bawak motor. Seriauuuuu.

Mama n ba datang nilai last week. Diorang bawak kancil retro warna merah. hihi. Even takde la auto and baru macam myvi or viva, aku dah cukup syukur ba nak bagi kete bawak kat nilai ni. Thanks ba!

Then, x da dah nak cerita apa. Setakat ini, itu yang penting.

Btw, semenjak 2 menjak ni aku duk repeat video-video dan lagu-lagu ni. Merdu dan bermakna lah kot. Entah.

1) Just Give Me A Reason (Pink ft Nate Ruess)
2) Shine Your Way (OwlCity ft Yuna)

Akhir kalam, izinkan aku mencoretkan serba sedikit doa. Moga bermanfaat, InsyaAllah.

"Ya Allah, grant me the best. Even it is hard and tough to be accepted, just let me endured it with Your love. Sometimes, I knew You are the best planner, but still, I wish I can have what I want, what i dreamed for. Shower me with Your love, my Lord.."

Aku sedar. Aku seorang. Berharap pada yang tak sudi. Berharap pada yang tak punya persamaan dengan aku. Sudahlah. Cuba belajar berhenti clinging on human. Cling on Him, Rely on Him.

Ok, nite.
 Wassalam..