Wednesday, November 3, 2010

Mencintai Dia

  Salam semua..Alhamdulillah..Alhamdulillh..Alhamdulillah..lafaz yang selayaknya dituturkan kerana masih Allah beri nyawa  untuk hidup saat ini..syukur..

   Perkongsian kali ini ana tertarik untuk berkata tentang cinta Allah.Menyebutnya tidak sesukar membuktikannya..sebab........Cinta ini bukan cinta murahan..Cinta ini bukan cinta yang sementara..Cinta ini membahagiakan..Cinta ini membuatkan aku hidup..Inilah Cinta Ilahi.

cinta Allah memang indah~



   Dulu,ana amek tau gitu2 je tentang cinta ni.Tak pernah ambil tahu lebih2.Tapi bila ana bace majalah..novel..(islami),banyak yang membahaskan tentang cinta ni.ana faham.dan yang tinggal saja hanya untuk mencintai cinta ni.

   Ana bagi contoh ea.Novel Tautan Hati by Kak Fatimah Syarha Noordin..Watak Khazinatul Asrar dalam novel ni sangat sangat memotivasikan ana.Ana tak tipu..Try bace kalau tak percaya.Yang ana sangat kagum dengan dia adalah usahanya yang sangat gigih dalam mencintai Allah.Sangat2 menjaga cinta itu agar tidak di atasi oleh mana2 cinta..Subhanallah!begitu sekali Allah ilhamkan idea untuk Kak Ha buat cerita macam ni...dan ana juga yakin ianya lahir dari peribadi penulis itu sendiri..

   Ana nak kongsi 10 amalan yang dapat mendatangkan cinta Allah...

1)Membaca Al-Quran dengan merenungi dan memahami maknanya.
2)Mendekatkan diri kepada Allah dengan mengerjakan ibadah sunat,setelah mengerjakan ibadah yang wajib.
3)Terus menerus mengingati Allah dalam setiap keadaan,baik dengan hati,dan lisan atau dengan amalan dan keadaan diri.
4)Lebih mendahulukan kecintaan pada Allah daripada kecintaan pada dirinya sendiri ketika dia dikuasai hawa nafsunya.
5)Merenungi,memerhatikan,dan mengenal kebesaran nama dan sifat Allah.Begitu pula hatinya selalu berusaha memikirkan nama dan sifat Allah tersebut berulang kali.
6)Memerhatikan kebaikan,nikmat dan kurnia Allah yang telah Dia berikan kepada kita,baik nikmat lahir mahu pun batin.
7)Inilah yang begitu istimewa iaitu menghadirkan hati secara keseluruhan tatkala melakukan ketaatan kepada Allah dengan merenungi makna yang terkandung di dalamnya.
8)Duduk bersama orang-orang yang mencintai Allah dan bersama para siddiqqin.
9)Menyendiri dengan Allah di saat Allah turun ke langit dunia pada sepertiga malam yang terakhir untuk beribadah dan bermunajat kepadaNya serta membaca kalamNya.
10)Menjauhi segala sebab yang dapat menghalangi antara dirinya dengan Allah.

  Ana di sini mengajak diri sendiri dan semua untuk meletakkan cinta utama kita hanyalah untuk Allah..mari berusaha segigihnya agar dapat merasai manisnya iman..manisnya beribadah kepada Allah..Orang mukmin sentiasa rela bersusah payah untuk mencintai Allah.Hidupnya terlalu sibuk untuk melakukan kebaikan demi kebaikan.Lepas satu kebaikan,satu lagi kebaikan yang dibuat tanpa letih dan jemu..

  Ana juga ingin kongsikan doa Nabi Daud memohon cinta Allah..
  
“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu perbuatan yang dapat mengantarku kepada cintaMu. Ya Allah, jadikanlah cintaMu lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin.” Dan bila Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam mengingat Nabi Daud ’alihis-salaam beliau menggelarinya sebaik-baik manusia dalam beribadah kepada Allah.” (HR Tirmidzi 3412)
  Mari kita amalkan!

  Allah berfirman...

