Showing posts with label hidupku. Show all posts
Showing posts with label hidupku. Show all posts

Sunday, February 19, 2012

Jangan bersedih.Terus berusaha!

Assalamualaikum blog:)

Alhamdulillah,dalam pukul 6 petang semalam kaki ini selamat tiba di perkarangan Kolej Kediaman 1,USIM.:)
Sebelum ke USIM,baba belanja makan pizza kat Domino.hehe.Tenkiu ba.*I looooove u*..

Tiba di USIM,sayu dan sedikit sedih sebenarnya,sebab kena berhadapan dengan rakan-rakan yang score tinggi dalam exam semester 1 yang lalu.Huu.Ya,sebenarnya result saya tidak mencapai target dan tidak memuaskan.AllahuAkbar.Ikhlas iqin,ikhlas.

Terima kasih ya Allah.Meski hati pedih dan sedih menerima kenyataan ini,apakan daya.Itu rezeki aku dan aku perlu redha menerimanya.

I'd text my bff Shehaku sayang tadi.I told her,"Kekadang aku rasa penat,sha.".Then she replied "Jangan penat,nanti syaitan suka.".Ya Allah,rahmati dia selamanya.Sahabat,memang tidak akan senang melihat kesusahan sahabatnya.Kata-katanya sangat bermakna bagi saya.Terima kasih ya Allah!


And I chose to 'redha',and be thankful.As what a motivator that i'd found on youtube said,"I'd never met anything that is bitter than thankful.".Ya,berkata alhamdulillah dan terima kasih Allah itu mudah.Tapi tak semudah menghayati dan menghadamkan erti katanya.

"Perlu kuat untuk nampak kuat.Perlu tabah untuk nampak tabah"-Aiman Azlan.


Kuat iqin kuat!


Bersangka baik dengan Allah itu jauh lebih baik dan baik daripada bersedih dan merungut.Cukuplah sekali menangis.Jangan dipanjangkan.

"Maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu,
Dalam dada kuharap hanya
diriMu yang bertahta..."
-Rapuh by Opick.

Mungkin sebab kita jauh dari Dia.
Mungkin sebab kita ketepikan Dia,
Mungkin kita lebihkan cinta lain berbanding cinta Dia,
Mungkin dan beribu macam lagi kemungkinan,
dari kekurangan kita sendiri.

Ayuh.
Kita bangun dan teruskan usaha.

Usaha dan terus usaha!



"Jangan pernah berasa cukup dalam berusaha.Kerana usaha itu hanya layak dinilai oleh Dia.Bukan kita."-Remaja Mulia by Hilal Asyraf.


Pesanan untuk diri dan semua:Masuk semester baru ini,jom perbaharui niat belajar kita.Lillahitaala.Bismillah....

Monday, December 12, 2011

Kita tak semuanya mampu.

Salam dan selamat sejahtera.hehe.

Hari ni BANYAK sangat kerja.*hipernola sebenarnya*
=.="

Ada presentation English Online Learning sebenarnya pagi tadi.Bagai nak rak prepare,sediakan dalam bentuk power point segala,bila present.......C.O.R.R.U.P.T!

Dengan condition sound yang macam apa entah kat computer lab,Dengan keadaan rakan kelas yang seakan tidak menghormati kami membentang di hadapan,Dengan keadaan lecturer yang bersandar di kerusi sambil memejamkan matanya(mendengar ke tuh?)...

Maka..hilanglah segala mood yang telah di bina pagi tadi..Aduihhh..

Well, I learned something today.
We can't efford to do all.
We can't.

Yeah,
We thought we'd done our best,
We thought we'd give our best,
We thought we'll have the best result,
But then,
Problems comes.

There,
You'll realise.

Kamu hanya mampu berusaha.
Dan hanya Dia yang mampu menentukannya.
Berjaya atau tidak.

Mungkin pada mata manusia,
Usaha kamu hanya sekelumit cuma,
Usaha kamu apalah sangat jika dibandingkan dengan mereka.

Usaha,
Yakinkan diri,
Allah melihat,
Allah mengetahui,
Apa yang kamu usahakan.

