Saturday, January 7, 2012

Penantian dalam keyakinan.

credit to:deviantart.com
Assalamualaikum.....
:)
Untuk pengetahuan anda,exam saya belum habis.
Tapi pagi ni tiba-tiba rasa nak buat 1 entry.

Let me story to you.If you don't even like this post,better for you to leave me alone.Tafaddal(dipersilakan).

(untuk  dapatkan mood tekan button play tu)





Sebagai seorang yang bernama wanita,saya punya impian untuk memiliki sesorang untuk saya cintai sepenuh hati ini dan bersamanya bukan sahaja di dunia,malah di syurga sana.Sungguh,kerana ia fitrah setiap yang bergelar insan untuk mencintai dan dicintai.

Saya selalu membayangkan bagaimana susuk suami saya kelak.Rupanya,tingginya,rambutnya.Semua.


beginikah?

Saya akui,saya belum banyak berusaha untuk menjadi solehah seperti ramai wanita solehah di luar sana.Sungguhpun begitu,saya membina satu prinsip teguh dalam diri untuk tidak bercinta dengan mana-mana lelaki sebelum terlafaznya nikah.InsyaAllah,akan saya pelihara cinta ini hanya untuk suami.


Saya juga yakin,wanita seperti saya (tidak punya kekasih sebelum nikah) mempunyai pelbagai dugaan dan ujian.Ramai.Ya,saya tahu ramai yang seperti saya.Samada ujian itu ;berlawan dengan kehendak untuk memiliki kekasih, keadaan sekeliling yang seakan mempengaruhi.


Keyakinan itu


Maka dengan ini,saya ingin mengajak diri dan wanita-wanita solehah di luar sana,untuk kita teguhkan keyakinan ini lagi dengan seteguh-teguhnya.Yakin bahawa cinta selepas nikah itu jauh dan jauh dan jauh lebih bahagia berbanding cinta sebelum nikah.Ayuh!


“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)


Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.


Mungkin ramai juga yang berfikiran seperti saya.


"Wujudke lagi lelaki yang soleh?baik?"


Saya bagi alternatif untuk kamu.
1)Bina diri(aspek agama,akhlak)
2)Istiqamah.


InsyaAllah,bila diri kamu terbina dengan agama,Allah akan campakkan keyakinan yang tiada batasnya. Keyakinan bahawa semua penat lelahmu berusaha membina diri itu akan terbalas jua suatu hari.Jika tidak di dunia Allah beri pasangan soleh buatmu,syurga menanti.


Saya memberi nasihat dan galakan ini jauh sekali kerana saya solehah.Tidak.Masih jauh perjalanan saya menuju title itu.Saya hanya seorang wanita yang penuh dosa.Dengan kesedaran bahawa saya masih punya sahabat dan saudara yang seagama,maka saya ajak diri dan kamu semua.


Memang payah


Sincerely,it tough.Saya berkata melalui pengalaman yang tidak seberapa ini.Menghadapi sindiran kerana tidak mempunyai pasangan,keadaan sekeliling yang setiap satunya mempunyai kekasih,media massa,dan sebagainya.Tidak terkecuali peperangan emosi.


Sebagai contoh,buka sahaja laman sosial Facebook,ramai yang akan meletakkan profile picture mereka bersama kekasih,meletakkan status cinta dan rindu,meletakkan 'in relationship with'.Selain itu, berjalan di shopping mall,beribu malah berjuta pasangan yang masih belum halal ber'dating',berpegangan tangan dan sebagainya.Ia satu ujian buat saya.Daifnya saya.


Tidak kurang juga dugaan bagi seorang lelaki.Mereka mudah jatuh pada senyuman dan layanan mesra seorang wanita(Maaf,jika salah.Ia berdasarkan apa yang saya lihat disekeliling).Hanya lelaki yang kuat iman dan keyakinannya sahaja yang tidak akan mudah tewas.


Ayat yang buat sekian kalinya kamu dengar,


'Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis'

“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)


Teruskan


Teruskan berjuang
Melawan nafsu dan godaan
Mereka itu takkan sesekali jauh dari kamu
Senantiasa ada dan ada


Tiada orang yang mengaku beriman
kecuali akan ditimpakan ujian ke atasnya.




Impikan


Bayangkan.
Kamu memiliki isteri/suami yang sejuk mata memandang,
Kamu memiliki isteri/suami yang mudah dibawa bicara,
Kamu memiliki isteri/suami yang mengajak kamu mendekati Dia,
Kamu memiliki isteri/suami yang menegur kesalahan kamu dalam beragama.

Indah bukan?

“Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir” (Ar Rum : 21)


















2 comments:

  1. Baguslah kalau begitu. bercinta sebelum kahwin tidak salah kalau syariat Islam itu dipegang.:-)

    ReplyDelete
  2. benar.tapi dalam kondisi keadaan dunia sekarang,tidak ramai yang mampu menjaga syariat itu.:)

    ReplyDelete