Saturday, January 29, 2011

Filem Dalam Mihrab Cinta

  Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..Dengan izinNya jua kita bisa bernafas disaat ini..dengan izinNya juga jantung kita ini berdegup..Subhanallah!

                         "Maka nikmat TuhanMu yang manakah yang kamu dustakan?"-ar Rahman

 Mari kita bersyukur sahabat sekalian..Dengan taat kepadaNya,dengan selalu ingat padaNya..Kali ni ana nak kongsi dengan sahabat sebuah filem yang mungkin kalian sudah pernah dengar ataupun belum..Filem karya Kang Abik atau Habiburrahman el-Syirazi.Iaitu filem Dalam Mihrab Cinta.Ana sudahpun membaca bukunya.Sangat menarik jalan ceritanya..Mungkin segelintir ada yang berpendapat filem karya Kang Abik biasa saja,tapi bagi ana,karyanya itu adalah satu medan dakwah beliau mengajak manusia kepada ajaran Islam.Mabrook ana ucapkan buat Kang Abik atas usahanya itu.Moga Allah sentiasa redha.ameeennn...
~Dalam Mihrab Cinta~

  Ana kongsikan sinopsis Filem Dalam Mihrab Cinta yang ana ambil dari Sinopsis Dalam Mihrab Cinta.

  Syamsul (Dude Harlino) pemuda 20 tahun-an bertekad menuntut ilmu di sebuah pesantren di Kediri, meninggalkan kehidupannya yang cukup nyaman. Disini ia bertemu dengan Zizi (Meyda Sefira) putri pemilik pesantren yang pernah ditolongnya ketika dijambret di kereta, yang kejadian tersebut membuat mereka jadi dekat.

  Dipesantren ini Syamsul terusir karena dituduh mencuri akibat fitnah sahabatnya sendiri Burhan (Boy Hamzah). Kemudian karena keluarganya sendiri juga tidak mempercayainya, hingga benar-benar membuat Syamsul menjadi seorang pencopet.

Di tengah kekacauan dan kegelapan hidupnya ini Allah memberikan jalan baginya untuk bertobat dan mempertemukannya dengan Syilvie (Asmirandah) seorang gadis solehah.
Apakah Syilvie nantinya yang akan berjodoh dengan Syamsul ataukah Zizi yang bakal jadi pendamping hidupnya? 

Mari kita tonton trailer filemnya..




 Filem ini dibintangi oleh
dude harlino as syamsul hadi



asmirandah sebagai sylvie
-Meyda Sefira
-Tsania Marwa
-Boy Hamzah
dan ramai lagi...

Sedikit foto-foto adegan dalam Filem Dalam Mihrab Cinta

Scene sewaktu syamsul hadi dihukum ats fitnah mencuri


Scene syamsul hadi cuba menyelamatkan meyda yang memegang watak anak kepada guru pesantren

scene keluaga syamsul sedih bila mendengar kabar syamsul di tuduh mencopet

Silvi, yang diperankan Asmirandah adalah jalan keluar yang diberikan Tuhan kepada Syamsul untuk berubah menjadi yang lebih baik.

sewaktu syamsul menjadi guru ngaji
Ia rajin berdoa untuk meminta petunjuk kepada Allah supaya hidup yang ia jalani menjadi lebih baik.


Spoiler alert! Dari foto yang satu ini, sudah tahu kan siapa yang dipilih Syamsul menjadi pendamping hidupnya.
Dan ini adalah di antara OST Dalam Mihrab Cinta yang ana suka liriknya..

Terhempas aku dalam fitnah
Yang mendera jiwa dan mencebik sukma
Tetapi ku tak tentu arah
Hingga seberkas menuntun langkahku

Dalam mihrab cinta ku rengkuh firmannya
Terangi jalanku ku sujud padanya
Dalam mihrab cinta prahara jadi asa
Putus duka lara ku pasrah padanya

Ku berdiam dendam yang membara
Ku pasrahkan semua pada yang kuasa
Ku yakin tiada satu jua hentikan kuasanya
Tuk mengubah segalanya

Dalam mihrab cinta ku regkuh firmanNya
Terangi jalanku ku sujud padanya
Dalam mihrab cinta prahara jadi asa
Putus duka lara ku pasrah padaNya
.........

Wardah
miss my home even baru miggu lps blek umah
huhu
wallahua'lam..
=)






Thursday, January 20, 2011

Aku pendosa itu

   Asssalamualaikum..moga kita semua dalam lingkungan rahmat dan kasih sayangNya..amin ya Rabb..Rasa terpanggil pula untuk menulis post pagi-pagi  nie^_^...