There,saya fikir.Maybe Allah nak tunjuk.Selama ni,mata,mulut,tangan aku banyak menyakitkan perasaan dan hati orang.Ringan saja nak melakukan dosa.Sangat ringan...So,just renunglah diri tu balik.Banyak buat dosa,Allah tunjuk depan mata.

Penuh himah cara Allah menegur kita.Subhanallah.

:)
Nite!
Wassalam.

renung diri kamu.masih banyak kurangnya.

Wednesday, December 7, 2011

Cik Su dah balik!

Salam.
A post dekat maghrib2 ni..
InsyaAllah sekejap je.
Dengan tangan yang lenguh-lenguh ni,saya menaip.

:)

Last night mama and baba picked me up from USIM to celebrate my aunt's return from Mecca at KLIA.Waa..
First time ke sana.Ye lah,mana pernah naik flight pun,haha.


Dekat 20 minit kami menunggu.Memang ramai.:P
Then,kami nampak cik su ngan ayah su.Semangatlah kami melambai-lambai.Rasa rindu kat diorang.Lama tak jumpa.Huuu...


Mama as ciksu's only sister,bergegas ke arah cik su.Maka bermulalah sesi berpeluk-pelukan.Sebak rasanya.
Serious,ok.
Memang bergenang dah air mata ni.
Huu..


Let's take a look at this only one picture taken from mama's fon.


Oh,mata jadi macam mata kucing.Haha.kat fb,kak iela tersalah tag saya.adoi.
Konklusinya,sedihla kalau sambut orang balik dari mekkah ni ya..Hehe.1st experience..

That's all.
Wassalam..

Tuesday, December 6, 2011

Faham agama,tapi...

Salam:)
Just to give my opinion yang tak seberapa ni.

CHEAT ON EXAM.

Biasala tu.
Tiru je pun.Bukan besar sangat.

Orang yang faham agama pun meniru.
Dalam skop peperiksaan.

Kenapa saya tulis post ni,
Because i care.
Post ini ditulis bukan sebab say ni tak pernah meniru,
Of course saya pernah.

But,
When i watched this video,
From bro Aiman Azlan,
His opinion enlighten me and my thought.
Watch this guys!


Be honest to yourself,ok?
I found this.

""Akan datang kepada manusia suatu masa ketika kemanisan hati berubah menjadi masin. Sehingga pada hari itu, orang yang berilmu dan orang yang memepelajari ilmu tak dapat mengambil manfaat dari ilmunya. Maka hati orang-orang berilmu seumpama tanah kosong yang bergaram yang turun atasnya hujan dari langit maka tidak juga menjadi tawar. Yaitu, apabila condong hati orang berilmu kepada cinta dunia dan melebihkannya atas cinta akhirat, maka pada saat itu dicabutlah oleh Allah sumber-sumber hikmah dan dipadamkanlah lampu petunjuk dari hati mereka. Maka akan berceritalah kepadamu orang yang berilmu di antara mereka itu, ketika engkau menjumpainya bahawa ia takut kepada Allah dengan lisannya, sementara kezaliman jelas kelihatan pada amal perbuatannya. Alangkah suburnya lidah mereka dan tanduslah hati mereka ketika itu! Tidaklah terjadi yang demikian itu selain kerana para guru mengajar bukan kerana Allah dan para pelajar belajar bukan kerana Allah."
[ Ibnu Mas'ud r.a ]

*muhasabah diri juga sebenarnya.

Last but not least>>>"Allah judge our effort,not our result"

Sangat worthless kalau kamu meniru.Sungguh.
Nite all.
<3


Saturday, December 3, 2011

I miss u

A post tanda saya rindukan beliau<3.
Ibu saya,Pn Zulaikha Abd Kadir.



I miss ur smile,
I miss ur laugh,
I miss ur hug,
I miss ur words full of advices,
I miss the way u are.

Mama,rindu!
miss u 100000000000000000000000x.

Mom,u did a lot to me,
How can i forget them?


Sunday, November 27, 2011

UKM dan Bufday mama.

Salam all.

