Showing posts with label cerpen. Show all posts
Showing posts with label cerpen. Show all posts

Saturday, March 17, 2012

"dia dihatiku"

Salam.

Nanti nak buat cerita.
Tajuknya "dia dihatiku".
=)

Tuesday, December 6, 2011

Di sini kutemu 2

Salam..
:)

Sambungan cerpen "Di sini kutemu 1"..


     “Nisa, bangun  Nisa”
      Suara itu menembus kegelapan. Menarik aku menggapai suara itu. Lembut dia memanggil. Selembut namanya Layyinul Harir, selembut sutera. Perlahan kubukakan mata. Melihat dia di hadapanku.
     “Urgh..”Aku menggeliat. Berat rasanya untuk bangun. Masih belum hilang kantuknya.
     “Bangun Nisa. Tu  ha..Syaitan bergayut kat mata. Banyak pulak tu.”usik Harir sambil menarik selimut yang menutupi badan Nisa.
     “Eh,awat cakap lagu tu?”bingkas Nisa bangun dari baringannya.
     “Bangun pun dia. Aishh...Kalau tak buat begitu, awak tak bangun tuan puteri..”kata Harir. Dicubitnya pipi gebu Nisa.
     “Tidur baliklah.”Terus ditariknya semula selimut.
     “Eh.eh...Saya kata bangun. Kalau sayang saya, bangun cepat.”
     “Ye lah sayangku. Tapi awal lagi ni kan..Baru pukul 6.00  pagi..Subuh habis pukul 6.50..”
     “Amboi,amboi dia ni...Mari solat.”Ditariknya tangan Nisa untuk bangun.
Mereka solat bersama. Diantara semua ahli rumah, Nisa lah yang paling liat untuk bangun awal solat berjemaah bersama yang lain. Pagi itu, mereka disertai Nisa.
    “Alhamdulillah. Allah beri kesempatan solat jemaah satu rumah hari ni.”bicara Harir sambil melipat telekungnya.
     “Amacam  Nisa?Hari ni solat berjemaah, seronok tak?”soal Kauthar, teman serumah mereka.
     “Rasa ada satu tenaga luar biasa dalam badan ni”dijegilkan matanya. Tersenyum. Sungguh, dia terasa bersemangat pagi itu. Ya lah, solat subuhnya jarang sekali di awal waktu. Hampir sepuluh minit lagi waktu subuh tamat, barulah dia tergesa-gesa berwudhuk untuk solat. Semestinya tidak khusyuk solat di akhir waktu. Terkejar-kejar segalanya.
     “Harir, cuba tazkirah sikit saya ni. Biar rasa bersemangat nak bangun awal solat subuh setiap hari.”kata Nisa kepada Harir dan Kauthar. Rakannya yang lain meminta diri untuk ke bilik masing-masing. Ada kerja yang perlu disiapkan kata mereka.
     “Bismillah.”Harir memulakan bicara. Seperti biasa Harir akan memulakan penyampaiannya dengan kalimah mulia itu. Harapnya, moga Allah permudahkan apa yang ingin disampaikan, mengikhlaskan hatinya dan seterusnya memudahkan ilmu yang disampaikannya itu untuk diterima oleh si pendengar. InsyaAllah.
     “Memang bukan sesuatu yang mudah untuk melawan nafsu tidur ni. Tak semudah bicara. Tapi banyak yang boleh dijadikan motivasi untuk melawannya. Sebagai contoh, Sultan Muhammad al-Fatih.”
     “Owh, raja yang membebaskan Kota Konstantinopel tu ya?Rasanya Nisa ada tonton video tentang Sultan Muhammad al-Fatih time tazkirah Ustaz Termizi minggu lepas.”
    “Ya, anda betul”tersenyum Harir mendengar jawapan Nisa. Menunjukkan minat pada penyampaiannya pagi itu. Meski sejuknya mencucuk-cucuk tubuh.
    “Baginda sangat prihatin tentang solat berjemaah dirinya dan berisan tenteranya. Inilah rahsia kemenangan Islam. Buktinya, baginda dan tenteranya berjaya menawan kota itu. Allah hantar bantuan bila kita utamakan apa yang Dia utamakan.”
 Sambung Harir lagi, sambil tangannya menyelak buku nota kecilnya, dia menyambung.
     “Nabi kita, Rasulullah S.A.W menjadikan solat subuh berjemaah sebagai kayu ukur tahap keimanan seseorang. Sabda Rasulullah,
   ‘Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isyak dan Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung dalamnya, nescaya mereka akan mendatangi kedua-duanya sekalipun dengan merangkak. Sungguh, aku ingin menyuruh melaksanakan solat, lalu solat itu ditegakkan, kemudian aku perintahkan seseorang mengimami solat bersama orang lain. Kemudian beberapa orang lelaki berangkat bersamaku membawa kayu terikat, mendatangani kaum yang tidak hadir solat berjemaah, sehingga aku bakar rumah mereka.”
     “Uih, macam tu sekali besar ganjaran solat subuh jemaah.”ujar Nisa.
     “Bukan uih, tapi masyaAllah...”Kauthar mengusik.
     “Yup. Sayangnya Rasulullah pada kita. Dipentingkan solat jemaah itu agar ummatnya selamat dari siksa api neraka. Andai saja kita dapat melihat ganjaran itu dengan mata kasar ini,pasti sanggup kita merangkak untuk solat berjemaah. AllahuAkbar.”kata Harir.
 Sambungnya lagi,”Buku apa yang Kauthar baca minggu lepas tu?Yang penulis dia bernama Dr. Ragib al-Sirjani kalau tak silap Harir.”
     “Buku Misteri Solat Subuh.
     “Haa...cuba Kauthar kongsikan dengan kami.”pinta Nisa.
     “Beliau ada tulis, pengalamannya di Amerika. Beliau kata, sewaktu pulang dari solat subuh,jalanraya sibuk dengan kereta bersimpang-siur. Waktu pada masa itu menunjukkan enam pagi. Mereka Kristian, Yahudi dan Ateis. Mereka bangun untuk keperluan dunia menyamai waktunya dengan waktu solat subuh. Keinginannya pada keperluan dunia membuatkan mereka berkorban waktu tidur. Tapi jika dibandingkan dengan masyarakat Islam di Malaysia, jauh sekali. Pukul enam pagi, jalan masih sunyi. Masjid juga hanya didatangi oleh siak masjid dan warga emas yang lanjut usia.”
     “Malunya. Kita yang sepatutnya lebih baik dari mereka.”respons Nisa.
     “Aah. Kita sebaik-baik ummat yang sepatutnya memberi tauladan yang baik kepada manusia lain. Sedarlah, kita sudah jauh ketinggalan.”balas Harir.
Tambah Harir lagi, “Dr. Raghib menulis lagi, orang kafir boleh bangun awal-awal pagi supaya anjing mereka boleh dibawa berjalan menghirup udara segar. Beliau suruh kita bayangkan,  kerana mereka cintakan anjing, mendorong pemiliknya untuk bangun pagi, sedangkan cinta akan Allah tidak mendorong hambaNya untuk bangun pagi? Astaghfirullah...”
     “AllahuAkbar.”bisik hati Nisa.
     “Sangat perlu untuk kita renung ke dalam diri masing-masing. Sejauh mana kita membuktikan cinta kita pada Dia?Solat subuh saja berat untuk dilakukan.”kata Nisa.
     “Begitulah serba sedikit ilmu kami yang boleh dikongsi bersama, Nisa.”Kauthar bersuara.
     “Kami bukan sempurna Nisa. Tiada seorang pun yang sempurna melainkan Dia. Kami pun manusia yang punya nafsu segala. Mari sama-sama kita berganding bahu, berusaha membuktikan cinta kita pada Dia. Biar susah, kerana susah itu terbayar dengan nikmat yang seinfiniti dari Dia.”
     “Alhamdulillah sahabat. Sangat terkesan dengan perkongsian kalian. Aku akan lebih berusaha untuk bangun awal solat berjemaah.”balas Nisa bersemangat.
     “InsyaAllah kami akan bantu.”
Mereka bertiga bersalaman. Ada azam baru dalam diri Nisa.
     “Ya. Akan aku lakukannya.”

