Showing posts with label doa. Show all posts
Showing posts with label doa. Show all posts

Sunday, June 3, 2012

Moga berjaya.Amin.

Assalamualaikum:)

Allahu.Masih Allah izinkan jantung ini mengepam darah ke seluruh anggota badan.Masih Allah izinkan mata berfungsi dengan baik.Masih banyak nikmat yang Allah sudi beri lagi pada hari ini.
Alhamdulillah.

Pertama sekali ingin saya mohon maaf pada cik lola sebab cikkwardah tak perasan cikkwardah di tag dalam post beliau.Sedar2 hari ni dah expired.Biane(maaf).

Keduanya,esok bermula lah 'study week' bagi student USIM secara officialnya.Tidak ketinggalan student ijazah di universiti-universiti di Malaysia.Bismillah.



Cikkwardah pun mula exam 12 hb Jun ni.

12hb-Mechanics
19hb-Hubungan Etnik
25hb-Calculus
26hb-Organic and Physical
27hb-Wave and Vibration

Mari kita doakan kejayaan bersama.

"Bismillah.
Ya Allah,
Dengan rahmatMu,
Permudahkan dan lancarkanlah urusan kami,
Berkati seluruh usaha-usaha kami,
Berkati ilmu-ilmu yang kami pelajari.

Ya Allah,
Kekalkan kami dalam pengharapan hanya kepadaMu,
Yakinkan kami dengan janji-janjiMu,
Bismillah!

Mudah-mudahan berjaya dengan cemerlang.
Ameen."




Wednesday, May 30, 2012

Wedding Angah Apy






Assalamualaikum.
Today I'm gonna post on my cousin's wedding.Actually,dah lama wedding ni,tapi still in 2012 la.Cuma harini rasa macam nak post tentang ni.

Majlis ni berlansung kat johor.Ape ntah nama tempat tu.Cikwardah yang kat nilai ni tunggu baba pick je.Hari jumaat tu,baba,mama,angah,kak yang,abang,abang cik,adik pick me up untuk sama-sama ke Johor.Famili ciksu(ibu cousin) sampai Johor dulu dari kami.

Then,kami sekeluarga+famili ciksu bermalam di sebuah hotel bertempat di sebuah daerah Johor tu.

Pagi ahad tu,kami siap2 awal,sebab majlis nikah akan diadakan di rumah pengantin perempuan(bakal isteri angah apy).


debaran sebelum akad nikah.wehee.
Time ni cikkwardah n da geng duk sibuk snap gambar.hehe.
dari kiri:my mummy and ciksu(ibu angah apy)


Bismillah.dengan ini....

Malu-malu pengantin kita.:)


Time lepas akad,angah apy solat sunat.Obvious sgt muka
kelegaanya itu.haha

4 dara terkepit.haha.
dari kiri:kak yang,kak iela,angah n cikkwardah.

Famili besar kami:).eh3,cikkwardah x sempat duduk lagi tuu.

si comel Rayyan Rifqi b. Azman.busyuk2!

Yang buat peace tu mama Rayyan.
Bestnya kawen.hehe.

Cikkwardah doa,moga Allah memberkati ikatan perkahwinan Muhamad Firdaus b. Alimin and Kak Khairiah hingga ke syurga.Moga bahagia dan dilimpahi sakinah dan rahmah hingga ke syurga.Bukan sampai anak cucu je.Sampai syurga yang kekal abadi selamanya.Ameen<3.

Hensem x cousin saya.(tiba2 nak puji).hehe
Sekian~~~~








Tuesday, January 24, 2012

Doaku

alahai besarnye gamba=.=!

Such a good guy.
Kind to olders and others.
=)

May Allah always and forever bless you,
May your life full of happiness hereafter,
May Allah gather us together one day maybe,
We just put our effort and pray to Him,
If there's good,
InsyaAllah...

Tuesday, January 17, 2012

Permudahkan segalanya ya Allah.

Bismillah.
Ya Allah,seriously takut nak menghadapi exam Fizik esok dan lusa.

Permudahkan ya Allah.
Mohon semohon-mohonnya hanya padaMu.

Tenangkan dan lapangkan fikiranku,
Limpahkan idea yang bernas,
Lancarkan segalanya Ya Allah...

Ameeen..

deviantart.com

Saturday, January 7, 2012

Penantian dalam keyakinan.

credit to:deviantart.com
Assalamualaikum.....
:)
Untuk pengetahuan anda,exam saya belum habis.
Tapi pagi ni tiba-tiba rasa nak buat 1 entry.

