Showing posts with label muslimah. Show all posts
Showing posts with label muslimah. Show all posts

Saturday, March 3, 2012

Ustaz Don Daniel - 4 syarat pemakaian tudung.

Salam=)

Have you ever see this face?
=)



Let's focus on wat's Ustaz Hensem Don Daniel cakap ni.It is very and very and very useful for you all.Again, YOU ALL.

Wanita,lelaki semua perlu ambil tahu.Wanita,kerana kamu yang memakai tudung.Lelaki,kerana kamu yang memimpin keluarga,anak dan isteri.Tanpa ilmu bagaimana mungkin kamu mampu membimbing mereka?

Tepuk dada tanya iman guys!

Syarat pertama...


Syarat kedua...



Syarat ketiga..



Syarat keempat...



Wassalam.

Friday, October 7, 2011

Wanita,kita lupa!

Oh muslimah!
Muslimah.
Allah ciptakan lembut sifatnya,lembut hatinya.
Tapi wanita Allah beri 9 nafsu dan 1 akal,berbanding lelaki Allah beri 9 akal dan 1 nafsu.
Sebagai seorang wanita,saya tahu.Nafsu wanita cenderung kepada wang,kecantikan,anak-anak,perhiasan... Tapi,wanita yang bijak,muslimah yang mulia,mampu mengawal nafsunya.Dia mampu membezakan samada keinginannya itu masih dalam tuntutan syarak ataupun tidak.

 Saya bagi contoh.Seorang wanita,bertudung besar(labuh@bidang 60@50),pergi ke kedai tudung.Jalan,jalan..Ternampak tudung ariani(agak popular,agak mahal)..Kalau diikutkan hati dan nafsu,nak je dia beli.Yalah,warna pun menarik,tak labuh sangat(sesuai dengan badan),kain pun x tebal sangat.TAPI..
Iman dia terusik."Kalau aku pakai,mungkin menarik pandangan lelaki,mungkin mudah untuk tudung yang tak berapa labuh itu ditiup angin lalu menampakkan dada.Boleh jadi juga..."

 Muslimah.Kalau pada pandangan saya,dan saya kata begini adalah untuk mengingatkan diri saya juga.Bertudung cukuplah kalau..
  -menutup aurat
  -kemas

Kan?
  
  Jom tengok video ni.JAHILIYAH MODEN.Bermanfaat,sebab dia mengingatkan kita.Wanita mudah lupa bila nak tampil cantik dan sebagainya.Sampai lupa tujuan.

Wanita
Perhiasan dunia
Bagai kilau permata di antara kaca
Sayangnya makin pudar cahaya
Hingga tiada lagi beza di antaranya
-Hijjaz-

Sekian,wallahua'lam.

Thursday, May 19, 2011

Solehah

Ingin sekali ya Allah..
Aku menjadi wanita solehah..
Ilmu dunia dan akhirat tak jemu dituntut..
Akhlak dan kelembutannya bisa menyejukkan..
Setiap mata dan hati yang melihatnya..
Batas-batas pergaulannya dijaga rapi..
Kerana dia amat tahu..
Wanita itu fitnah terbesar di akhir zaman ini..


Apa pantas aku digelar solehah ya Allah..?
Andai..
Amalku saja masih cetek..
Akhlakku juga terkadang sama seperti yang tidak pernah tahu..
Tahajjud dan qiamullail saja aku tidak istiqamah..?
Jauh sekali dari merasakan diri ini cocok untuk yang soleh..
Kerna yang soleh itu pantas untuk yang solehah..
Sedangkan aku..
Solehahnya masih belum pasti..




Sunday, March 6, 2011

Susahkah?

SINGLE AND UNAVAILABLE!



Susahkah menjadi single?
Susahkah menjadi yang tidak punya kekasih?
Saat semua memikirkan yang ianya satu keperluan...
Saat semua seakan tidak bisa bernafas tanpanya...