*********************************

 Malam ini, Harir, Nisa dan Kauthar berpakat untuk ke malam ‘Simfoni Cinta’ bersama-sama. Harir akan memandu kereta Ford Fiestanya. Program yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar universitinya itu menampilkan penampilan khas Hafiz Hamidun, kumpulan nasyid tanah air seperti UNIC dan Devotees.
Mereka bertiga masih bersiap untuk ke sana.
     “Tolong pasangkan suis seterika tu,  Ain”pinta Harir yang sedang mencari bajunya di dalam almari. Ain tidak turut serta malam itu. Ada assignment katanya.
     “Cepatlah Harir, Nisa dah siap ni.”Nisa memanggilnya.
     “Takkan awak pakai begitu saja Nisa?”tanya Kauthar. Terkejut dia melihat pakaian yang dikenakan di tubuh Nisa.
     “La, kenapa pun?”suara Nisa sedikit tinggi tanda tidak senang dengan pertanyaan Kauthar.
     “Aku bukan bukak auratlah Kauthar. Aku pakai blouse dengan seluar jeans je. Itu pun tak boleh ke?”
 Suasana bilik menjadi tegang seketika dengan sikap Nisa. Dia sangat mudah tersentuh dengan teguran begitu. Baginya, Harir seorang sahaja yang memahami rentak jiwanya.
     “Bukan macam tu maksud Kauthar..”lembut suaranya memujuk.
     “Dah la, aku malas nak pergi. Harir, Nisa tak pergi rasanya program Simfoni Cinta tu.”ujar Nisa berbaur merajuk.
 Harir yang mendengar perbualan Nisa dan Kauthar itu meluru ke arah Nisa.
 Dia tersenyum dan perlahan dia berbisik ke telinga Nisa.
     “Nisa, mari saya pinjamkan pakaian yang sesuai.”
     “Kenapa?Baju dengan shawl ni tak sesuai dengan saya ke?”soal Nisa. Nisa berasal dari bandar. Pemakainnya lebih terpengaruh dengan budaya bandar. Bergaya, tetapi tidak syara’.
     “Mari.”Harir menarik lembut tangan sahabatnya itu. Dipimpin masuk ke bilik.
     “Mari duduk.” Nisa mengajaknya duduk di tepi katil.
    “Bukan tak sesuai dengan Nisa, tapi tak sesuai dengan muslimah.”
    “Kita ni muslimah la kan?Kenapa tak sesuai?Shawl Nisa menutup rambut. Baju Nisa berlengan panjang. Seluar pun begitu.”
     “Sebab Allah ciptakan wanita itu indah.Setiap sisi wanita itu perhiasan.Kalau Harir minta Nisa bezakan antara tutup dan balut hadiah,boleh Nisa bezakan?
     “Balut tu tutup tetapi masih boleh dilihat bentuk hadiah,kalau tutup hadiah rasanya susah untuk kita tahu bentuk hadiah itu.”
     “Ya. Sangat betul apa yang Nisa kata tu. Samalah seperti wanita.Allah wajibkan kepada kita untuk menutupi aurat, bukan membalut.”
 Nisa melihat dari atas hingga ke bawah pakaian yang dikenakannya. Dia faham apa yang cuba disampaikan oleh Harir.
     “Nisa faham. Pakaian yang Nisa pakai ini bukan menutup, tapi membalut. Walaupun berpakaian, tapi manusia lain masih boleh melihat susuk tubuh Nisa. Bentuk lengan Nisa kelihatan, begitu juga dengan seluar. Tapi...”Nisa masih berfkir. Persoalan bermain di mindanya.
     “Ya Nisa, tapi apa?”
     “Tudung Nisa tak membalut rambut pun. Menutup kan?”
Senyuman terukir tatkala Harir mendengar kata-kata Nisa.
     “Memang menutup rambut. Begini Nisa. Allah berfirman mewajibkan wanita untuk melabuhkan pakaiannya menutupi dada. Kita sendiri tahu, wanita punya daya tarik di situ.Nisa tahu, kan?”
     “Aah.”
     “Allah tahu apa yang terbaik buat kita. Dia yang mencipta kita. Dia Maha Tahu atas segala penciptaannya.”
Lama Nisa memikir. Betul apa yang dikatakan Harir. Allah yang ciptakan manusia, jadi Allah Maha Tahu kenapa disyariatkan kepada wanita untuk melabuhkan pakaiannya menutupi dada. Shawl yang tersarung di kepalanya tidak menutupi dada. Bahkan menampakkan bentuk buah dadanya.
     “Astaghfirullah.”istighfar Nisa.
     “Kauthar tu pun satu. Tegur orang direct je. Malulah Nisa.”adunya.
