Thursday, October 6, 2011

Menangislah!

Assalamualaikum!
Pagi-pagi lagi da buat post.Ahha!
About menangis.Sebab sedihka?=)
Taklah.
Just to share.


Menangis means what?I'd google this word,and this is some info if u wanna know.Menangis.

 Orang tua-tua selalu kata,bila kita terlalu suka atau gembira,nanti sampai satu tahap kita akan menangis.Macam mak selalu pesan kat adik-adik saya,"Jangan seronok sangat,nanti menangis".

 Sebab ape eh orang cakap gitu?Mungkin walau apa pun yang kita buat,perlu sederhana.Kalau gembira,jangan gembira sangat-sangat.Kalau ketawa,jangan ketawa sampai tak ingat dunia.Tu jah.

 Ada benarnya.Nabi kita,kalau gembira sekalipun,hanya senyum.Bukan ketawa.Mari saya kongsikan.

Ibn Abbas r.a. berkata: "Siapa yang tertawa ketika berbuat dosa maka ia akan menangis ketika akan masuk neraka." Orang yang lebih banyak ketawa didunia merekalah yang lebih banyak menangis diakhirat, dan orang yang banyak menangis didunia merekalah yang banyak tertawa diakhirat.


Yahya bin Mu'aadz Arrazi berkata: "Empat macam yang menghilangkan tertawanya orang mukmin dan kenangannya iaitu:

-Memikirkan akhirat 
-Kesibukan pencarian keperluan hidup 
-Kerisauan memikirkan dosa 
-Tibanya musibah bala


Bukan tak boleh ketawa,boleh.Tapi perlu sederhana.Senyum pun cukup.
Sedikit perkongsian dari Ustaz Pahrol dalam majalah Gen Q.


 Ketahuilah olehmu bahawa ketawa yang berlebihan tanda lali dan kejahilan.Ketawa keterlaluan seorang ulama,hilang ilmu,hilang wibawanya.Ketawa seorang jahil,semakin keraslah hati dan perasaannya.


 Nabi Muhammad bersabda:Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.


 Penghuni syurga ialah mereka yang banyak dukacitanya di dunia.Dia sentiasa bimbang,apakah kira nasibnya di akhirat - apakah di syurga atau di neraka.
 Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang.Perindu akhirat menangis kerana dunia yang datang."Alangkah sempitnya kuburku nanti."keluh seorang abid.Lalu dia menambah amal bakti dengan ikhlas dan sabar agar kuburnya nanti luas melebar."


Macam saya pun.Sampai satu tahap,hati saya sebak.Sama juga macam kamu,kan?Bila terlalu happy,last sekali mesti teringat dosa-dosa.Ya,dosalah yang menjadi sebab utama untuk kita menangis.Dan tempat menangis yang terbaik adalah Allah.


Menangislah saat berdua denganNya,
Menangislah saat Allah masih mahu mendengar tangis hambaNya,
Manangislah saat kau masih punya nyawa!

Sekian,wassalam.=)

No comments:

Post a Comment