Susahkah menjadi mawar yang punya duri?
Susahkah memagar diri dari nafsu duniawi?
Saat semua berebut untuk dikatakan,"cantik kulit awak"
Saat semua bangga memaperkan kecantikan diri sendiri..
Saat semua berkejar-kejaran memaut hati sang lelaki..

Susahkah?

Monday, February 28, 2011

Titipan Buatmu Wanita


Dengarkan duhai muslimah..nasihat buatmu..

"Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki."
Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ.
Tundukkan pandanganmu..
Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang.
Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati.
Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.
Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?
Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku karena itulah yang dituntut oleh Allah.
Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?
Tidak kunafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu karena ia semata-mata untukmu.
Awasi senyummu..Keindahannya bisa menaut hati sang lelaki..
Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.
Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa.
Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.
Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku.
Di mana saja aku berada, akal sadarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.
Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.
Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu.
Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.
Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah.
Saat itu pasti kan tiba.Bersabarlah menanti..

Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu karena kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu.
Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.
Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi.
Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu.
Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.
Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.
Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu karena dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku karena-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.
Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya, cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah.
Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama.
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yg akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi..
Wahai wanita, ku ingatkan diriku dan dirimu, peliharalah diri dan jagalah kesucian.. semoga redha Allah akan sentiasa mengiringi dan memberkati perjalanan hidup ini.

Solehahkan dirimu untuk yang soleh itu..
kredit to:lailajihad-deviantart.com

From: Iluvislam.com

Saturday, February 5, 2011

Perkongsian hidup:Emangnya pacar itu perlu?

  Salam alaikum sahabat-sahabat sekalian..Alhamdulillah,segala puji-pujian selayaknya hanya pada Allah,Tuhan sekalian alam...selayaknya hanya pada Dia kerana Allahlah yang mencipta,memberi dan menghapuskan nikmat-nikmat itu..


mereka bilang,punya pacar itu indah?





   Post kali ini bersahaja.Mungkin ada yang kata ianya bersifat peribadi,tazkirah atau apa-apa sajalah.Pada ana,ianya satu perkongsian yang mungkin ada input yang kalian bakal peroleh..

KISAH 1
  Satu petang di matrik,sedang ana duduk bersama seorang sahabat,dia bersuara.."Iqin,nak bagitau news gembira ni.Kalau ada kawan kita yang bina masjid,kita pun kena turut sama gembira kan?"..Ana menjawab,"siapa?".
"Ala,Syukri dengan Nadia...Diorang dah bercouple balik ko tau..Aku sebagai member diorang hepi mendengarnye tau..ko?hepi tak?"..ana menjawab,"Ya Allah..kalau bina masjid,boleh bawa ke syurga tau.Ini bukan bina masjid untuk bersama kat syurga,tapi neraka sahabatku..".."Emm..."..kata sahabat saya..

KISAH 2
  Petang tadi,waktu ana jaga kedai,ada seorang pelanggan (pak cik).Beliau memang setiap hari membeli ayam di kedai ayah ana.Sebelum beliau keluar dari kedai selepas habis membayar,sempat beliau bertannya,"Dah ada pakwe?"..Ana jawab dengan tersenyum dek soalan yang tetiba itu,"Eh,tak de la."..Pak cik bertanya lagi,"ye ke...."..ana jawab,"Betul..."..And lastly pak cik itu cakap,"Bagus2..belajar dulu."..

JAWAPAN SAYA

for sure i'll say no to couple!


  Pada pandangan ana,semua perempuan bila umurnya semakin meningkat,soalan ini bukan lagi soalan yang asing buat mereka(kami).Sebab itu jugalah kita seharusnya berfikir secara matang sebelum menjawab soalan seperti itu..
  Semakin banyak persoalan yang sejenis dengan soalan-soalan di atas,semakin ana mencari solusinya.Kata-kata ini hanya hati yang mampu berkata..