     “Maafkanlah dia. Mungkin Kauthar tersasul tegur Nisa dengan nada begitu. Kauthar tegur sebab dia masih punya rasa sayang pada Nisa. Dia tak mahu Nisa terdedah dari mata-mata liar di luar sana.”
     “Hmm...” Nisa masih menghadam apa yang dikatakan Harir.
     “Nisa, saya minta maaf fasal tadi.” Kauthar melangkah masuk ke bilik. Nisa menghampiri Kauthar dan memegang bahunya.
     “Kauthar, saya yang sepatutnya minta maaf dan berterima kasih pada awak. Beruntung saya punya kawan seperti awak, Kauthar. Masih mahu membimbing saya yang jahil ni. Terima kasih.” tangan Kauthar disentuh. Mereka berpelukan.
     “Alhamdulillah” bisik Harir.
     “Dah, cepat siap. Nanti lewat pula ke program tu.” kata Kauthar.
Nisa menanggalkan serta merta shawl yang dipakainya itu.
     “Harir, boleh saya pinjam shawl labuh?Shawl Nisa semuanya pendek. Baju muslimah pun kalau boleh Nisa nak pinjam..?”pintanya.
     “Mestilah boleh.”semakin lebar senyuman Harir mendengar permintaan Nisa itu. Dihulur shawl dan baju muslimahnya kepada Nisa.
Mereka bersiap-siap untuk ke majlis itu. Perlu hadir awal, kerana majlis yang di hadiri artis-artis terkenal tanah air pastinya mendapat sambutan hangat dari para pelajar.
  Dalam perjalanan mereka, Nisa bersuara.
     “Terima kasih Harir, Kauthar sebab tegur Nisa tadi.”
     “Sama-sama Nisa. Kita bersahabat, biar saling ingat-mengingati ke arah kebaikan. Saya dan Kauthar juga perlu selalu diingatkan. Masih banyak yang perlu diperbaiki.”balas Harir sambil matanya fokus pada perjalanan.
     “Menjadi tanggungjawab kita sebagai sahabat kan....?” tambahnya.
     “Surely.”balas Nisa dan Harir serentak.
     “Alhamdulillah..”ujar Kauthar.
Tiba saja di majlis itu,mereka antara yang terawal. Syukur. Dewan masih belum dipenuhi dengan pelajar lagi. Harir menurunkan Nisa dan Kauthar sebelum dia mencari tempat parking.

********************************

 Sejuk udara pagi itu. Jam menunjukkan pukul 9.30 pagi. Jadual kuliah Biologi Makanannya pada hari ini bermula pada pukul 10.30. Nisa baru sahaja selesai menunaikan solat sunat dhuha di musolla Fakulti Sains dan Teknologi. Lafaz hamdalah masih belum putus-putus dizikirkannya.
     “Alhamdulillah” bisik Nisa sambil bersimpuh di tangga musolla membetulkan tali sandalnya.
 Setelah selesai, dia melangkah ke pondok berhampiran musolla untuk menunggu Harir yang ke tandas katanya tadi. Baru selangkah dia berjalan, matanya tertumpu pada  susuk tubuh yang sekian lama tidak dilihatnya tidak jauh dari dirinya. Terpaku Nisa di situ.
     “Yus.” katanya perlahan.
 Tubuh manusia itu berpaling. Ya. Memang itu Yus. Lelaki yang pernah mengukir nama di hatinya satu masa dahulu. Berbeza penampilannya dari dulu saat mereka bersama. Kemas. Berkopiah putih di kepala, dan berbaju melayu hijau tua. Mereka saling berpandangan. Kemudian, saja dilarikan anak matanya dari terus memandang Yus. Yus menghampirinya.
     “Assalamualaikum.” sapanya.
     “Waalaikumusalam.”
     “MasyaAllah.Allah temukan lagi kita. Maha hebat perancangan Dia.”
 Nisa hanya mendiamkan diri. Merona pipi gebunya. Malu.
     “Nisa ambil kos apa?” tanya Yus.
     “Food Biotech.
     “Owh. Yus ambil kos Financial Math.”
     “Bila masa aku tanya dia?Hmm..” monolog Nisa. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Dia malu berdepan dengan Yus.
     “Maaf Yusri, saya pergi dulu. Ada kelas lepas ni. Assalamualaikum.” Nisa meminta diri.
     “Baiklah. Bittaufiq Yus doakan. Waalaikumussalam.” balas Yus.
 Yusri melihat Nisa pergi sehingga hilang kelibatnya dari pandangan.
     “MasyaAllah. Sungguh Kau makbulkan doa-doaku. Kau jaga dia, kau pelihara dia. Kekalkan ia ya Allah, kekalkan.” doa Yusri dalam pengharapan. Itulah doa Yusri yang sehingga kini, masih dicintainya.
***************************