Dari Nabi shollallahu ’alaih wa sallam beliau bersabda: “Bila Allah mencintai seorang hamba, maka Allah berseru kepada Jibril: “Sesungguhnya Allah mencintai Fulan, maka cintailah dia.” Jibrilpun mencintainya. Kemudian Jibril berseru kepada penghuni langit: ”Sesungguhnya Allah mencintai Fulan, maka kalian cintailah dia.” Penghuni langitpun mencintainya. Kemudian ditanamkanlah cinta penghuni bumi kepadanya.”             (HR Bukhary 5580)


SEKIAN BUAT SEMUA..MOGA PEROLEH MANFAAT DI DUNIA DAN SEMESTINYA DI AKHIRAT SANA..INSYAALLAH..AMEEN YA RABB.

Monday, November 1, 2010

Warkah 'Soleh' buat kita..



Bismillahirrahmanir rahim...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Salam sejahtera buat calon zaujahku yang dihijab pertemuan olehNya sehingga detik kita disatukan dengan lafaz ijab bersaksi qabul berwali. Semoga langkahmu tangkas dengan semangat juang Islam. Walau apapun yang kita lakukan, dasarilah ia dengan memohon keredhaanNya supaya setiap langkah itu beroleh keberkatan.

"Ya Allah, gembirakanlah aku dengan redhaMu"

Kukira untaian doa srikandi iman, Sayyidah Nafisah binti Hasan bin
Zaid bin Hasan bin Ali bin Abu Thalib ini mampu menyuburkan hatimu
dengan Nur KasihNya.

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Ar-Rum: 21)

Telah dikhabarkan bahawa engkau adalah calon yang sekufu untukku, bakal menjadi peneman solehah bersamaku merentas becaknya denai-denai perjuangan Islam ini. InsyaAllah. Kesesuaian ini telah kupohon dalam setiap doaku padaNya, dalam setiap sujudku, dalam setiap ibadah hajat dan istikharahku selama ini. Tanpa jemu walaupun pertemuan itu masih dirahsiakan. Besar kurniaanNya kepada kita. Hijab itu membolehkan aku dan kau melengkapkan diri masing-masing dengan bekalan agama agar baitul muslim kita nanti tidak suram dengan Nur keimanan yang malap.

Calon zaujahku yang dirahmati,

"Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu.."

Bukan harta yang kuperlukan, bukan keturunan yang menjadi keutamaan, bukan kecantikan yang kuidamkan, tetapi kefasihan agamamu itu yang aku dambakan. Itulah hikmah sekufu yang menjadi asas usrah muslim antara aku, kau dan anak-anak pewaris ketauhidan Islam dalam mengESAkan Allah Yang Satu.

"Hai manusia, sesungguhnya Kami ciptakan kamu dan lelaki dan perempuan dan menjadikan kamu berbangsa--bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi maha Mengenal." (Al-Hujarat: 13)

Sirah telah membuktikan bahawa seorang Khalifah mulia menjodohkan puteranya dengan seorang gadis penjual susu lantaran iman yang kuat menjadi benteng gadis itu daripada menderhakai Allah. Akhlak indah yang menjadi pakaian gadis suci itu membuatkan hati Khalifah terpaut. Inilah kisah yang ingin aku kongsikan denganmu wahai calon zaujahku. Pada suatu malam Khalifah Umar Ibnu Khattab sedang membuat tinjauan terhadap rakyat-rakyatnya. Sampailah Umar ra. di sebuah rumah penduduk, ketika itu mereka sedang berbincang tentang sesuatu. Umar mendengar semua perbincangan mereka.

Seorang ibu berkata kepada anak perempuannya: "Anakku bangunlah, serta campurkanlah susu itu dengan air. Puterinya menjawab: Apakah ibu belum mendengar larangan daripada Amirul Mukminin itu? Ibu itu bertanya lagi:"Apakah larangan Amirul Mukminin itu?" Puterinya menjelaskan: "Wahai ibu, sesungguhnya Amirul Mukminin melarang umat Islam menjual susu yang dicampurkan dengan air"Ibu itu berkata lagi: "Cepatlah engkau campurkan susu itu dengan air, tak usahlah kamu takut dengan Saidina Umar, kerana ia tidak melihatnya" Puterinya menjawab: "Wahai ibuku, memang Umar ra. tidak melihat kita, tetapi Tuhan yang disembah Umar melihat kita.