    "TAK PERLULAH AKU NAK MENCARI CINTA LELAKI.BILA TIBA SAAT SEPERTI YANG ALLAH DAH TETAPKAN KAT LUH MAHFUZ TU,CINTA DIA AKAN DATANG TANPA AKU PINTA,SABARLAH WAHAI HATI.MASIH BANYAK TANGGUNGJAWABMU PADA AGAMA,KELUARGA,DAN DIRIMU SENDIRI YANG MASIH BELUM SEPENUHNYA KAU TUNAIKAN."

sibukkan dirimu bercinta denganNya.itu lebih indah~


hanya bila tiba saat itu ya Allah,pertemukan aku dengan yang telah Kau tetakan.amin...


PESAN ANA UNTUK DIRI DAN SEMUA...
JANGAN TERLALU MEMIKIRKAN SOAL CINTA ITU..
RASANYA MASIH BELUM PUNYA KELAYAKN UNTUK MEMIKIRKANNYA..
WALLAHUA'LAM!

saat ini,hati kita sepenuuhNya untuk Dia~

Wednesday, January 19, 2011

Jadilah yang terindah!

What a horrible drawing,but comes with muhasabah~

Thursday, December 2, 2010

Oh wanita!

 Salam semua..Lama rasanya ana tak menulis..Ana nak kongsikan dengan antum semua tentang MALU.Adakah kita seorang yang pemalu?pada Tuhan,pada yang berilmu,pada yang mahram...Kali ni,ana mahu spesifikkan malu itu pada yang mahram (malu wanita terhadap lelaki).Cuba kita fikir sejenak,adakah kita selama hidup ini membentengi diri dengan sifat malu?

malulah duhai wanita..aku mohon..

  Melihat keadaan wanita pada akhir zaman ini cukup menjelaskan pada kita yang sifat malu itu kian terhakis dikalangan wanita Islam (muslimah).Berpakaian menjolok mata,pergaulan dengan lelaki yang seolah-olah tiada batas..semua ini berlaku seakan-akan Islam yang dianuti tidak mengajar ummatnya apa-apa.Adakah ia benar?huh! Mestilah sangat tidak benar!

This is not what Islam teach us!
   Semestinya Islam tidak mengajar ummatnya begini.Petang tadi semasa kelas kokurikulum,lecturer cina tu jadi conductor untuk senamrobik.Ana boleh agak apa yang bakal berlaku nanti.Lelaki dan perempuan bersama dalam satu dewan untuk ber'senamrobik'.Inikah yang Islam ajar pada kita?Dipasangkan lagu-lagu yang melalaikan.Astaghfirullah..45 minit awalnya hanya bersenam biasa..Selepas itu diikuti dengan tarian yang tak de kena mengena dengan senamrobik.Hati ini Allah saja yang tahu.Betapa aku tak meredhakan semua ni!Ana melihat ada lecturer wanita (ISLAM) berada dalam dewan yang sama.Tapi yang menghampakan ana apabila melihat warga pendidik itu sendiri menari di tepi pelajar lelaki.AllahuAkbar.Moga Allah beri hidayah pada mereka.Dan moga Allah istiqamahkan ana untuk terus menghormati mereka sebagai penyampai ilmu Allah..amin.

   Ana sangat suka untuk mengajak antum semua untuk menghayati lirik lagu Dilema dari kumpulan Hijjaz.Bismillah,mari hayatinya!


Lihatlah panorama dunia

Wanita bagaikan hilang rasa malunya
Maruah yang menjadi maharnya
Tergadai sia bagai tiada berharga

Di manakah budinya di manakah akhlaknya
Sungguh pilu dan sayu mengenangkannya
Santun tiada lagi nafsu memimpin hati
Kehormatan diri tidak dipeduli

c/o
Oh wanita kembali menginsafi
Kepada asal fitrah kejadianmu
Diciptakan untuk dihormati
Sentiasa diredhai Tuhan Pencipta
Kembali kepadanya juga pada Rasulnya
Pasti dihadirkan taufik dan hidayahnya
Wanita...

Kembalilah ke arah kemuliaan
Contohi peribadi Ummul Mukminin
Rasulullah dijadikan suami
Tertawan kerna keluhuran pekerti
Bukan kerana harta bukan kerana nama
Tapi kerana budi yang disanjungi
Kembalilah...