     “Nisa, mana awak pergi tadi?Kata nak tunggu saya kat pondok...” kata Harir setelah puas dicarinya sahabat itu. Harir membuat gaya merajuk.
 Nisa tiba di dewan kuliah tanpa menunggu Harir. Dia terlupa. Sejurus meninggalkan Yus sebentar tadi, dia terus ke dewan kuliah. Rasa bersalah menyelubungi Nisa.
     “Ya Allah!Nisa terlupa. Sorry.........” pujuk Nisa. Terus dicapainya tangan Harir dan mengajaknya duduk.
     “Ye la..siapalah kita ni kan. Senang je orang tu nak lupa..”
     “Bukan. Tadi Nisa terjumpa Yus...Upss..Bukan,bukan..” Nisa terlepas kata.
     “Siapa?Yus?Bukan ex Nisa ke tu?Haaa....”
     “Aah. Nisa pun tak sangka dia ada kat sini. Semenjak putus, Nisa tak ambil tahu lansung fasal dia.”
    Diceritakan semua yang terjadi kepada Harir. Harir tersenyum.
     “Kalu dah jodoh tak ke mana.”
     “Ada pula sampai ke situ fikirnya.”
     “Betulla. Tak sangka boleh ketemu si dia di sini, kan?”
     “Harir, bukan dia yang saya cari di universiti ni. Saya cari sahabat seperti awak, Kauthar dan ahli-ahli rumah kita. Saya cari kehidupan yang membuatkan saya lebih terjaga, saya mencari ketenangan dalam hidup bertuhan, dan saya bertemu semua itu di sini. Satu nikmat yang sangat besar buat saya, Harir. Saya bersyukur.” Luah Nisa.
      “Yus?” Tanya Harir.
      “Let Allah decide the best. Saya tak mampu untuk berharap lebih. Yang pasti, saya selalu doakan yang terbaik untuknya. Cukup.” balas Nisa. Senyuman manis terukir.
    “MasyaAllah...” ujar Harir.
 Dr. Sofia melangkah masuk ke dewan kuliah. Seorang pelajar lelaki sukarela membacakan doa belajar.
     “Indahnya biah ini,” bisik Nisa.
  Semua pelajar membetulkan kedudukan. Harir dan Nisa menumpukan sepenuhnya perhatian pada pengajaran.


     

Sunday, December 4, 2011

Cik Wardah menang.Yeay!

Salam dan selamat petang :)

Mesti ada yang kata,"Tajuknya macam kanak-kanak rebina jer".:P
This post is just for a memories.Alhamdulillah,I just won a short story contest at USIM.
Tajuknya "Di sini kutemu",and you can read here.>>>cerpen

A bit horrible pagi ni sebenarnya.
Yela,actually pagi ni sepatutnya pergi UKM untuk hantar buku kat Kak Azemah,tiba-tiba..

 1 message received....

 "Salam,kepada sesiapa yang menyertai pertandingan menulis essei dan cerpen,anda semua dijemput untuk hadir ke majlis sambutan 10 tahun MYFEM (Fakulti Ekonomi dan Muamalat),dari pukul 8 pg-1 tengahari.Penyampaian hadiah akan di berikan kepada 3 pemenang setiap kategori dan akan di buat bersama acara-acara lain.Harap maklum.Tq.Maaf atas segala kesulitan dan kelewatan."


Oh tidak.aishhh..

 Then,i cancel my plan to go to UKM.Siap punya siap,sampailah ke FEM.Masuk dewan,kena tunggu lagi VVVVVVVVVVIP ni tiba.Sabar saja la labu~ To be honest,saya paling tak suka menunggu orang yang diorang kata VVVVVVVVVIP ni datang ke majlis-majlis.99.999999% akan lewat.
*Don't ask me why.Sebab saya tak tahu.

Ucapan...
Ucapan...
Ucapan...
Ucapan..

=.=" Sabar dan sabar.Bukan saya dengar sangat pun.

Then,
  "Dengan ini saya merasmikan majlis penutupan blablabla....

Dekat sejam menunggu ucapan habis.SABAR JE TAU.

Kemudian,majlis ditutup begitu saja.

And i'm wondering...
 "WHERE IS THE PRESENT FOR ME??????"

I called kakak tu,dia kata, "Maafla dik.Tadi macam kucar-kacir sikit.Blablabla..."
And i said sambil mengukir sebuah senyuman yang sangat plastik, "Tak pe la kak..erm,akak kat ne?saya gi kat akak.Saya kena cepat ni sebab ada urusan(nak pergi shooting video)...".
Akak said, "Ouh..kejap,kejap ye.Nanti akak call.".

Ok.

Tunggu punya tunggu...

Akak tu call and said, "Adik,meh datang sini.Ni akak.".katanya sambil melambai-lambai tangan ke arah saya.
"Maaf ye dik,atas segala kesulitan yang berlaku.".katanya sambil menghulurkan beg berisi hadiah.

And i smile.*yang ni smile penuh keikhlasan.heee...

Alhamdulillah,i won.
First place gitu.Haha.*ni bukan gelak bangga tau.
Wondering jugak,apa ye dalam beg kertas tu..

Ondaway ke PKP(Pusat Kegiatan Pelajar) dengan Nik,I opened the goodies beg.

TARAAAA...

3 bijik novel cinta.=.="
CINTA.
En Tarmizi kata nak pinjam,tapi bila tahu penulisnya tak populer,terus malas.Ahha~

Apapun,alhamdulillah.
*cube la bersyukur sket.:P

And here,
Special thanks goes to:
-Mama ngan Baba*muah2*
-All my friends(Nik,Ieza,Tikah, and so on)>>>>moral support korunk mmg terbaek!*muah2*
-En Tarmizi(cikgu satera saya yang belum dapat tauliah lagi)hehe.
-Last but not least,Fieza(roomate yang menyediakan perkhidmatan printer).*muah2*

Thank you guys.
For the du'a.