Maafkan saya wahai ibuku, kerana tidak dapat mematuhi permintaanmu. Saya tidak mahu menjadi orang yang munafik mematuhi perintah di hadapan orang ramai, tetapi melanggarnya apabila di belakang mereka."Khalifah Umar ra. yang terkenal tegas itu menjadi terharu hatinya. Umar ra. merasa bangga dengan ketaqwaan gadis miskin penjual susu tersebut. Setelah pagi, Saidina Umar memerintahkan puteranya Ashim supaya pergi ke rumah gadis tersebut.

"Wahai anakku, pergilah engkau ke sebuah rumah penduduk, di dalamnya ada gadis penjual susu, jika ia masih sendiri, pinanglah ia. Mudah-mudahan Allah akan memberikan kurnia kepadamu anak yang soleh."

Ternyata dugaan Saidina Umar ra. itu benar sekali. Ashim menikah dengan wanita yang mulia tersebut dan mendapat seorang anak perempuan yang bernama Ummu Ashim. Kemudian Ummu Ashim berkahwin dengan Abdul Aziz bin Marwan, dan mereka mendapat seorang anak lelaki yang bernama Umar bin Abdul Aziz, yang kemudian menjadi seorang khalifah yang terkenal dan bijaksana.

Jika asas baitul muslim itu kukuh, tidak mustahil ia mampu melahirkan pejuang-pejuang agamaNya yang berpedangkan taqwa dan berperisaikan iman. Di hati mereka bercahaya dengan kasih sayang Ilahi kerana mereka lahir daripada bait penyatuan dua jiwa yang hidup berbumbungkan sunnah berpelitakan al-Quran, berdindingkan wasatiah dan qanaah. Itulah hakikat sebuah baitul muslim.

Calon zaujahku yang telah dijanjikanNya ,

" Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka".(An- Nissa':34)

Surah yang diberikan kemuliaan buatmu dan insan yang bergelar wanita. Istimewanya dirimu sehinggakan Allah menukilkan pesananNya dalam surah khusus buatmu. Dan itulah janji-janji Allah bahawa seorang wanita yang solehah itulah mutiara syurga buat suaminya walaupun kekayaan duniawi tidak terhampar di kakimu.

Maafkan aku kiranya tiada harta yang mewah, mutiara atau kilauan permata kupersembahkan dalam hidupmu. Tetapi, aku hanya mampu menjanjikan hantaran yang paling berguna untuk kita berdua sepanjang zaman. Itulah panduanNya, Qalamullah. Islam menegaskan agar ku ajar dirimu mengenal Allah, zat yang agung. Itulah kunci kesempurnaan yang hakiki.

Seringkali kau mengeluh, kau hanya insan lemah. Sedarilah bakal isteriku, kelemahanmu itu adalah kekuatan yang dikurniakan Allah buatmu. Dari kelemahan itu, terletaknya rahim yang telah melahirkan seorang Rasul, seorang Nabi, seorang abid dan juga pejuang jihad yang Allah janjikan syurga demi setitis darah mereka.

Ia lahir daripada jerih doamu, penat sabarmu dan lelah tabahmu. Akal setipis rambut, tebalkan dengan ilmu.Hati serapuh kaca,kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera,hiasilah dengan akhlak. Bantulah aku dalam mentakrifkan pernikahan ini. Semoga ia menjadi wasilah sebuah pembangunan insaniyyah yang akan menjadi khemah dakwah dan tarbiyyah.

Bakal isteriku yang dirahmati,

Titipan ini sudah sampai ke penghujungnya. Namun, doaku padamu tidak pernah berakhir. Seperti doaku padaNya, moga saf antara aku dan dirimu akan bersama-sama melalui siratulmustaqim yang lurus menuju jannahNya yang dirindui. InsyaAllah. Andai ada ingatan darimu, pohonkan dariNya moga aku terus tegak dalam memperjuangkan kalimahNya walau dijengah mehnah lantaran zaman ini adalah pengakhiran sebuah destinasi.. Dunia sudah terlalu tua, ia hanya menanti masa.

Salam buat teman solehahku...

Yang Benar,
bakal suamimu...


"SUBHANALLAH..BEGITU HARAPAN LELAKI YG SOLEH BUAT KITA..APA KITA MASIH LAGI BERHARAP PADA YG YANG LEBIH DARI ITU? OLEH ITU,SOLEHAHKAN DIRI KITA SEMAMPUNYA..MUDAH-MUDAHAN ADA YANG SOLEH BUAT KITA.AMIN.."

