Saturday, October 1, 2011

Humble as a 'Hamba'

dimana rasa kehambaan kita?

Assalamualaikum.
Apa kabar iman?Mudah-mudahan makin baik dari hari ke hari.Makin berkilat dari hari ke hari.InsyaAllah.

 Hamba.
Pastilah tujuan hidupnya hanya untuk tuannya.Berkhidmat sebaik mungkin.Takkan berani untuk membantah kata tuannya.Tak berani rasanya.

Begitu juga kita.Hamba Dia kan?Full time servant of Him.
Tapi.....
Saat ini,mana rasa kehambaan kita?Mana?
Bangga sangat dengan seciput kelebihan yang Allah bagi.
Bangga sangat dengan seciput nikmat sihat dan cantik yang Allah bagi.
Megah sangat dengan ipad,iphone,blackberry dan seadanya yang Allah bagi itu.
Megah sangat dengan pakaian mahal segala yang Allah bagi.

Astaghfirullah.
Semua Dia yang bagi.
Dia.
Allah.
Tuan kepada kita yakni seorang hamba.


Maka,seorang hamba,harus sedar bahawa dia hanya seorang hamba.Takkan lebih dari itu.Hidup seorang hamba juga tak mudah.Mari saya kongsikan sesuatu.

 Allahyarham asy-Syahid Syed Qutb pernah berkata,"Jalan ini tidak dibentangi dengan permaidani merah,juga tidak ditaburi dengan bunga-bunga.Tetapi jalan ini ditaburi dengan duri-duri yang terpacak.".

 Ternyata,hidup seorang hamba bukan mudah.
Wahai manusia,lahirkanlah rasa hamba itu.
Hiduplah sebagai seorang hamba.
Maka kau akan bahagia di sana.






No comments:

Post a Comment