Wassalam.

Tuesday, November 1, 2011

Di sini kutemu 1

Time kat pantai weekend yg lepas:)


Assalamualaikum:)
Sebelum ni CikWardah ada janji untuk post my first cerpen kat blog kan?
Now,you can read it.
Here you're!


DI SINI KUTEMU




     “Nisa,cuba dengar jap lagu ni.Best kot.Layan habis ni.”kata Harir atau nama penuhnya Layyinul Harir pada rakan sebiliknya itu.Sambil tangannya menghulur earfon dan disambut bersama senyuman Nisa.Mereka berdua sedang melipat kain di ruang tamu.Petang itu mereka menghabiskan masa melipat pakaian yang hampir tiga hari tidak berlipat.
     “Ada-ada je kawan aku sorang ni”balas Nisa sambil menyumbat telinganya dengan earfon yang diberi Harir.Memek muka Nisa berubah sejurus musik berputar.Senyumnya mati.Dia kenal benar dengan lagu itu.Lagu yang pernah didedikasikan seseorang buatnya suatu masa dahulu.  
     “Kenapa Nisa?Awak ok?Lagu tu buat awak sedih ke?”bertubi-tubi soalan ditanya Harir.Hairan melihat tingkah Nisa yang  tiba-tiba berubah.
     Selama Harir mengenali Nisa,dia suka mendengar lagu-lagu indon.Selalu sahaja mereka bertukar-tukar lagu yang digemari masing-masing.Agak kontra jika dilihat luaran mereka berdua.Bertudung labuh,selalu menghadirkan diri ke majlis-majlis agama di universitinya itu.Bagi mereka,selagi minat itu tidak melalaikan dan tidak menjauhkan diri mereka dari mengingati Allah,ia di bolehkan.
     “Tak de ape.Mungkin sebab jiwang dan menyentuh soul sikit kot.Haha.”balas Nisa selamba sambil berjenaka.Hatinya sebak.Matanya berkaca.Dibiarkan saja.Lagu Aku Dan Dirimu nyanyian Ari Lasso dan Bunga Citra Lestari itu membuatkan Nisa terkenang kembali memori hitamnya dulu.Perit sekali.

                                                        ****************************

     Teet,teet..Bunyi  telefon bimbit Nisa menandakan mesej baru diterima.“Sayang,kat mana tu?Jom lunch sekali,sebelum Yus solat jumaat”.Sejurus selepas membaca mesej dari kekasih hatinya itu,laju jemari Nisa menaip untuk membalas. “Nisa baru habis kuliah biologi ni.Nisa on the way,tunggu ya.”
     Begitulah selalunya.Yus dan Nisa pasangan yang sedang hangat bercinta.Yus atau nama penuhnya Ikhwan Yusri,pelajar Matrikulasi Perlis  yang sangat terkenal dengan kelincahannya bermain bola keranjang.Tinggi orangnya.Ditambah pula dengan wajahnya yang tampan ala-ala orang arab,membuatkan dirinya sangat dikenali.
     Sungguh,ramai manusia berpandangan andai punya wajah yang tampan,tiada gunanya tanpa kekasih hati.Begitu juga perempuan.
     Kata mereka, “Muka dah cantik sayanglah tak ada teman istimewa”.
Kata-kata manusia begitu jugalah yang sedikit sebanyak mempengaruhi Nisa untuk menerima Yus sebagai kekasihnya.Nisa sudah muak dengan pujuk rayu manusia bernama lelaki sejak di bangku sekolah lagi.Meskipun berada dalam biah solehah di Sekolah Menengah Kuala Lumpur,tetap ada pelajar yang begitu asyik mencari cinta.
  Tetapi,berbeza dengan cara Yus memikat hati Nisa.Mungkin pada pandangan mata kasar boleh menilai ianya cinta islamik.Enti enta dan sebagainya.Dipendekkan cerita,Nisa menerima Yus hanya melalui rakan-rakan sekuliahnya.
     “Assalamualaikum.”sapa Nisa setelah tiba di meja kafe tempat Yus menunggunya.
     “Waalaikumussalam.Meh duduk.”jawab Yus sambil wajahnya terukir senyuman manis.Dialihkan buku-buku yang di baca sementara menunggu Nisa sampai.
     “Macam mana kelas hari ni?Presentation ok?”soal Yus.
      “Alhamdulillah semua ok.Cuma tadi Nisa nervous sikit,sebab Miss Chiew yang mengajar kelas Nisa hari ni.Cik Wahidah tak hadir.Dia demam.Sayang tahulah kan Miss Chiew tu macam mana..Tegas sangat bila mengajar.”adu Nisa.Dia sangat selesa berkongsi kisah hidupnya bersama Yus.Lapang dadanya bila Yus sudi mendengar.
  Baginya,Yus seorang yang sangat memahami jiwanya.Semua kisahnya di matrikulasi Yus tahu.Tiada satu pun yang tertinggal.Begitu Nisa mempercayai Yus melebihi kawan baiknya yang mengenalinya terlebih dahulu.
  Setelah selesai memilih lauk,mereka ke kaunter pembayaran. “Makan berdua hari ni ya Yus”,sapa Mak Tipah.
     “Aah,free hari ni.Sebelum solat jumaat.”balas Yus.Nisa yang berdiri di sebelahnya tersenyum malu-malu.Mak Tipah selalu menegurnya bila dia bersama dengan Nini.
     “Berapa semuanya ya Mak Tipah?”tanya Yus.
     “Lapan setengah.Hari ni Mak Tipah belanjalah lima puluh sen tu.”balas Mak Tipah.
     “Terima kasih Mak Tipah.”
     “Sama-sama.”
 Yus dan Nisa berlalu dari kaunter untuk menjamah makanan bersama.Cuaca tengahari itu tak terlalu terik seperti semalam.Yus memilih untuk makan di meja bahagian tepi di kafe itu.Beberapa pasang mata sedang asyik melihat keberadaan mereka.
  Aisyah,rakan sekelasnya,juga salah seorang daripada ahli badan dakwah di matrikulasi juga ada di kafe.Duduk berhampiran dengan mereka.Nisa dapat merasakan Aisyah kurang selesa dengan kehadiran Yus dihadapannya.
  Nisa nekad, “Ala,aku bukan buat apa pun.Makan je.Diorang memang begitu.Jealous sebab aku aku ada pakwe baik macam Yus ni.Buat tak tahu je Nisa.Abaikan,abaikan...”monolog Nisa.
  Seusai mereka menghabiskan makanan,Yus mengeluarkan sesuatu dari begnya.
     “Untuk sayang.Yus beli masa temankan Haikal keluar ke Jusco semalam.”sambil tangannya menghulurkan bungkusan kepada Nisa.Dicapai dan dibukanya bungkusan itu dengan cermat.Sehelai selendang berjalur merah dan hitam kelihatan.Nisa memandang wajah Yus dan tersenyum.
     “Thanks sayang.Cantik selendang ni.”Balas Nisa.Senyum dibibir Nisa masih tidak lekang.Bungkusan selendang dimasukkan ke dalam begnya.
     “Yus pergi dulu ya.Dah pukul 12.35 ni.”
     “Ok,assalamualaikum.”Balas Nini sambil tersenyum.
     “Waalaikumussalam.Jaga diri.”Yus pun berlalu meninggalkan Nini.
     “Baik sungguh kau pada aku,Yus.”Bisik Nini sambil melangkah ke kediamannya.
    