Saturday, October 23, 2010

Sebuah Perjuangan


   Asalamualaikum semua..moga kita semua masih di dalam Islam dengan ketaatan.InsyaAllah..Sebenarnya exam ana belum habis lagi.Ada lagi 1 paper.Physic paper 1..Hari selasa nanti..Tapi ana on9 jugak..sebab ana rindu nak kongsi sesuatu dengan antum semua...=)
   Satu petang 2 minggu lepas, ana baru balik dari DSK.Ondaway ke kolej kediaman,ana lalu surau..Ana sebenarnya memang dah pernah nampak sajak yang ditampal di luar surau kat kolej kediaman ana,tapi x berkesempatan nak menghayatinya..hehe.Sajak tu tentang perjuangan dalam hidup..di umpamakan seperti sampan yang menongkah lautan luas..jom hayati sket..ana save dalam nset sebenarnya.hehe.moga ada manfaat..Bismillah...


berjuanglah demi Allah..demi Islam..

..PERJUANGAN..

Perjuangan itu gerun dan mengerikan,
Hebat dan dahsyat menggerunkan hati,
Bagi mukmin di sini nilainya,
Bagi mukmin di sini nilainya...

Perjuangan itu bagai sampan di laut,
Di atas lapang tiada perlindungan,
Di bawah air melambung dan menggunung,
Menongkah gelombang yang datang melanda...

Kiri,kanan,depan dan belakang,
Angin yang menderu tidak tahu bila datang,
Hujanbadai yang datang menyerang,
Bak singa yang lapar dan garang...

Kadang-kadang terdampar di batu karang,
Penumpang menerima nasib yang berlainan,
Ada yang jatuh ada yang tenggelam,
Yang pandai berenang berpaut ke sampan...

Ada yang berjaya berenang ketepian,
Sekali lagi dia melayar sampan,
Walau pelayaran mungkin tak berjaya,
Namun harapnya hanya pada yang ESA...


  Amacam?stuju?ana time bace sajak ni rasa sebak..memang betul..hidup mukmin itu satu perjuangan yang luarnya nampak pahit,jalannya dipenuhi duri..tapi di sebalik pahit dan duri itu dijanjikan Allah nikmat yang tiada taranya..nikmat di syurga yang kekal abadi.Kekal SELAMANYA.di situlah seorang mukmin dapat menilai erti sebuah perjuangan dalam hidup.Teringat lirik lagu Hijjaz..

"Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Senang susah silih berganti
Inilah sunah orang berjuang..."

Sedarlah...
  Bila mana seorang mukmin itu menyedari hidupnya adalah satu perjuangan,mana mungkin dihiasi jalan juang itu dengan membuat perkara yang akan menjadikan mereka kalah?Sebagai contoh,kalau berjuang di medan perang..logikkah seorang pejuang itu berkhayal,mengelamun,bermalasan melawan musuh?Sudah semestinya akan kalah kalau begitu sikapnya seorang pejuang.
  Begitu juga dengan kita.Andai seorang penuntut ilmu,berjuanglah sehabisnya melawan malas,bertangguh kerja,melepak,joli sana-sini...Andai seorang pekerja pada majikan,bekerjalah seikhlasnya..sekalipun khidmatmu kekadang tidak dipandang manusia lain..Andai seorang ibu,didiklah anakmu dengan acuan Quran dan Sunnah yang ditinggalkan Rasulullah..bersabarlah membesarkan mereka kerana mereka amanah dari Allah buatmu..

Semuanya pejuang
  Siapapun kita,tetap seorang pejuang..bukan penuntut ilmu?bukan pekerja?bukan seorang ibu?semua ada amanah yang sama.sebab kita adalah hamba pada Dia..nak atau tidak,hidup dan mati kita hanya untukNya.nak lari mana?
  Di sini ana boleh kaitkan dengan isu gejala sosial dan budaya hedonism yang melampau dan tidak lagi asing di dengar.Boleh ana katakan kurangnya kesedaran dalam diri tentang amanah sebagai seorang pejuang agama salah satu puncanya.Pemuda-pemudi Islam harus sedar yang kita adalah pemimpin masa hadapan.Kitalah cermin masa hadapan.

