Saturday, February 27, 2010

ku renungi diri ini...

Alhamdulillah..aku masih berpeluang merasai 2 nikmat yang paling besar..IMAN dan ISLAM..walaupun terasa diri ini tidak layak menerimanya jika dibandingkan dengan pengabdianku padaNya..syukur..
Memang tidak dapat dinafikan,di usia remaja,banyak dugaan yang benar2 menguji taat setia kita padaNya.Cintakan dunia salah satu darinya..jika direnungi,kita lebih banyak mengutamakan urusan dunia berbanding akhirat..di usia remaja,kita lebih tertarik untuk merasai betapa nikmat mengisi masa ini dengan hiburan yang tiada hujungnya..dunia lebih kukejar berbanding akhirat yang jelas kita akan hidup disana buat selamanya..
Di dalam sebuah hadith yang amat mahsyur bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud,"Tujuh golongan yang akan dilindungi oleh Allah dibawah teduhan rahmatNya pada hari kiamat yang tiada sebarang lindungan melainkan lindungan rahmatNya;pemerintah yang adil,pemuda yang menggunakan masa muda remajanya dalam beribadah kepada Allah,lelaki yang hatinya sentiasa terpaut kepada masjid,dua orang yang berkasih sayang antara satu sama lain kerana Allah,lelaki yang digoda oleh wanita bangsawan dan jelita,lalu dia berkata,'Sesungguhnya aku takutkan Allah!',seseorang yang memberi sedekah secra sembunyi sehingga tangan kirinya tidak tahu sedekah yang diberikan oleh tangan kanannya dan lelaki yang mengingati Allah s.w.t berseorangan diri sehingga berlinanagan air matanya."(Riwayat al-Bukhari,Muslim dan selain daripadanya.)Melalui hadith ini,dapatlah kita tahu remaja yang mengisi masa mudanya dengan ibadah,nescaya Allah akan membantunya kelak...
Ya Allah Ya Tuhan kami....bantulah kami menghadapi semua ini..nafsu,cintakan dunia..kuatkan kami Ya Allah..bimbing kami dalam mengatur perjalanan hidup..sesungguhnya dunia ini fana,penuh dengan tipu daya..
pandu hati kami menyusuri jalan ke syugaMu..jalan yang penuh liku..permudahkan segala urusan kami,wahai Tuhan Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengatahui....amin Ya Rabbal A'lamin...

1 comment:

  1. Salam..
    Jzkk ats peringatan..
    Sy pn bru diberi pngisian psl 'Kehebatan Pemuda' bru sebentar td..

    Ustaz itu mngatakan, Di ayt (Qs.30:54), kuat yg dmaksudkn adlah msa muda-mudi kita.. Yg mna seorg 'syabab' itu kuat dr segi fizikal dn jga semangat mereka..

    Jd, jgn la kita terpengaruh dgn 'ghazwul fikr' yg melanda.. Yg mna musuh2 Islam inginkn remaja/pemuda2 Islam msih berpemikiran kanak2.. ataupun terus lompat jd mcm tua.. xbertenaga, xbersemangat..

    wallahu'alam

    ReplyDelete