     “Cik Nisa.....menung apa tu...”Lamunan Nisa terhenti.Dia sedar dirinya diperhatikan Harir.
     “Tak ada apalah”Balas Nisa sambil tersenyum.
     “Ingatkan terkenang siapa tadi..”Usik Harir.
     “Ye lah tu.Dah,dah.Lipat kain tu sampai habis.Nak makan pulak nanti.”
     “Eh,eh...orang dah habis lipat ni mak cik..”
     “Oh,yekeBaiklah.Saya yang tak habis lipat lagi ni”Terus dicapai baju-baju yang belum habis dilipatnya.
     “Jauhnya aku mengelamun...”Bisik Nisa.



     Seperti hari Selasa yang biasanya,Nisa dan Harir tidak ada kuliah pada sebelah pagi.Hanya ada tutor pada sebelah malam.Harir pagi-pagi lagi sudah keluar.Ada group discussion katanya.Kiranya Nisa berseorangan pagi itu.Rakan serumahnya yang lain ada kelas.Mereka berlainan kos dari Nisa dan Harir.Harir dan Nisa mengambil jurusan Bioteknologi Makanan manakala enam lagi rakan serumahnya mengambil kos Fizik Gunaan.
  Meskipun berlainan kos dan belum sampai setahun mereka kenal,masing-masing punya sahsiah yang baik.Mereka sangat berlapang dada sesama sendiri.Ini membuatkan Nisa selesa bersama mereka.
  Dia berbaring memandang siling.Kipas berputar laju.Fikiran Nisa kosong pagi itu.
     “Aishh..boringla pulak Harir tak ada.Tiada siapa nak diajak bersembang.”Nisa memuncungkan bibirnya membuat gaya comel.
     “Haa,onlinelah...”Desis hatinya.Terus dia meluru ke meja studi.Kemas.Harir juga begitu.Semenjak ke USIM,Harir banyak membimbingnya menjadi lebih baik.Nisa bukan seorang yang pengemas sebelum ini.Katil saja dia malas kemas.
  Dicapainya komputer riba  Apple pemberian abah sempena hari lahirnya yang ke-18.Dihalakan kursor dan menaip Cikwardah.blogspot.com.Blog kegemarannya semenjak dikenalkan oleh Harir.Tiada lagi korean movie  yang menjadi pengisi masa luangnya semasa di matrikulasi dulu.
 Nisa lansung tidak mengenali pemilik blog itu,meskipun beliau menuntut di universiti yang sama dengannya.Beliau yang lebih senang dikenali sebagai CikWardah itu penuntut tahun tiga dalam kos Fizik Gunaan seperti yang tertulis dalam biodatanya di blog.Ingin sekali Nisa bertemu  dengannya.
Post terbaru CikWardah bertajuk “Dhuha itu magnet rezeki”.
    “Macam best ni.”Terus difokuskan matanya ke skrin komputer.

Asssalamualaikum:)
Selamat pagi:)
Dah solat dhuha pagi ni?
Jom...
Solat sunat dhuha.Selalu kamu amalkan?:)Amalkanlah.Mari saya kongsikan dengan kamu penjelasan solat dhuha yang saya petik dari laman web rasmi JAIS.
  
  "Solat sunat dhuha ialah solat di waktu pagi. Waktunya sesudah matahari terbit sehingga matahari di tangah-tengah langit (kira jam 12tgh). Dilakukan antara dua rakaat hingga lapan rakaat. Ada sebahagian kitab menyatakan sehingga 12 rakaat. Dari segi pembacaan di dalam solat sunat dhuha tiada wajib membaca surah-surah tertentu di dalam rakaat tersebut. Cuma kebiasaan yang dilakukan oleh para ulama iaitu pada rakaat pertama dibaca surah Fatihah dan surah Wasy-Syamsi atau surah Al-Kafirun. Manakala rakaat kedua dibaca Al-Fatihah dan surah Ad-Dhuha atau surah Al-Ikhlas."


 Mudah sahaja untuk dilakukan.Ini sedikit perkongsian yang saya google.