--MARI BERSAMA KITA HAYATI LAGU DI BAWAH BERSAMA LIRIKNYA-- 


Wahai Tuhan yang Maha Pemurah
Terangilahku dengan Nur Iman-Mu
Hanya Engkau tempat aku berserah
Mohon maghfirah di dalam syahdu

Wahai Tuhan yang Maha Pengasih
Ampunilah segala dosaku
Laksana buih di laut memutih
Hanyut ditelan gelombang nafsu

Hari-hari yang telah aku lalui
Ingin kutinggalkan terus bersemadi

Ingin aku kembali kepada fitrah insani
Tak sanggupku jelajahi rimba duniawi
Bebaskanlah diriku dari dibelenggu
Dosa noda nafsu durjana

Terimalah taubatku Ya Allah
Pimpinlah daku ke jalan redha-Mu
Moga sinar-Mu terangi hidupku
Di dalam kegelapan

Akukan kembali pada-Mu Rabbi
Mengadap-Mu Ya Rabbul Izzati
Segala ketentuanku pasrahkan
Di hujung penghayatan

aku berdosa ya Allah..............


Merasakan diri dipenuhi dosa

 Mari kita tanya hati kita yang paling dalam...apa dosa terakhir yang sudah kita lakukan?pasti tak terkira saya rasa.Terlalu banyak kecurangan kita pada cinta Dia.Sedang kita bermaksiat,Allah tetap memberi nikmat pada kita.Sebagai contoh..Sedang asyik kita mengata orang lain,kita tak sedar mulut yang digunakan untuk mengata itu adalah dari Allah..Sedang kita berjalan ke tempat maksiat,kita tidak sedar kaki yang digunakan itu adalah dari Allah.Apa semua itu tidak dinamakan curang?Kita sebagai hamba Dia yang diberi cinta tidak menggunakan cinta itu dengan sebaiknya,malah membalas cinta itu dengan satu kecurangan dan pengkhianatan!
   Sedikit perkongsian saya ambil dari akh Hilal Asyraf.

"Rasa berdosa adalah satu perasaan yang positif. Itu tandanya, jiwa kita masih hidup, hati kita masih peka. Mempunyai perasaan bahawa diri ini berdosa apabila melakukan kesalahan, adalah kunci utama untuk bergerak ke arah kebaikan. Menjadi satu masalah apabila kita kehilangan rasa berdosa apabila melakukan kesalahan, kerana pastinya ketiadaan rasa berdosa itu adalah kerana kita memandang kesalahan kita satu perkara yang normal.
Namun, terdapat beberapa orang yang silap dalam memandang rasa berdosa ini.
Kesilapan mereka, membuatkan rasa berdosa memberikan impak negatif di dalam kehidupan mereka.
Mereka rasa berdosa, sehingga mereka tidak lagi bergerak ke arah kebaikan. Kerana mereka merasakan bahawa mereka kotor, dan tidak lagi boleh disucikan.
Ini adalah rasa berdosa yang silap, dan tidak sepatutnya."


Yang sepatutnya adalah..

Perkara yang sepatutnya dilakukan oleh manusia yang telah merasakan dirinya berdosa adalah melakukan peningkatan diri untuk menjauhi dari melakukan  dosa-dosa itu.Rasa dosa yang sepatutnya adalah yang membawa kepada peningkatan diri.
   Maka dengan itu,perlunya kepada kita untuk selalu memuhasabah diri.Sudah pasti bila kita melakukan muhasabah,diri dirasakan penuh dengan dosa-dosa.Kemudian,melakukan usaha ke atas dosa itu.Sebagai manusia,kita tidak dapat lari dari melakukan dosa.
  Taubat.Ya,bertaubatlah selagi ada waktu.Bertaubatlah selagi ada nyawa ditubuhmu.Bertaubatlah selagi Allah masih belum menamatkan riwayatmu..Masih belum terlambat untuk semua itu.Masih belum terlambat untuk berubah!