 Yesterday i went to UKM.First time ok.Never been there before.After completing our shoot for english assignment at Nilai 3,me and my three other friends singgah kat UKM.The purpose i went there is to pick up the physics book.Actually,my dear friend En Tarmizi Ismail willing to help me to borrow the book.Thanks ya!
 Once i reached there,my friend(Ieza) and me asked the security guard the way to Perpustakaan Tun Sri Lanang.Yea,it's the first time been there.Then,we park the car in front of the library.Waiting and waiting till Kak Azemah came.Bak kata En Tarmizi,dia hero time tu.Ye la,basah kena hujan time nak bagi buku pada Kak Azemah untuk diserahkan pada saya.Thanks again En Tarmizi.:) And alhamdulillah,telekung berjaya sampai ke tangannya.Nice katanya:)alhamdulillah again...

And today,is my beloved mom's birthday!!!
Selamat hari lahir mama!
*Muah2*


But I'm not home to celebrate this day.
It's ok lah.
Pagi tadi lepas solat subuh i called my mum.
Ceria suara mama hari ni,alhamdulillah.
Moga selamanya mama ceria.Amin..

Mom,
There's no word in this world can describe the love you give to me,
No such word.

Since i was born,
You give me two presents,
A happy tears and a kiss.

You're my teacher,
You're my teddy bear,
You're my chef,
You're my designer,
You're my bestfriend..

You're everything to me, mom.

Selamanya aku berharap kamu bahagia.Ameen..


Mom,
You did a lot to me.
*tears come out*

That's all.
Wassalam..

Saturday, November 19, 2011

Kenapa saya pilih 'single'.

untuk kamu kamu yang single di luar sana:)..pic by deviantart.com
Assalamualaikum dan selamat pagi:)

Apa khabar iman kita hari ini?Mudah-mudahan masih sihat dan selamanya akan sihat.InsyaAllah.

This bless morning,i would like to share my opinion on 'Kenapa saya pilih untuk single'.Dalam erti kata lain,tidak mahu untuk punya pasangan istimewa sebelum masanya untuk menikah.

Orang pertama:Sebab couple itu haram!
Orang kedua   :Sebab saya malas nak susah-susah jaga hati orang lain..
Orang ketiga   :Sebab saya memang tak nak kahwin pun...Saya benci lelaki.

dan macam-macam jenis respon lagi bila ditanya kenapa memilih untuk jadi 'single'.

Dan ini jawapan mudah saya.
  :Sebab saya mahu bercinta dengan Dia dulu.

Seriously,saya rasa cinta saya pada Dia masih belum cukup terbukti dengan amal-amal dan cara hidup saya selama ini.Bak kata kak Fatimah Syarha,

 "Ramai yang tahu secara tepat, tapi belum tentu FAHAM secara jelas"

Kita tahu cinta agung itu milik Allah,cinta utama kita adalah cinta Allah.Tapi bagaimana pembuktian cinta kita pada cinta agung itu?

Tepuk dada,tanya iman.Mudahkan?

Oleh yang demikian,saja dengan sukacitanya mengajak kalian semua untuk berfikir.Baik yang sudahpun punya pasangan istimewa ataupun tidak.Mari kita bercinta dengan Dia terlebih dahulu.Perbaiki hubungan kita dengannya.

Oh manusia,
Kamu penuh noda,
Kamu penuh dosa,
Apa kamu hanya berdiam saja?
Dan terus-menerus memijak bumiNya,
Tanpa ada ada rasa?

Oh manusia,
Dia yang sentiasa mencinta,
Sedang kamu terus menderhaka,
Tanpa merasa besar cintaNya?

Oh manusia,
Kembalilah kamu kepada Dia,
Cintailah Dia,
Maka kamu akan bahagia selamanya.

Buat yang selalu membaca Surah al-Kahfi,anda pastinya biasa dengan ayat ini..

Firman Allah,
فَمَنْ كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلا صَالِحًا وَلا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا
 Maksud: Maka sesiapa yang berharap akan bertemu Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh, dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya. (Surah al-Kahfi 18: 110)
Cintailah Dia terlebih dahulu.

picture by myself.saya edit dr deviantart.com

Thursday, October 6, 2011

Menangislah!

Assalamualaikum!
Pagi-pagi lagi da buat post.Ahha!
About menangis.Sebab sedihka?=)
Taklah.
Just to share.


Menangis means what?I'd google this word,and this is some info if u wanna know.Menangis.

