Friday, October 7, 2011

Wanita,kita lupa!

Oh muslimah!
Muslimah.
Allah ciptakan lembut sifatnya,lembut hatinya.
Tapi wanita Allah beri 9 nafsu dan 1 akal,berbanding lelaki Allah beri 9 akal dan 1 nafsu.
Sebagai seorang wanita,saya tahu.Nafsu wanita cenderung kepada wang,kecantikan,anak-anak,perhiasan... Tapi,wanita yang bijak,muslimah yang mulia,mampu mengawal nafsunya.Dia mampu membezakan samada keinginannya itu masih dalam tuntutan syarak ataupun tidak.

 Saya bagi contoh.Seorang wanita,bertudung besar(labuh@bidang 60@50),pergi ke kedai tudung.Jalan,jalan..Ternampak tudung ariani(agak popular,agak mahal)..Kalau diikutkan hati dan nafsu,nak je dia beli.Yalah,warna pun menarik,tak labuh sangat(sesuai dengan badan),kain pun x tebal sangat.TAPI..
Iman dia terusik."Kalau aku pakai,mungkin menarik pandangan lelaki,mungkin mudah untuk tudung yang tak berapa labuh itu ditiup angin lalu menampakkan dada.Boleh jadi juga..."

 Muslimah.Kalau pada pandangan saya,dan saya kata begini adalah untuk mengingatkan diri saya juga.Bertudung cukuplah kalau..
  -menutup aurat
  -kemas

Kan?
  
  Jom tengok video ni.JAHILIYAH MODEN.Bermanfaat,sebab dia mengingatkan kita.Wanita mudah lupa bila nak tampil cantik dan sebagainya.Sampai lupa tujuan.

Wanita
Perhiasan dunia
Bagai kilau permata di antara kaca
Sayangnya makin pudar cahaya
Hingga tiada lagi beza di antaranya
-Hijjaz-

Sekian,wallahua'lam.

Thursday, October 6, 2011

Menangislah!

Assalamualaikum!
Pagi-pagi lagi da buat post.Ahha!
About menangis.Sebab sedihka?=)
Taklah.
Just to share.


Menangis means what?I'd google this word,and this is some info if u wanna know.Menangis.

 Orang tua-tua selalu kata,bila kita terlalu suka atau gembira,nanti sampai satu tahap kita akan menangis.Macam mak selalu pesan kat adik-adik saya,"Jangan seronok sangat,nanti menangis".

 Sebab ape eh orang cakap gitu?Mungkin walau apa pun yang kita buat,perlu sederhana.Kalau gembira,jangan gembira sangat-sangat.Kalau ketawa,jangan ketawa sampai tak ingat dunia.Tu jah.

 Ada benarnya.Nabi kita,kalau gembira sekalipun,hanya senyum.Bukan ketawa.Mari saya kongsikan.

Ibn Abbas r.a. berkata: "Siapa yang tertawa ketika berbuat dosa maka ia akan menangis ketika akan masuk neraka." Orang yang lebih banyak ketawa didunia merekalah yang lebih banyak menangis diakhirat, dan orang yang banyak menangis didunia merekalah yang banyak tertawa diakhirat.


Yahya bin Mu'aadz Arrazi berkata: "Empat macam yang menghilangkan tertawanya orang mukmin dan kenangannya iaitu:

-Memikirkan akhirat 
-Kesibukan pencarian keperluan hidup 
-Kerisauan memikirkan dosa 
-Tibanya musibah bala


Bukan tak boleh ketawa,boleh.Tapi perlu sederhana.Senyum pun cukup.
Sedikit perkongsian dari Ustaz Pahrol dalam majalah Gen Q.


 Ketahuilah olehmu bahawa ketawa yang berlebihan tanda lali dan kejahilan.Ketawa keterlaluan seorang ulama,hilang ilmu,hilang wibawanya.Ketawa seorang jahil,semakin keraslah hati dan perasaannya.


 Nabi Muhammad bersabda:Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.


 Penghuni syurga ialah mereka yang banyak dukacitanya di dunia.Dia sentiasa bimbang,apakah kira nasibnya di akhirat - apakah di syurga atau di neraka.
 Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang.Perindu akhirat menangis kerana dunia yang datang."Alangkah sempitnya kuburku nanti."keluh seorang abid.Lalu dia menambah amal bakti dengan ikhlas dan sabar agar kuburnya nanti luas melebar."


Macam saya pun.Sampai satu tahap,hati saya sebak.Sama juga macam kamu,kan?Bila terlalu happy,last sekali mesti teringat dosa-dosa.Ya,dosalah yang menjadi sebab utama untuk kita menangis.Dan tempat menangis yang terbaik adalah Allah.