Jangan sesekali berputus harap pada Dia

   Tidak dinafikan,setiap usaha dan jalan kita ke arah kebaikan pasti bukan sesuatu yang mudah.Allah pasti akan uji ketahanan dan kekuatan kita.SEBAB APA?Disini ana dapat simpulkan,Allah akan uji kita bilamana kita ingin jadi lebih baik adalah sebab Allah mahu hasilkan hambaNya yang betul-betul beriman.betul-betul taat padaNya.Ana bagi contoh,kalau antum inginkan seorang pekerja yang penyabar,pasti nak bukti kan?Antum akan uji pekerja itu dengan ujian yang dapat memberi bukti sama ada dia seorang yang sabar atau tidak.kan?Begitu juga Allah.Sememangnya Allah itu Maha Tahu,tapi ingin di uji juga seseorang hamba itu...
  Kepada yang ingin berubah,bulatkan azam antum.Nekad sungguh-sungguh.Tanamkan dalam hati,yakinkan hati yang ALLAH ITU MAHA TAHU.Allah tahu antum ingin berubah,Allah tahu banyak mana antum sudah berusaha untuk merubah diri menjadi yang lebih baik.Jadi,tiada lagi usaha untuk beputus asa dengan Allah.Tiada lagi asbab untuk mengalah dan berundur dari terus berubah!

“Allah telah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, (bahwa) untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.” Surah Al-Maidah ayat 9.

dan..

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” Surah Al-Baqarah ayat 218.


Ia peringatan dan motivasi bersama

  Untuk pengetahuan antum,ana menulis adalah nasihat buat diri sendiri terutamanya...mudah-mudahan,dengan ana mengingat diri,peringatan ini juga mengingatkan semua yang membaca.Ana juga manusia,ana juga hamba Dia,ana juga manusia berdosa,dan ana juga mahu berubah agar jauh dari melakukan dosa.
   Akhir kalam,mari kita baca doa..moga Allah ampunkan dosa-dosa kita semua.amin.amin.amin..

selamat meningkatkan diri ke arha kebaikan..




Wardah
Langkap,Perak
-M0ga Allah redha-








 


















Wednesday, January 19, 2011

Jadilah yang terindah!

What a horrible drawing,but comes with muhasabah~

Cuti

     Salam buat semua..Apa khabar ya agaknya iman kita sekarang?moga sentiasa berusaha meningkatkannya dari hari ke hari.insyaAllah...Laaaaama rasanya ana tak update blog.Sekarang ana cuti lepas exam UPS 2 ..
     Disingkatkan cerita,ana sedang melalui proses memuhasabah diri dalam beberapa hari ni.Mungkin itu salah satu sebab blog ini tak di update2.(^_^).
     Masa cuti seminggu ini jugalah ana nak manfaatkannya sebaik mungkin.insyaAllah~sekarang ni pun ana membantu jaga kedai Ayaman Frozen Foods..kdai ni ayah ana (Salman bin Hussain) dan rakannya yang mengusahakannya.Katanya,ia diusahakan sebagai menunaikan fardhu kifayah.Bertempat di Langkap,Perak.

Rempah ratus,telur~

Some of the frozen foods~

Sos yang pelbagai.Keluaran bumiputra dan semestinya yang halal~


Deretan peti frozen yg menempatkan ayam,daging lembu dan kambing,dan makanan sejuk beku seperti  sosej,nuget dll.

Ini kedainya.Ayaman Frozen Foods.Halalan Toyyiban~



Sardin,milo dan bihun.Muslim product.




   Sekian,wassalam~

P/S:Jemputlah ke kedai.(^_^).

Sunday, January 2, 2011

Nak bercinta?

akan tiba hari itu kelak..sabarlah.

Aku pernah punya keinginan..
"nak jugak ada boyfriend,
boleh share problem..
boleh share minat..
boleh share hobi...
"nak jugak ada boyfriend,
kalau sunyi,boleh text dia,
kalau bosan,boleh ajak dia keluar,
kalau sedih,boleh dia pujukkan.."

Tapi..
Aku teringat DIA...
Aku jadi malu..
Cinta DIA pun aku belum punya..
sedangkan cinta itu yang butuh aku dambakn..
cinta itu yang butuh aku idamkan..

Memang dunia ini mengujiku..
memang kehadirannya itu menggangguku..
DAN
memang Allah sedang menguji imanku..

Ya Allah..
gantikan rinduku pada manusia itu dengan rindu padaMu..
tampalkan kekosongan hati ini dengan cintaMu..
hiaskan hati ini dengan kemanisan ibadah kepadaMu...
aku mohon Ya Allah...
mohon..

dia itu ada..cuma dambalah cinta DIA terlebih dahulu.


    Moga kita semua jauh dari merindukan seseorang yang tak pasti..
jauh dari mencintai seseorang yang tak halal..

<>