 Orang tua-tua selalu kata,bila kita terlalu suka atau gembira,nanti sampai satu tahap kita akan menangis.Macam mak selalu pesan kat adik-adik saya,"Jangan seronok sangat,nanti menangis".

 Sebab ape eh orang cakap gitu?Mungkin walau apa pun yang kita buat,perlu sederhana.Kalau gembira,jangan gembira sangat-sangat.Kalau ketawa,jangan ketawa sampai tak ingat dunia.Tu jah.

 Ada benarnya.Nabi kita,kalau gembira sekalipun,hanya senyum.Bukan ketawa.Mari saya kongsikan.

Ibn Abbas r.a. berkata: "Siapa yang tertawa ketika berbuat dosa maka ia akan menangis ketika akan masuk neraka." Orang yang lebih banyak ketawa didunia merekalah yang lebih banyak menangis diakhirat, dan orang yang banyak menangis didunia merekalah yang banyak tertawa diakhirat.


Yahya bin Mu'aadz Arrazi berkata: "Empat macam yang menghilangkan tertawanya orang mukmin dan kenangannya iaitu:

-Memikirkan akhirat 
-Kesibukan pencarian keperluan hidup 
-Kerisauan memikirkan dosa 
-Tibanya musibah bala


Bukan tak boleh ketawa,boleh.Tapi perlu sederhana.Senyum pun cukup.
Sedikit perkongsian dari Ustaz Pahrol dalam majalah Gen Q.


 Ketahuilah olehmu bahawa ketawa yang berlebihan tanda lali dan kejahilan.Ketawa keterlaluan seorang ulama,hilang ilmu,hilang wibawanya.Ketawa seorang jahil,semakin keraslah hati dan perasaannya.


 Nabi Muhammad bersabda:Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.


 Penghuni syurga ialah mereka yang banyak dukacitanya di dunia.Dia sentiasa bimbang,apakah kira nasibnya di akhirat - apakah di syurga atau di neraka.
 Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang.Perindu akhirat menangis kerana dunia yang datang."Alangkah sempitnya kuburku nanti."keluh seorang abid.Lalu dia menambah amal bakti dengan ikhlas dan sabar agar kuburnya nanti luas melebar."


Macam saya pun.Sampai satu tahap,hati saya sebak.Sama juga macam kamu,kan?Bila terlalu happy,last sekali mesti teringat dosa-dosa.Ya,dosalah yang menjadi sebab utama untuk kita menangis.Dan tempat menangis yang terbaik adalah Allah.


Menangislah saat berdua denganNya,
Menangislah saat Allah masih mahu mendengar tangis hambaNya,
Manangislah saat kau masih punya nyawa!

Sekian,wassalam.=)

Saturday, October 1, 2011

Ya,kita pendosa.

Ya Allah,
Sungguhpun aku ini kotor berlumur dosa,
Rahmatmu sentiasa ada,
Membenarkan aku hidup,
Dalam bulan yang penuh barakah dan kemuliaan ini.

Hinanya aku ya Allah,
Tanpa segan silu bermaksiat padaMu,
Meskipun tubuh yang aku gunakan untuk bermaksiat itu,
Adalah kurniaan dariMu..

Ampunkan aku ya Allah,
Atas kealpaan dan kelekaan semalam,
Yang telah banyak membuatku menyimpang jauh,
Dari jalan yang Kau redha..

Andai masih punya waktu bagiku mendekatiMu,
Belailah jiwaku yang gersang ini,
Sentuh hatiku andai aku terleka dengan nafsu,
Bimbing aku ke jalanMu.

-seorang pendosa-

Saturday, September 17, 2011

New Life Here!

Bismillah.

A new post when i'm in Negeri Sembilan.:)

Alhamdulillah pertama dan selamanya syukur pada Dia yang memberi  kekuatan dan ability untuk menulis dalam keadaan penat ni.

Just now baru habis 1st session of ELSB.Tak letih sangat,tapi alhamdulillah ada input yang saya dapat.Sekurang-kurangnya ada:)

From the first day until now saya duk USIM ni ok.Cuma agak terkejut dengan satu insiden yang terjadi kat KK1 kelmarin.Seorang student lelaki cedera di kepala sebab terkena bilah kipas.Memang tak dinafikan jarak antara kipas syiling dengan katil di tingkat atas dekat.Sebab saya pun duk katil atas.Huh!Memamg kena berhati-hati.