Wanita perhiasan dunia
Bagai kilau permata di antara kaca
Sayangnya makin pudar cahaya
Hingga tiada lagi beza di antaranya

Bencikan mata liar melihat,bencilah memaparkan kecantikan


Ana sebagai wanita tidak dapat menafikan yang ana sangat malu,benci dan marah bila dipandang oleh lelaki tanpa sebab yang Allah terima.Memandang sekadar hanya untuk mencuci mata?Lupakanlah semua itu.Allah itu Maha Tahu apa niat dan tujuan kalian memandang kelebihan yang ada pada wanita..Dan justeru itu,ana menyeru pada muslimah di luar sana untuk menjaga kecantikan dan kelebihan yang Allah anugerahkan kepada kalian.Janganlah sewenang-wenangnya ditayangkan pada yang mahram.Ingatlah janji Allah tentang azab yang bakal ditempuh buat wanita yang menayangkan auratnya.
  Berpakaianlah seperti yang digariskan Islam.Yakinlah dengan mematuhinya hidupmu jauh dari fitnah,jauh dari hidup yang seakan tiada jalan keluar..
 ' Ketahuilah olehmu...wanita yang solehah dan mulia itu,tidak dipandang dan tidak memandang....'


Malulah duhai wanita


Sabda Rasul shallallahu ‘alaihi wa sallam,
الحَيَاءُ وَالإيمَانُ قُرِنَا جَمِيعًا ، فَإنْ رُفِعَ أحَدُهُمَا رُفِعَ الآخَر
“Malu dan iman itu bergandengan bersama, bila salah satunya di angkat maka yang lainpun akan terangkat.”(HR. Al Hakim dalam Mustadroknya 1/73. Al Hakim mengatakan sesuai syarat Bukhari Muslim, begitu pula Adz Dzahabi)
Begitu jelas Rasulullah shalallahu ‘alaihi wassalam memberikan teladan pada kita, bahwasanya rasa malu adalah
identitas akhlaq Islam. Bahkan rasa malu tak terlepas dari iman dan sebaliknya. Terkhusus bagi seorang muslimah, rasa malu adalah mahkota kemuliaan bagi dirinya. Rasa malu yang ada pada dirinya adalah hal yang membuat dirinya terhormat dan dimuliakan.


Peliharalah rasa malu itu pada diri kita, sebagai sebaik-baik perhiasan kita sebagai wanita yang mulia dan dimuliakan. Sungguh, rasa malu itu lebih berharga jika kau bandingkan dengan mahkota yang terbuat dari emas permata, namun untuk mendapatkan (mahkota emas permata itu), kau harus menelanjangi dirimu di depan 
umum.





Bantulah kami Ya Allah...

Bismillahirrahmanirrahim...
Kami lemah ya Allah..Dengan segala kelebihan yang ada pada kami ini,kami mohon padaMu..agar diberi kekuatan untuk terus istiqamah menjaga maruah diri..agar kuat menghadapi dunia yang penuh dengan kemanisan yang kadang kala menggoda iman  kami untuk terus bertahan..amin..

Monday, November 1, 2010

Warkah 'Soleh' buat kita..



Bismillahirrahmanir rahim...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Salam sejahtera buat calon zaujahku yang dihijab pertemuan olehNya sehingga detik kita disatukan dengan lafaz ijab bersaksi qabul berwali. Semoga langkahmu tangkas dengan semangat juang Islam. Walau apapun yang kita lakukan, dasarilah ia dengan memohon keredhaanNya supaya setiap langkah itu beroleh keberkatan.

"Ya Allah, gembirakanlah aku dengan redhaMu"

Kukira untaian doa srikandi iman, Sayyidah Nafisah binti Hasan bin
Zaid bin Hasan bin Ali bin Abu Thalib ini mampu menyuburkan hatimu
dengan Nur KasihNya.

