Tuesday, March 2, 2010

Allah mengampunkan dosa mereka...

 



  Dari Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda:Allah Tabaraka Wa Ta'la mempunyai para malaikat yang ditugaskan mencari majlis zikir,sebaik saja mereka menjumpai majlis zikir,maka mereka duduk bersama orang2 yang sedang berzikir itu dengan sayap-sayap mereka sehingga memenuhi ruang antara mereka dengan langit di dunia.
  Apabila majlis zikir itu tamat,maka para malaikat akan naik kembali ke langit.Lalu Allah S.W.T bertanya mereka:"Wahai para malaikatKu,dari manakah kamu semua?"Kata para malaikat:"Ya Tuhan kami,kami baru saja balik dari memeriksa hamba-hambaMu di bumi,mereka bertasbih,takbir,tahlil dan tahmid serta memohon kepadaMu." Sebenarnya Allah lebih mengetahui tentang perbuatan mereka dan semua makhluk ciptaanNya.Setelah Allah mendengar kata-kata para malaikatNya,maka Allah pun berkata:"Wahai para malaikatku,apakah yang mereka pinta kepadaKu?"Kata para malaikat:"Hamba-hambaMu itu memohon syurga dariMu." Allah bertanya lagi:"Pernahkah mereka lihat akan syurga itu?"Kata para malaikat lagi:"Mereka tidak pernah melihat syurga itu."
 Kata Allah S.W.T :"Hamba-hambaku memohon syurga padahal mereka tidak pernah melihatnya apatahlagi kalau mereka melihat syurga itu".Kata para malaikat:"Mereka juga memohon kebebasan". Allah bertanya:"Mohon bebas dari apa?".Kata para malaikat: HambaMu itu memohon kepadaMu supaya  mereka itu dibebaskan dari neraka jahannam". Allah bertanya para malaikat lagi:"Pernahkah hamba-hambaKu itu melihat nerakaKu?" Jawab para malaikat:"Tidak Ya Allah."Allah berkata:"Hamba-hambaKu iytu tidak pernah melihat neraka jahannam,tapi mereka memohon supaya dibebaskan dari nya,apalagi kalau mereka melihatnya".
Kemudian  para malaikat berkata lagi:"Ya Allah, hambaMu itu memohon ampun kepadaMu," Allah berkata:"Dengarlah wahai para malaikatKu,aku mengampuni mereka itu dan aku akan memberi apa yang mereka minta serta membebaskan mereka dari api neraka yang mereka takut itu." Kta malaikat lagi:"Ya Allah,di antara mereka itu terdapat seorang hamba yang penuh dengan dosa,dia melalui majlis itu lalu duduk bersama dengan mereka yang sedang berzikir". Allah berkata:"Orang itupun Kuampuni,begitu juga dengan setiap orang yang terlibat dalam majlis zikir itu,tidak ada yang celaka".

No comments:

Post a Comment