Biah kat sini pulak banyak mengingatkan saya pada sekolah lama.:)Rindu kot~
Alhamdulillah semua student ada basic agama,jadi tak banyak masalah berkaitan akhlak.Kalau ada sekalipun mungkin tidak sukar untuk di atas dari berlanjutan.

Meet new friends here:)All of them are nice.
Selalu perbaharui niat.Lillahitaala~

Monday, July 18, 2011

Alhamdulillah..

  Salam to all..AllahuAkbar.Lamanya saya tak menulis di blog.Sunyi saja blog Cik Wardah ni.:)..Mana tidaknya,dari pagi sampai petang di kedai.

 Ana ambil sedikit masa di cc utk on9..sembang ngan kawan2 skejap.Rindu kot.:D..

 Then,ana nak ucapkan terima kasih buat semua yang mendoakan ana.Alhamdulillah ana ditawarkan ke USIM dalam kos fizik gunaan.Segala puji buatnya.Rasanya tak layak menerima nikmat yang besar ini.Even mungkin pada sesetengah orang apalah sangat kos fizik gunaan ni.Tapi bagi ana,ianya satu kesyukuran.AllahuAkbar.

AllahuAkbar!

Friday, April 15, 2011

Rindunya sama kamu,blog!

   Bismillahirrahmanirrahim..Dengan izinNya anakembali mengupdate blog..=)..
AllahuAkbar..Lamanya ana tak mnulis..Time ana menaip ni pun exam final blum habis lagi..Cuma ada gap 3 hari sebelum menyambung exam untuk paper kimia pada hari Isnin minggu hadapan.InsyaAllah..Rindu..Pada siapa ya..?Ana rindu kat blog la..

saya rindu sama kamoo..
  Ana pun cam blank je sekarang ni..Tak tahu nak tulis apa..so,jum tgok pic time ana and da frens pergi jamuan Mentor-menti KMPk..Kami sepakat tak nak buat jamuan dalam matrik..so,Pn Salbiah a.k.a mentor kami cadangkan untuk buat jamuan di Johnny's Restaurant..Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar..Alhamdulillah perut pun kenyang..=)..

 Check it out~(But i'm not the cameraman..=)

Kaum lelaki masak steamboat..huhu

This little kids adalah anak puan kami..so cute!

Puan with her hubby~

From left..Bro Huzair,Azam,Izzati,Fiqa and me..

Time to take some pic with my Kmm..Our leader yg paling kanan skali~

:)
 Really enjoy that time..Syukur sangat sebab Allah bagi kesempatan untuk kami berukhuwwah sepanjang berada di KMPk..

  Lastly,this pic gonna missed by all~

Ya Allah,kekalkan tautan antara hati2 kami ini dalam redhaMu..








Saturday, March 19, 2011

Birthday note



Sanah helwah Cik Wardah
(A wish for myself)

Ya Allah
Moga dengan bertambah usiaku
Bertambah jua amal ibadahku
Bertambah jua ketaatanku padaMu
Bertambah jua usahaku mendekatiMu
Bertambah jua cintaku padaMu....

Ya Allah
Sungguh aku tidak layak meminta yang berlebihan
Tapi aku mohon ya Allah
Bantulah aku menjadi yang solehah
Pada TuhanNya
Pada ibu dan ayahnya
Pada sahabatnya
Pada masyarakat
Pada suaminya kelak
Pada generasinya kelak...

Bantulah aku ya Allah..Hasbunallah wa nikmal wakil..

~TIADA TUHAN SELAINMU YA ALLAH!~



Sunday, March 13, 2011

Mohon doa dari kalian...

  Assalamualaikum
Just a simple note
Ana mohon doa dari kalian
(andai sudi mendoakan ana),^_^
Untuk exam final 11 hb April nanti
Doakan agar semua dipermudahkan
Doakan moga kejayaan menyusuri usaha 
Amin..

Hanya padaNya ku serahkan segala urusan....

Sunday, March 6, 2011

Susahkah?

SINGLE AND UNAVAILABLE!



