Sunday, February 19, 2012

Jangan bersedih.Terus berusaha!

Assalamualaikum blog:)

Alhamdulillah,dalam pukul 6 petang semalam kaki ini selamat tiba di perkarangan Kolej Kediaman 1,USIM.:)
Sebelum ke USIM,baba belanja makan pizza kat Domino.hehe.Tenkiu ba.*I looooove u*..

Tiba di USIM,sayu dan sedikit sedih sebenarnya,sebab kena berhadapan dengan rakan-rakan yang score tinggi dalam exam semester 1 yang lalu.Huu.Ya,sebenarnya result saya tidak mencapai target dan tidak memuaskan.AllahuAkbar.Ikhlas iqin,ikhlas.

Terima kasih ya Allah.Meski hati pedih dan sedih menerima kenyataan ini,apakan daya.Itu rezeki aku dan aku perlu redha menerimanya.

I'd text my bff Shehaku sayang tadi.I told her,"Kekadang aku rasa penat,sha.".Then she replied "Jangan penat,nanti syaitan suka.".Ya Allah,rahmati dia selamanya.Sahabat,memang tidak akan senang melihat kesusahan sahabatnya.Kata-katanya sangat bermakna bagi saya.Terima kasih ya Allah!


And I chose to 'redha',and be thankful.As what a motivator that i'd found on youtube said,"I'd never met anything that is bitter than thankful.".Ya,berkata alhamdulillah dan terima kasih Allah itu mudah.Tapi tak semudah menghayati dan menghadamkan erti katanya.

"Perlu kuat untuk nampak kuat.Perlu tabah untuk nampak tabah"-Aiman Azlan.


Kuat iqin kuat!


Bersangka baik dengan Allah itu jauh lebih baik dan baik daripada bersedih dan merungut.Cukuplah sekali menangis.Jangan dipanjangkan.

"Maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu,
Dalam dada kuharap hanya
diriMu yang bertahta..."
-Rapuh by Opick.

Mungkin sebab kita jauh dari Dia.
Mungkin sebab kita ketepikan Dia,
Mungkin kita lebihkan cinta lain berbanding cinta Dia,
Mungkin dan beribu macam lagi kemungkinan,
dari kekurangan kita sendiri.

Ayuh.
Kita bangun dan teruskan usaha.

Usaha dan terus usaha!



"Jangan pernah berasa cukup dalam berusaha.Kerana usaha itu hanya layak dinilai oleh Dia.Bukan kita."-Remaja Mulia by Hilal Asyraf.


Pesanan untuk diri dan semua:Masuk semester baru ini,jom perbaharui niat belajar kita.Lillahitaala.Bismillah....

No comments:

Post a Comment