“Waktu pelaksanaan shalat Dhuha adalah ketika matahari mulai naik sepenggalan, kira-kira seperempat jam setelah matahari terbit hingga waktu zawal (matahari tergelincir). Dan waktu yang paling afdhal adalah ketika matahari mulai panas.

Memang, tidak mudah untuk melaksanakan shalat Dhuha. Karena waktunya bertepatan dengan jam-jam dimulainya aktivitas keseharian, orang sibuk bekerja mencari rezki pada waktu tersebut. Namun, sesempit apapun waktu kita karena aktivitas sehari-hari, jika kita luangkan waktu sejenak untuk mengerjakan shalat Dhuha, Insya Allah tidak akan mengurangi jatah rizki yang telah ditentukan untuk kita. Kalau toh meluangkan waktu pada waktu tersebut tidak memungkinkan pula, karena peraturan perusahaan yang begitu ketat dan mengikat, shalat Dhuha bisa kita kerjakan sebelum masuk jam kerja. Nah, mari awali kerja kita dengan melaksanakan shalat Dhuha.”

Disadur dari : Majalah Islam Ar- Risalah Hal. 54 Edisi 96 / Vol. VIII / No.12 Jumadal Akhir - Rajab 1430 H / Juni 2009



 Sebelum ke kuliah,luangkanlah masa dalam 5 minit untuk dhuha.Waktu senggang di pejabat,ringankanlah kaki ke musolla untuk dhuha.Mungkin pada permulaan,ia susah.Tapi,kalau ia dibiasakan dan menjadi rutin harian kita,insyaAllah tak susah mana pun.Ikhlaskanlah hati.


 Solat dhuha ini pada saya,mendidik hati mengharapkan rezeki itu sepenuhnya dari Allah.Sebelum minta pertolongan dari manusia,mintalah dari Dia.Dia yang membukakan pintu rezeki kita semua.Ya,Dialah.


 Dalam sujud yang terakhir pula,boleh dibaca doa ini.Seberapa yang mampu.



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg5ufu95LchABLrqV9IzWgvq6EeX2bE9abkeNv5ZlHwxQPg0GAJF90o_O2dDvIBt33txbctdDM-ZHjj7VwZYUBh0H0ATJq5Y_h_reYlJv8L94k9ROXYhbAd4z2zV6Jtnfjwd9SFumZ88hY/s400/dhuha2.jpg
Maksudnya:Kurniakanlah kepadaku ilmu dan hikmah Wahai Tuhan Yang Maha Pemberi dan kurniakanlah rezeki padaku Ya Tuhan Yang Memberi Rezeki Dengan Senang.













Kemudian,bacalah doa ini.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEirFTgq4UFQM1AT2gnZNI-UHwQMg8bDP4E_xRu7w9xKQoXG4XFw885vmiPOQo_139oD_G0x5SrmOpTaFjv_RZW__vjcQByQ2WSDOBv1ondpK6dFbNK4YCPBJ4ghKvRzNlgCnpd7XWr-ArU/s400/dhuha3.jpg
 InsyaAllah.Mudah-mudahan membantu.Mohonlah dengan yakin dan seyakinnya.Rezeki itu milik Allah.Kita hanya meminjam.Pohonlah agar rezekimu itu jauh dari perkara haram.Biar sedikit rezekimu,asalkan ia bersih dalam redhaNya.amin.

 Begitulah perkongsian CikWardah pada hari itu.Ringkas.Mengajak semua untuk mengamalkan amalan sunnat yang semakin dilupakan.

     “Astaghfirullah.Dah pukul 11 ni.Baik aku solat dulu.”Bisik hati Nisa.Terus dia melangkah ke bilik air untuk berwudhuk.
 Memang blog CikWardah sedikit sebanyak memberi panduan dan peringatan pada Nisa.Penyampaiannya saja tidak terlalu berat.Bukan setakat perkongsian berbentuk islamik,blog CikWardah juga berkongsi kisah hidupnya di universiti.Suatu hari nanti Nisa juga berhajat untuk memiliki sebuah blog.Berkongsi apa yang bermanfaat untuk diri dan ummah.Seperti yang tertulis dalam blog CikWardah,
Sabda Rasulullah:Sampaikan dariku walau sepotong ayat.”
     “InsyaAllah”Bisik hati Nisa.