Siapkan diri dari sekarang
  Bentuklah diri dengan keimanan,ketaqwaan..Penuhi dada dengan ilmu duniawi dan ukhrawi..Hiasi peribadi dengan akhlak terpuji..Kebergantungannya kepada Allah sepenuh hati..Yakinlah dengan janji-janji Allah.Dia tak pernah memungkiri janji..








Tuesday, October 12, 2010

Doakan ana~

   Assalamualaikum..moga semua sahabat sihat dan masih bisa berbakti untuk agama.insyaAllah..exam PSPM 1 ana  akan berlansung dari 18 okt sampai 26 nov..mohon doa dari semua sahabat ya..moga dpermudahkan memahami dan menjawab soalan..dilapangkan dada..ditenangkan jiwa dan raga..=).amin.dan akhirnya berjaya..amin3x..

dan...
moga Allah sentiasa redha dengan usahaku..
dan..
memberiku kejayaan yang diredhaiNya...
amin ya Rabbal a'lamin..
=)

Saturday, October 9, 2010

Aku Jauh Dari Dia.

  Salam buat semua..Apa khabar iman kita hari ini?lebih baik atau....=).Moga-moga lebih baik dari semalam...sebab mukmin yang sebenar itu senantiasa memperbaiki dirinya agar menjadi lebih baik dari sebelumnya..insyaAllah..
   Manusia selalu merasa resah,gelisah..seperti ada hijab antara dia dan ketenangan itu..Semua manusia pernah merasakan itu.Ana antara manusia itu..Sebagai contoh,bila kita merasakan bahawa apabila melakukan kebaikan tiada orang mahu dekat,tiada kawan,tiada itu dan ini.Sepatutnya kita yakin yang apabila melakukan kebaikan lillahitaala,Allah akan mudahkan.InsyaAllah.
   Ana sangat tertarik dengan artikel akh Hilal Asyraf yang bertajuk "Sebab Kamu Jauh".Sangat terkena pada batang hidung ana bila merasakan tiada ketenangan dalam melakukan sesuatu..Ana kongsikan bersama..

sebab kamu jauh..jauh dari Dia

  SEBAB KAMU JAUH

    Ramai orang suka bertanya dengan saya akan kegundahan masalah mereka, rasa resah mereka akan perjalanan kehidupan mereka, dan rasa risau mereka berkenaan masa hadapan mereka. Kadangkala saya melihat seakan ada sekelompok manusia ini tersekat dalam satu penjara ghaib yang mengikat ketenangan hidup mereka.

Saya berfikir-fikir, saya kira saya juga pernah menjadi seperti mereka. Saya kira, anda yang sedang membaca juga mungkin sama. Kalau kita tak pernah hadapi, maka saya jangka kita akan hadapinya. Sebab saya melihat, perkara ini lumrah dalam hidup manusia.
Dan yang selamat hanyalah yang mencari penyelesaian. Maka, hendak mencari penyelesaian, perlulah mengenali punca terlebih dahulu. Adakah kita akan melihat semua masalah dan mencari semua puncanya? Bukankah ada ramai orang, berlainan situasi, bermacam jenis masalah? Mustahil hendak mencari semua bukan?
Tak. Yang saya maksudkan adalah satu punca yang kita kongsi bersama.
Yakni, punca utamanya adalah kita jauh daripada Allah SWT.
Ya. Sebab kamu jauh.


Keseimbangan jiwa
Saya percaya bahawa, ketenangan jiwa hanya akan mampu didapati dengan merapati sumbernya. Yakni pencipta kepada ketenangan itu sendiri, dan pencipta kepada jiwa itu sendiri. Mujur untuk kita, pencipta kepada kedua-dua elemen itu adalah sama. Iaitu Allah SWT.

“Kemudian Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman, dan Allah menurunkan tentera yang kamu tidak melihatnya, serta Ia menyeksa orang-orang kafir itu (dengan kekalahan yang membawa kehancuran); dan yang demikian itu ialah balasan bagi orang-orang yang kafir.” Surah At-Taubah ayat 26.
“Katakanlah: Allah jualah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa” Surah Ar-Ra’d ayat 16.

