Saturday, November 19, 2011

Kenapa saya pilih 'single'.

untuk kamu kamu yang single di luar sana:)..pic by deviantart.com
Assalamualaikum dan selamat pagi:)

Apa khabar iman kita hari ini?Mudah-mudahan masih sihat dan selamanya akan sihat.InsyaAllah.

This bless morning,i would like to share my opinion on 'Kenapa saya pilih untuk single'.Dalam erti kata lain,tidak mahu untuk punya pasangan istimewa sebelum masanya untuk menikah.

Orang pertama:Sebab couple itu haram!
Orang kedua   :Sebab saya malas nak susah-susah jaga hati orang lain..
Orang ketiga   :Sebab saya memang tak nak kahwin pun...Saya benci lelaki.

dan macam-macam jenis respon lagi bila ditanya kenapa memilih untuk jadi 'single'.

Dan ini jawapan mudah saya.
  :Sebab saya mahu bercinta dengan Dia dulu.

Seriously,saya rasa cinta saya pada Dia masih belum cukup terbukti dengan amal-amal dan cara hidup saya selama ini.Bak kata kak Fatimah Syarha,

 "Ramai yang tahu secara tepat, tapi belum tentu FAHAM secara jelas"

Kita tahu cinta agung itu milik Allah,cinta utama kita adalah cinta Allah.Tapi bagaimana pembuktian cinta kita pada cinta agung itu?

Tepuk dada,tanya iman.Mudahkan?

Oleh yang demikian,saja dengan sukacitanya mengajak kalian semua untuk berfikir.Baik yang sudahpun punya pasangan istimewa ataupun tidak.Mari kita bercinta dengan Dia terlebih dahulu.Perbaiki hubungan kita dengannya.

Oh manusia,
Kamu penuh noda,
Kamu penuh dosa,
Apa kamu hanya berdiam saja?
Dan terus-menerus memijak bumiNya,
Tanpa ada ada rasa?

Oh manusia,
Dia yang sentiasa mencinta,
Sedang kamu terus menderhaka,
Tanpa merasa besar cintaNya?

Oh manusia,
Kembalilah kamu kepada Dia,
Cintailah Dia,
Maka kamu akan bahagia selamanya.

Buat yang selalu membaca Surah al-Kahfi,anda pastinya biasa dengan ayat ini..

Firman Allah,
فَمَنْ كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلا صَالِحًا وَلا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا
 Maksud: Maka sesiapa yang berharap akan bertemu Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh, dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya. (Surah al-Kahfi 18: 110)
Cintailah Dia terlebih dahulu.

picture by myself.saya edit dr deviantart.com

No comments:

Post a Comment