********************************

Petang itu hujan.Nisa memilih untuk berada di bilik.Tidak  seperti selalunya,dia dan teman serumahnya akan keluar beriadah di taman berhampiran kolej kediamannya. 
      “Apa yang dimenungkan tu Cik Nisa oi....”Suatu suara menerobos dari luar pintu bilik.Segera dia memalingkan wajahnya ke arah suara itu.
Kelihatan Harir,rakan sebiliknya itu sedang menyandarkan badannya pada bingkai pintu.Senyuman lebar terukir ,diiringi gelengan kepala.Tenang melihat senyumannya itu.Menenangkan.Satu rasa yang sukar untuk diungkap dengan kata.Hadirnya memberi banyak makna semenjak hidupku bermula di universiti ini.Tidak lama kemudian,Nisa membuka langkah mendekati katil.
     “Terfikir apa ni Nisa?”Dilabuhkan punggungnya ke atas katil.Hampir dengan Nisa.Nisa kekal dengan posisinya.Tidak berubah.
     “Mengenang dosa aku,Harir.Malu rasanya  bila teringat balik”Jawab Nisa tanpa memandang wajah temannya itu.Dia malu.
     “Hmm,tu la sifat orang beriman.Malu dengan dosa yang pernah dilakukan. Alhamdulillah engkau masih ada rasa malu.Tak seperti sesetengah manusia,dah la dikelilingi dengan dosa,masih tak malu mengulangi kembali.”
Respon Harir membuatkan Nisa terasa ingin berkongsi kisahnya dengan temannya itu.
     “Harir,nak dengar cerita aku?Tanya Nisa bersemangat.
     “Mestilah nak,kalau engkau selesalah dengan aku.Aku ok je”
     “Aku percaya engkau Harir” Nisa membetulkan posisinya.Dia bangun dari baringannya lantas bersila dihadapan Harir.Tangannya menyentuh lembut lutut Nisa.
     “Begini..............”Cerita Nisa panjang lebar.Diceritakan kisah cintanya di matrikulasi kepada Harir.
     “Apa yang membuatkan engkau putus dengan dia?”tanya Harir menduga Nisa.
     “Sebelum kami melangkah keluar dari matrikulasi,dia menyuarakan hasratnya untuk mengakhiri hubungan kami.Katanya dia tak mampu menjaga hati.Selalu teringatkan aku berbanding Dia.Semakin jauh dari Allah katanya.Kemanisan beribadah juga makin pudar.”
     “Jadi dia salahkan engkau?”
     “Tak”Nisa mneggelengkan kepalanya,lalu tunduk.
     “Habis tu?”
     “Sikit pun dia tak salahkan aku.Dia kata dia yang tersalah langkah.Katanya lagi, tanpa ikatan yang sah,aku dan dia tiada apa yang menghalalkan  hubungan kami.”
Lama Nisa terdiam.Dia tahu perit untuk Nisa mengingat semula kenangan itu.
     “Kemudian?”
     “Mula-mula aku tak dapat terima.Susah sangat,sebab aku sayang nak tinggalkan dia dan kenangan kami.Terlalu banyak yang kami lalui bersama dalam tempoh setahun tu.”Mata Nisa berkaca.
     “Dekat seminggu aku lost contact dengan dia.Call,sms,email, semua aku tak reply.Dia minta aku maafkan semua kesalahan dia.Dia yang memulakan semuanya.”
     “Endingnya?”Berkerut dahi Harir.
     “Aku minta kakak aku temankan aku  untuk berjumpa dengan dia.Aku nekad.Semenjak dia minta putus,aku tak tinggal solat hajat setiap malam.Minta petunjuk,kenapa semua ni berlaku.Then,aku jumpalah dia.”
     “Aku cakap yang aku redha.Aku sedar kesalahan kami dan aku maafkan semuanya. Sebelum berjumpa dengan dia,aku dah bungkuskan semua barang yang dia pernah hadiahkan pada aku sepanjang hubungan kami.Then,aku bagi dia.”
     “Dia ambil?”Tanya Harir.
     “Tak.Dia tolak.Katanya,dia halalkan semua barang-barang tu.Anggap saja pemberian dia itu sebagai hadiah  dari seorang sahabat.”
     “Sebelum kami berpisah,dia ada beri sepucuk surat.Dia minta aku baca hanya setelah aku sampai rumah.”
     “Apa isinya?”
     “Kutunggu jandamu”Balas Nisa sambil ketawa memecah sepi.
     “Eeeeeeiii.Ni yang geram tau.Cakaplah betul-betul.Orang semangat dengar..”Harir mencubit nakal peha Nisa.Dimuncungkan mulutnya tanda merajuk.
     “Ok,ok..Ala,gurau je Harir.Seronok tengok muka engkau macam tu.”Tangannya mengusap bahu Harir.
     “Dia tulis,meskipun berpisah,doanya sentiasa ada untuk aku.Bila saatnya tiba,dia sedia melamar aku.Tiada tarikh untuk dia tetapkan semua itu.Ketentuan milik Allah.Katanya,dia tidak mahu mengikat aku dengan janji-janji manis.Biar doa menjadi tanda cinta.Tambahnya lagi,doakan dia menjadi lebih baik dari sedia ada.Agar Allah dicintainya melebihi segala yang ada.”
     “Engkau masih simpan surat dia tu?”
     “Aku dah buang.Aku tak mahu terkenang lagi kenangan itu.Cukuplah aku mendoakan dia.”
     “Alhamdulillah.Dah,tak payah teringat-ingat lagi dosa tu.Bila terlintas,cepat-cepat istighfar.Aku ada untuk kau cinta.”Sengih Harir.Sama-sama ketawa.
     “Aku memang cintakan kaulah!”Balas Nisa.Mereka berpelukan.Bahagia rasanya.
     “Kekalkan bahagia ini ya Allah.Aku cintakan dia.Sahabat dunia hingga ke syurga.”Doa  Nisa.
 Teringat dia pada pengisian dari kakak usrahnya,Kak Adilah pada minggu lepas.Satu-satunya hadith yang dihafalnya,atas permintaan Kak Adilah.
     “Adik-adik kena ingat,persaudaraan yang dibina atas titian iman itu membawa ke syurga yang kekal selamanya.Tanda kita cinta dan sayangkan saudara kita,adalah mendoakannya. Dalam satu hadith Rasulullah berbunyi,
     “Sesiapa yang mendoakan saudaranya pada saat dia tidak bersama-samanya,maka malaikat yang diamanahkan untuk menjaga dan mengawasinya berkata: ‘Semoga Allah mengabulkan dan bagimu semoga mendapat yang sama dengannya”
      “Itu yang tidak bersama kita.Kalau yang bersama dengan kita pastinya lebih dari itu. AllahuAkbar.Sama-samalah saling mendoakan.Saat bersamanya ataupun jauh dari mata.”
 Masih terngiang-ngiang kata-kata Kak Adilah.

     “AllahuAkbar,AllahuAkbar”Laungan azan bergema.Tersedar Nisa.Dia mengelamun dalam pelukan.
     “Haa,azan maghrib dah.Jom solat sekali”Ajak Harir.
     “Nisa solat dalam bilik je boleh?”
     “No,no,no...Solat sekali.Jemaah.”Tangan Nisa ditarik lembut oleh Harir.
     “Ok bos!”Nisa akur.
to be continue...