  Kunci kelapangan dalam kehidupan, ketabahan dalam menghadapi musibah, ketenangan dalam menyelesaikan masalah, tidak lain tidak bukan adalah dengan mendekati Allah SWT.
Walaupun jawapan ini nampak remeh, bahkan ada sebahagian orang akan menyindir: “Ala, sikit-sikit balik pada Allah. Macam apa ntah”

  Pada saya, bagi orang yang melihat ke dalam perkara Mendekati Allah ini, dia akan mengubah pandangannya dan merasakan bahawa sememangnya inilah dia jalan penyelesaian yang sebenar untuk menjadikan kehidupannya satu kehidupan yang tenteram dan bermakna.
Khasiat mendekati Allah
Kenapa bagi orang yang mendekati Allah SWT, maka musibah yang melanda, masalah yang datang, kesukaran yang menduga, semuanya tidak membuatkan dirinya tenggelam dalam kegelapan?

Pertama: Orang yang beriman percaya bahawa Allah SWT itu menurunkan musibah sebagai ujian. Justeri, mereka tidak melihat musibah sebagai satu perkara yang buruk, bahkan pada mereka, mereka melihat musibah sebagai satu peluang meningkatkan darjat di sisi Allah. Mudahnya saya ceritakan, kalau kita tak ambil ujian SPM, tak masuklah Universiti kan? Kalau tak lepas ijazah di universiti, jangan haraplah nak naik master atau PhD. Betul?

“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).” Surah Al-Baqarah ayat 214.

Kedua: Orang yang beriman percaya bahawa, apa pun musibah yang Allah SWT itu turunkan, semuanya dalam batas kemampuan manusia. Hal ini kerana, Allah sendiri telah berjanji sedemikian rupa. Tinggal manusia itu yang memilih untuk bertahan atau tidak bertahan. Tiada manusia tahu akan limit dirinya. Justeru, orang beriman akan bertahan semampu-mampunya, kerana dia percaya bahawa Allah mengujinya dalam kemampuannya, jadi dia tidak mahu tergugur menjadi yang gagal.

“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.” Surah Al-Baqarah ayat 286.

Ketiga: Orang yang beriman percaya bahawa, Allah tidak akan memungkiri janji-Nya. Pertolongan akan tiba. Kejayaan akan datang jua. Tidak di dunia, di akhirat sana. Keyakinan ini yang menyuntik semangat seorang mukmin untuk kekal tenang dalam menghadapi masalahnya, kekal sabar dalam menghadapi dugaannya.

“Tetapi (sebaliknya) orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka (dengan mengerjakan suruhanNya dan menjauhi laranganNya), dibina untuk mereka (di dalam Syurga) mahligai-mahligai yang tinggi bertingkat-tingkat, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. Demikianlah janji yang ditetapkan Allah; Allah tidak sekali-kali akan mengubah janji-janjiNya.” Surah Az-Zumar ayat 20.
Tiga perkara ini hanya mampu dicapai dengan mendekati Allah SWT.
Pernahkah anda mendekati Allah SWT?
Mendekati dalam erti kata yang sebenar

  Ada orang berkata: “Saya solat, saya baca Al-Quran, tapi kenapa hati tetap tidak tenang?”
Memang solat dan baca Al-Quran adalah antara jalan hendak mendekati Allah SWT. Tetapi, apakah kita mengenali Allah SWT? Kalau tidak kenal, agaknya mampukah kita mencari Allah SWT walaupun kita mengambil jalan yang mendekati-Nya?