Menangislah saat berdua denganNya,
Menangislah saat Allah masih mahu mendengar tangis hambaNya,
Manangislah saat kau masih punya nyawa!

Sekian,wassalam.=)

Tuesday, October 4, 2011

Diari aku dan USIM

Salam semua!



Today i'm a bit happy.Tak tahu kenapa.Mungkin sebab Allah cetuskan idea dan beri kesempatan untuk buat new post=)..Alhamdulillah.

And i think,this post gonna be the first post on "Diari aku dan Usim".Menarik ka?Peduli apa.As long as i'm happy to do and to share with others.Selagi intipatinya dapat bagi manfaat untuk orang len,i'll continue.Muktamad.

Ok,kat bawah ni i got some picture of Usim n the surrounding.Saya tak pandai sangat ambil gambar cantik-cantik ni,but at least,ada untuk tatapan semua=).


Fakulti Ekonomi dan Muamalat.Fakulti paling saya sayang setakat ini(sebab fakulti sendiri x fully siap lagi).
Antara sebab2nya..Makanan kat kafenya sedap2,surau kemas+cantik,pemandangan yang menenangkan.

Ini roundabout.Ada perkataan IQRA' kat benda yang macam kubah tu.

This is canselori.And a bit info for you to know,this building is facing our qiblat.

Fakulti Ekonomi Muamalat again=)

Front view.Dahla jauh!*pic tak lawa*


Again.

Buat masa sekarang,Usim tak ada dewan lagi.Ini dalam pembinaan.Sempat tak aku konvo kat dewan Usim nieh.
*hopefully*

Stadium.Pavilion namanya.Pelik jugak.haha.

Inilah perkampunganku.Ada 5 blok.Blok yang depan sekali nieh,blok kaum adam.And the rest is hawa punya.


That's all lah for today.Puas ka tengok picture yang sikit ni?*wonder*..
Nanti bila saya lapang,will be upload more,ok?
Jom solat asar!

Saturday, October 1, 2011

Ya,kita pendosa.

Ya Allah,
Sungguhpun aku ini kotor berlumur dosa,
Rahmatmu sentiasa ada,
Membenarkan aku hidup,
Dalam bulan yang penuh barakah dan kemuliaan ini.

Hinanya aku ya Allah,
Tanpa segan silu bermaksiat padaMu,
Meskipun tubuh yang aku gunakan untuk bermaksiat itu,
Adalah kurniaan dariMu..

Ampunkan aku ya Allah,
Atas kealpaan dan kelekaan semalam,
Yang telah banyak membuatku menyimpang jauh,
Dari jalan yang Kau redha..

Andai masih punya waktu bagiku mendekatiMu,
Belailah jiwaku yang gersang ini,
Sentuh hatiku andai aku terleka dengan nafsu,
Bimbing aku ke jalanMu.

-seorang pendosa-

Humble as a 'Hamba'

dimana rasa kehambaan kita?

Assalamualaikum.
Apa kabar iman?Mudah-mudahan makin baik dari hari ke hari.Makin berkilat dari hari ke hari.InsyaAllah.

 Hamba.
Pastilah tujuan hidupnya hanya untuk tuannya.Berkhidmat sebaik mungkin.Takkan berani untuk membantah kata tuannya.Tak berani rasanya.

Begitu juga kita.Hamba Dia kan?Full time servant of Him.
Tapi.....
Saat ini,mana rasa kehambaan kita?Mana?
Bangga sangat dengan seciput kelebihan yang Allah bagi.
Bangga sangat dengan seciput nikmat sihat dan cantik yang Allah bagi.
Megah sangat dengan ipad,iphone,blackberry dan seadanya yang Allah bagi itu.
Megah sangat dengan pakaian mahal segala yang Allah bagi.

Astaghfirullah.
Semua Dia yang bagi.
Dia.
Allah.
Tuan kepada kita yakni seorang hamba.


Maka,seorang hamba,harus sedar bahawa dia hanya seorang hamba.Takkan lebih dari itu.Hidup seorang hamba juga tak mudah.Mari saya kongsikan sesuatu.

 Allahyarham asy-Syahid Syed Qutb pernah berkata,"Jalan ini tidak dibentangi dengan permaidani merah,juga tidak ditaburi dengan bunga-bunga.Tetapi jalan ini ditaburi dengan duri-duri yang terpacak.".

 Ternyata,hidup seorang hamba bukan mudah.
Wahai manusia,lahirkanlah rasa hamba itu.
Hiduplah sebagai seorang hamba.
Maka kau akan bahagia di sana.