Susahkah menjadi single?
Susahkah menjadi yang tidak punya kekasih?
Saat semua memikirkan yang ianya satu keperluan...
Saat semua seakan tidak bisa bernafas tanpanya...

Susahkah menjadi mawar yang punya duri?
Susahkah memagar diri dari nafsu duniawi?
Saat semua berebut untuk dikatakan,"cantik kulit awak"
Saat semua bangga memaperkan kecantikan diri sendiri..
Saat semua berkejar-kejaran memaut hati sang lelaki..

Susahkah?

Thursday, March 3, 2011

Dalam Sujud Cintaku-Halim Devotees



Salam alaikum buat semua..Alahamdulillah ya Allah,atas semua nikmat yang yang Kau beri padaku hari ini..
Banyak jugak incident2 yang menggembirakan hari ni.Kad matrik ana yang hilang telahpun dijumpai..Walaupun ana tak tahu siapa yang menemukannya,ana doakan dia bahagia dunia akhirat..Berjaya dunia akhirat..amin..amin..amin..Mari aminkan bersama ana..Mulia hati insan yang menemukan kad matrik ana nieh.Ye la,tak semua orang baik.Tak semua akan jujur..Boleh jadi kalau manusia yang hatinya kotor mamalukan ana  dengan kad matrik tu..Syukur sangat2..AllahuAkbar..

Time ana menulis ni,ana baru balik dari praktikal fizik yang terakhir selama ana kat matrik ni..huhu..nanti mesti rindu...Just nak cakap,Puan Saloma,kami sayang puan!Puan lecturer praktikal yang terbek!hehe..

And lastly,sebelum ana continue assignment fizik untuk kelas tutorial esok,ana nak ajak entum dengar lagu ni..Hayati liriknya..Best..Credit to Akh Halim Devotees..Thumbs up!


Wednesday, February 16, 2011

Always BELIEVE!

Bismillah....
Just a post to motivate myself not to give upeasily on the failure..
May Allah continuesly giving me the strength to face all this..
because i'm still not good en0ugh..


BELIEVE IN HIM,BELIEVE IN YOURSELF!






Bila time sedih-sedih ni,ana g00gle la video which can make me feel the strength back..
And finally i f0und this video!make me cry even i'm trying the best not to...



an0ther one..
this video tell us to continue believe in yourself and ignore them!
watch this...



Ana kongsikan apa yang ana cari di AntonHuang.com

Ini ada kutipan yang diambil dari kumpulan kata mutiara bijak tentang kegagalan. Semoga bisa menjadi motivasi dan inspirasi :
-Kenali kesalahan-kesalahan Anda dan belajarlah darinya, namun jangan pernah berkutat di dalamnya.
-Orang Bodoh tidak pernah belajar dari kegagalannya.
-Orang Pandai belajar dari kegagalan yang ia perbuat dan ia memperbaikinya.
-Orang Bijak belajar dari kegagalan orang lain
-Cara yang paling pasti untuk menghindari kegagalan adalah dengan tidak mencoba.
-Gagal dan Sukses merupakan Satu paket menuju Sukses. Gagal hari ini bisa jadi Sukses Esok Hari.
I've to motivate myself cause being the hope in the family is not the easy one.
On my way to success,i might fall d0wn,
When it happen,
I feel wanna stop!dont wanna do it anymore
Cause everytime i try doing the best
I FAIL!
Slowly comes this words in my mind.....
"Have u lost ur mind?
You had just give up on Him!
How can you?"
OH ALLAH!!FORGIVE ME....










Saturday, February 5, 2011

Perkongsian hidup:Emangnya pacar itu perlu?

  Salam alaikum sahabat-sahabat sekalian..Alhamdulillah,segala puji-pujian selayaknya hanya pada Allah,Tuhan sekalian alam...selayaknya hanya pada Dia kerana Allahlah yang mencipta,memberi dan menghapuskan nikmat-nikmat itu..


mereka bilang,punya pacar itu indah?





   Post kali ini bersahaja.Mungkin ada yang kata ianya bersifat peribadi,tazkirah atau apa-apa sajalah.Pada ana,ianya satu perkongsian yang mungkin ada input yang kalian bakal peroleh..