  Di sini persoalannya. Sebab itu saya pernah timbulkan berkenaan solat, baca Al-Quran hanya sebagai adat. Jika kita melakukannya hanya kerana orang lain pun buat, maka ia tidak bermakna. Ini berlainan dengan kita melakukan semua itu dalam keadaan kita memang kenal Allah SWT dan ingin mencari redha-Nya.
Maka, perkara pertama sekali yang perlu kita sedari adalah apakah hubungan kita dengan Allah SWT? Kita siapa, dan Allah itu siapa? Soalan ini perlu kita jelaskan terlebih dahulu dalam diri kita. Jawapan mudahnya adalah kita merupakan hamba-Nya. Kita perlu tunduk kepada-Nya. Kita akan dikembalikan kepada-Nya, justeru apakah ada tujuan lain dalam kehidupan ini selain mengabdikan diri kepada-Nya?
Selepas mengetahui kekerdilan kita, kebesaran Allah, dan merasai keperluan bahawa kita perlu tunduk, taat dan mengabdikan diri kepada-Nya, kita perlu perhatikan pula apakah tuntutan Allah SWT kepada kita? Apakah yang Dia mahu kita lakukan? Bagaimana Dia mahu kita lakukan? Apakah yang Dia larang dan benci? Apakah yang Dia minta kita jauhkan. Bila kita sudah mengetahui semua itu, maka kita laksanakan. Yang Dia arahkan kita langsaikan. Yang Dia suka kita perbanyakkan. Yang Dia benci dan murka kita tinggalkan, yang Dia tidak suka kita kurangkan.

  Itulah dia makna mendekati Allah SWT.
Tapi jangan salah sangka. Ada orang ingat, selagi tak kenal Allah, selagi tu tak payah beramal. Salah. Salah satu cara hendak mengenal Allah adalah dengan memenuhi perintah-Nya. Cuma dalam perjalanan kita melaksanakan perintah-perintah-Nya, kita akan sedar kita perlukan lagi ilmu tambahan untuk mengenalinya.

Allah tidak akan mampu kita rapati dengan ikut-ikutan. Kita sendiri perlu mengenali Allah dan merasai kebesaran-Nya sekaligus mengkerdilkan diri dan siap mengerjakan segala apa yang diarahkan-Nya. Barulah kita merasakan bahawa solat itu menghidupkan, membaca Al-Quran itu satu nikmat, berzikir itu satu kerehatan, dan dosa itu satu benda yang menjijikkan.
Kalau sekadar ruku’, sujud, bertakbir tanpa kefahaman, membaca Al-Quran berjuz-juz tanpa kejelasan, berzikir beribu-ribu tanpa perhubungan dengan Allah, hanya mengikuti pergerakan manusia lain sahaja, maka ianya tiada makna langsung. Ibarat tin kosong, bunyinya berdenting-denting tetapi kosong sahaja isinya tidak membawa manfaat.

Penutup: Kamu hanya akan faham kalau kamu mendekat
Benda ini, tak akan difahami oleh orang yang tidak mencuba. Tetapi saya amat yakin bahawa, orang yang telah menjalani proses ini, mendekati Allah dengan sebenarnya ini, memahami apa yang saya bicarakan.
Inilah dia ubat hakiki. Masalah apa pun yang menimpa, inilah dia ubat yang utama sebelum ubat-ubat yang lain. Kenapa tiada sahabat Rasulullah SAW yang bunuh diri kerana tertekan dengan seksaan yang berat? Sebab mereka ada yang ini. Kenapa Nabi Nuh sanggup berdakwah sampai 950 tahun? Sebab Nabi Nuh memahami yang ini. Kenapa Nabi Musa kekal tenang dan tidak menggelabah walau tersepit antara laut dan Firaun? Kerana Nabi Musa mempunyai yang ini. Kenapa Rib’i bin Amir berani berdiri di hadapan Rustum dan mencabar pegangan Rustum walaupun dia berseorangan di singgahsana raja itu? Kerana dia mempunyai yang ini.
Kita?

Kita kena cari ini. Mendekati Allah ini. Kita kena usahakan.
Percayalah. Saya tidak berbohong yang ini. Kalau kamu dapat ini, percayalah yang segala masalah akan menjadi sangat-sangatlah kecil.
Percayalah, dan kamu tak akan rugi.

“Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.” Surah Ali-Imran ayat 139.

Kamu adalah yang tertinggi. Sekiranya kamu beriman.

Jadi, masalah terperusuk dalam kerendahan, kehinaan, dicengkam kegel



isaan, keresahan, rasa tenggelam dalam kegelapan dan sebagainya, semua itu kerana apa? Kerana kita jauh, tak kenal Allah, tak rapati Allah, tak rasa hidup dengan Allah.
Nampak?

Sekian dari ana.Andai merasakan diri jauh dari Allah,dekatilah Dia.Hidupmu akan tenang.Tiada ragu,tiada gundah,tiada penyesalan.Selangkah kamu mendekatinya,beribu langkah Dia mendekatimu..