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Ar-Rum: 21)

Telah dikhabarkan bahawa engkau adalah calon yang sekufu untukku, bakal menjadi peneman solehah bersamaku merentas becaknya denai-denai perjuangan Islam ini. InsyaAllah. Kesesuaian ini telah kupohon dalam setiap doaku padaNya, dalam setiap sujudku, dalam setiap ibadah hajat dan istikharahku selama ini. Tanpa jemu walaupun pertemuan itu masih dirahsiakan. Besar kurniaanNya kepada kita. Hijab itu membolehkan aku dan kau melengkapkan diri masing-masing dengan bekalan agama agar baitul muslim kita nanti tidak suram dengan Nur keimanan yang malap.

Calon zaujahku yang dirahmati,

"Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu.."

Bukan harta yang kuperlukan, bukan keturunan yang menjadi keutamaan, bukan kecantikan yang kuidamkan, tetapi kefasihan agamamu itu yang aku dambakan. Itulah hikmah sekufu yang menjadi asas usrah muslim antara aku, kau dan anak-anak pewaris ketauhidan Islam dalam mengESAkan Allah Yang Satu.

"Hai manusia, sesungguhnya Kami ciptakan kamu dan lelaki dan perempuan dan menjadikan kamu berbangsa--bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi maha Mengenal." (Al-Hujarat: 13)

Sirah telah membuktikan bahawa seorang Khalifah mulia menjodohkan puteranya dengan seorang gadis penjual susu lantaran iman yang kuat menjadi benteng gadis itu daripada menderhakai Allah. Akhlak indah yang menjadi pakaian gadis suci itu membuatkan hati Khalifah terpaut. Inilah kisah yang ingin aku kongsikan denganmu wahai calon zaujahku. Pada suatu malam Khalifah Umar Ibnu Khattab sedang membuat tinjauan terhadap rakyat-rakyatnya. Sampailah Umar ra. di sebuah rumah penduduk, ketika itu mereka sedang berbincang tentang sesuatu. Umar mendengar semua perbincangan mereka.

Seorang ibu berkata kepada anak perempuannya: "Anakku bangunlah, serta campurkanlah susu itu dengan air. Puterinya menjawab: Apakah ibu belum mendengar larangan daripada Amirul Mukminin itu? Ibu itu bertanya lagi:"Apakah larangan Amirul Mukminin itu?" Puterinya menjelaskan: "Wahai ibu, sesungguhnya Amirul Mukminin melarang umat Islam menjual susu yang dicampurkan dengan air"Ibu itu berkata lagi: "Cepatlah engkau campurkan susu itu dengan air, tak usahlah kamu takut dengan Saidina Umar, kerana ia tidak melihatnya" Puterinya menjawab: "Wahai ibuku, memang Umar ra. tidak melihat kita, tetapi Tuhan yang disembah Umar melihat kita.

Maafkan saya wahai ibuku, kerana tidak dapat mematuhi permintaanmu. Saya tidak mahu menjadi orang yang munafik mematuhi perintah di hadapan orang ramai, tetapi melanggarnya apabila di belakang mereka."Khalifah Umar ra. yang terkenal tegas itu menjadi terharu hatinya. Umar ra. merasa bangga dengan ketaqwaan gadis miskin penjual susu tersebut. Setelah pagi, Saidina Umar memerintahkan puteranya Ashim supaya pergi ke rumah gadis tersebut.

"Wahai anakku, pergilah engkau ke sebuah rumah penduduk, di dalamnya ada gadis penjual susu, jika ia masih sendiri, pinanglah ia. Mudah-mudahan Allah akan memberikan kurnia kepadamu anak yang soleh."

Ternyata dugaan Saidina Umar ra. itu benar sekali. Ashim menikah dengan wanita yang mulia tersebut dan mendapat seorang anak perempuan yang bernama Ummu Ashim. Kemudian Ummu Ashim berkahwin dengan Abdul Aziz bin Marwan, dan mereka mendapat seorang anak lelaki yang bernama Umar bin Abdul Aziz, yang kemudian menjadi seorang khalifah yang terkenal dan bijaksana.