KISAH 1
  Satu petang di matrik,sedang ana duduk bersama seorang sahabat,dia bersuara.."Iqin,nak bagitau news gembira ni.Kalau ada kawan kita yang bina masjid,kita pun kena turut sama gembira kan?"..Ana menjawab,"siapa?".
"Ala,Syukri dengan Nadia...Diorang dah bercouple balik ko tau..Aku sebagai member diorang hepi mendengarnye tau..ko?hepi tak?"..ana menjawab,"Ya Allah..kalau bina masjid,boleh bawa ke syurga tau.Ini bukan bina masjid untuk bersama kat syurga,tapi neraka sahabatku..".."Emm..."..kata sahabat saya..

KISAH 2
  Petang tadi,waktu ana jaga kedai,ada seorang pelanggan (pak cik).Beliau memang setiap hari membeli ayam di kedai ayah ana.Sebelum beliau keluar dari kedai selepas habis membayar,sempat beliau bertannya,"Dah ada pakwe?"..Ana jawab dengan tersenyum dek soalan yang tetiba itu,"Eh,tak de la."..Pak cik bertanya lagi,"ye ke...."..ana jawab,"Betul..."..And lastly pak cik itu cakap,"Bagus2..belajar dulu."..

JAWAPAN SAYA

for sure i'll say no to couple!


  Pada pandangan ana,semua perempuan bila umurnya semakin meningkat,soalan ini bukan lagi soalan yang asing buat mereka(kami).Sebab itu jugalah kita seharusnya berfikir secara matang sebelum menjawab soalan seperti itu..
  Semakin banyak persoalan yang sejenis dengan soalan-soalan di atas,semakin ana mencari solusinya.Kata-kata ini hanya hati yang mampu berkata..

    "TAK PERLULAH AKU NAK MENCARI CINTA LELAKI.BILA TIBA SAAT SEPERTI YANG ALLAH DAH TETAPKAN KAT LUH MAHFUZ TU,CINTA DIA AKAN DATANG TANPA AKU PINTA,SABARLAH WAHAI HATI.MASIH BANYAK TANGGUNGJAWABMU PADA AGAMA,KELUARGA,DAN DIRIMU SENDIRI YANG MASIH BELUM SEPENUHNYA KAU TUNAIKAN."

sibukkan dirimu bercinta denganNya.itu lebih indah~


hanya bila tiba saat itu ya Allah,pertemukan aku dengan yang telah Kau tetakan.amin...


PESAN ANA UNTUK DIRI DAN SEMUA...
JANGAN TERLALU MEMIKIRKAN SOAL CINTA ITU..
RASANYA MASIH BELUM PUNYA KELAYAKN UNTUK MEMIKIRKANNYA..
WALLAHUA'LAM!

saat ini,hati kita sepenuuhNya untuk Dia~

Wednesday, January 19, 2011

Cuti

     Salam buat semua..Apa khabar ya agaknya iman kita sekarang?moga sentiasa berusaha meningkatkannya dari hari ke hari.insyaAllah...Laaaaama rasanya ana tak update blog.Sekarang ana cuti lepas exam UPS 2 ..
     Disingkatkan cerita,ana sedang melalui proses memuhasabah diri dalam beberapa hari ni.Mungkin itu salah satu sebab blog ini tak di update2.(^_^).
     Masa cuti seminggu ini jugalah ana nak manfaatkannya sebaik mungkin.insyaAllah~sekarang ni pun ana membantu jaga kedai Ayaman Frozen Foods..kdai ni ayah ana (Salman bin Hussain) dan rakannya yang mengusahakannya.Katanya,ia diusahakan sebagai menunaikan fardhu kifayah.Bertempat di Langkap,Perak.

Rempah ratus,telur~

Some of the frozen foods~

Sos yang pelbagai.Keluaran bumiputra dan semestinya yang halal~


Deretan peti frozen yg menempatkan ayam,daging lembu dan kambing,dan makanan sejuk beku seperti  sosej,nuget dll.

Ini kedainya.Ayaman Frozen Foods.Halalan Toyyiban~



Sardin,milo dan bihun.Muslim product.




   Sekian,wassalam~

P/S:Jemputlah ke kedai.(^_^).