Jika asas baitul muslim itu kukuh, tidak mustahil ia mampu melahirkan pejuang-pejuang agamaNya yang berpedangkan taqwa dan berperisaikan iman. Di hati mereka bercahaya dengan kasih sayang Ilahi kerana mereka lahir daripada bait penyatuan dua jiwa yang hidup berbumbungkan sunnah berpelitakan al-Quran, berdindingkan wasatiah dan qanaah. Itulah hakikat sebuah baitul muslim.

Calon zaujahku yang telah dijanjikanNya ,

" Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka".(An- Nissa':34)

Surah yang diberikan kemuliaan buatmu dan insan yang bergelar wanita. Istimewanya dirimu sehinggakan Allah menukilkan pesananNya dalam surah khusus buatmu. Dan itulah janji-janji Allah bahawa seorang wanita yang solehah itulah mutiara syurga buat suaminya walaupun kekayaan duniawi tidak terhampar di kakimu.

Maafkan aku kiranya tiada harta yang mewah, mutiara atau kilauan permata kupersembahkan dalam hidupmu. Tetapi, aku hanya mampu menjanjikan hantaran yang paling berguna untuk kita berdua sepanjang zaman. Itulah panduanNya, Qalamullah. Islam menegaskan agar ku ajar dirimu mengenal Allah, zat yang agung. Itulah kunci kesempurnaan yang hakiki.

Seringkali kau mengeluh, kau hanya insan lemah. Sedarilah bakal isteriku, kelemahanmu itu adalah kekuatan yang dikurniakan Allah buatmu. Dari kelemahan itu, terletaknya rahim yang telah melahirkan seorang Rasul, seorang Nabi, seorang abid dan juga pejuang jihad yang Allah janjikan syurga demi setitis darah mereka.

Ia lahir daripada jerih doamu, penat sabarmu dan lelah tabahmu. Akal setipis rambut, tebalkan dengan ilmu.Hati serapuh kaca,kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera,hiasilah dengan akhlak. Bantulah aku dalam mentakrifkan pernikahan ini. Semoga ia menjadi wasilah sebuah pembangunan insaniyyah yang akan menjadi khemah dakwah dan tarbiyyah.

Bakal isteriku yang dirahmati,

Titipan ini sudah sampai ke penghujungnya. Namun, doaku padamu tidak pernah berakhir. Seperti doaku padaNya, moga saf antara aku dan dirimu akan bersama-sama melalui siratulmustaqim yang lurus menuju jannahNya yang dirindui. InsyaAllah. Andai ada ingatan darimu, pohonkan dariNya moga aku terus tegak dalam memperjuangkan kalimahNya walau dijengah mehnah lantaran zaman ini adalah pengakhiran sebuah destinasi.. Dunia sudah terlalu tua, ia hanya menanti masa.

Salam buat teman solehahku...

Yang Benar,
bakal suamimu...


"SUBHANALLAH..BEGITU HARAPAN LELAKI YG SOLEH BUAT KITA..APA KITA MASIH LAGI BERHARAP PADA YG YANG LEBIH DARI ITU? OLEH ITU,SOLEHAHKAN DIRI KITA SEMAMPUNYA..MUDAH-MUDAHAN ADA YANG SOLEH BUAT KITA.AMIN.."

Tuesday, October 5, 2010

Jadilah Mawar Serta Durinya!







Pelihara Dirimu

Pelihara dirimu
Wahai mawar berduri

Dirimu suci
Seindah perhiasan diberi
Jangan pula kau cemari diri
Dek hitam debu duniawi

Datangnya Islam mengangkat martabatmu
Terciptanya syariat demi memelihara dirimu
Sayangi dirimu
Dan ketahuilah, Allah jua amat kasih padamu

Oh mawar berduri
Pelihara peribadi
 Hargai maruah diri
Dan dirimu akan menjadi penyeri
Keindahanmu mampu mengatasi segala perhiasan duniawi

Jangan sesekali kau goncang iman sang lelaki dengan lirik manjamu
Sebaliknya, kau goncanglah dunia dengan keteguhan imanmu!

Dari blog sahabat:
slave of Almighty