Let me story to you.If you don't even like this post,better for you to leave me alone.Tafaddal(dipersilakan).

(untuk  dapatkan mood tekan button play tu)





Sebagai seorang yang bernama wanita,saya punya impian untuk memiliki sesorang untuk saya cintai sepenuh hati ini dan bersamanya bukan sahaja di dunia,malah di syurga sana.Sungguh,kerana ia fitrah setiap yang bergelar insan untuk mencintai dan dicintai.

Saya selalu membayangkan bagaimana susuk suami saya kelak.Rupanya,tingginya,rambutnya.Semua.


beginikah?

Saya akui,saya belum banyak berusaha untuk menjadi solehah seperti ramai wanita solehah di luar sana.Sungguhpun begitu,saya membina satu prinsip teguh dalam diri untuk tidak bercinta dengan mana-mana lelaki sebelum terlafaznya nikah.InsyaAllah,akan saya pelihara cinta ini hanya untuk suami.


Saya juga yakin,wanita seperti saya (tidak punya kekasih sebelum nikah) mempunyai pelbagai dugaan dan ujian.Ramai.Ya,saya tahu ramai yang seperti saya.Samada ujian itu ;berlawan dengan kehendak untuk memiliki kekasih, keadaan sekeliling yang seakan mempengaruhi.


Keyakinan itu


Maka dengan ini,saya ingin mengajak diri dan wanita-wanita solehah di luar sana,untuk kita teguhkan keyakinan ini lagi dengan seteguh-teguhnya.Yakin bahawa cinta selepas nikah itu jauh dan jauh dan jauh lebih bahagia berbanding cinta sebelum nikah.Ayuh!


“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)


Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.


Mungkin ramai juga yang berfikiran seperti saya.


"Wujudke lagi lelaki yang soleh?baik?"


Saya bagi alternatif untuk kamu.
1)Bina diri(aspek agama,akhlak)
2)Istiqamah.


InsyaAllah,bila diri kamu terbina dengan agama,Allah akan campakkan keyakinan yang tiada batasnya. Keyakinan bahawa semua penat lelahmu berusaha membina diri itu akan terbalas jua suatu hari.Jika tidak di dunia Allah beri pasangan soleh buatmu,syurga menanti.


Saya memberi nasihat dan galakan ini jauh sekali kerana saya solehah.Tidak.Masih jauh perjalanan saya menuju title itu.Saya hanya seorang wanita yang penuh dosa.Dengan kesedaran bahawa saya masih punya sahabat dan saudara yang seagama,maka saya ajak diri dan kamu semua.


Memang payah


Sincerely,it tough.Saya berkata melalui pengalaman yang tidak seberapa ini.Menghadapi sindiran kerana tidak mempunyai pasangan,keadaan sekeliling yang setiap satunya mempunyai kekasih,media massa,dan sebagainya.Tidak terkecuali peperangan emosi.


Sebagai contoh,buka sahaja laman sosial Facebook,ramai yang akan meletakkan profile picture mereka bersama kekasih,meletakkan status cinta dan rindu,meletakkan 'in relationship with'.Selain itu, berjalan di shopping mall,beribu malah berjuta pasangan yang masih belum halal ber'dating',berpegangan tangan dan sebagainya.Ia satu ujian buat saya.Daifnya saya.


Tidak kurang juga dugaan bagi seorang lelaki.Mereka mudah jatuh pada senyuman dan layanan mesra seorang wanita(Maaf,jika salah.Ia berdasarkan apa yang saya lihat disekeliling).Hanya lelaki yang kuat iman dan keyakinannya sahaja yang tidak akan mudah tewas.


Ayat yang buat sekian kalinya kamu dengar,


'Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis'

“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)


Teruskan


Teruskan berjuang
Melawan nafsu dan godaan
Mereka itu takkan sesekali jauh dari kamu
Senantiasa ada dan ada


Tiada orang yang mengaku beriman
kecuali akan ditimpakan ujian ke atasnya.




Impikan


Bayangkan.
Kamu memiliki isteri/suami yang sejuk mata memandang,
Kamu memiliki isteri/suami yang mudah dibawa bicara,
Kamu memiliki isteri/suami yang mengajak kamu mendekati Dia,
Kamu memiliki isteri/suami yang menegur kesalahan kamu dalam beragama.

Indah bukan?

“Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir” (Ar Rum : 21)


















Sunday, December 25, 2011

Exaaaaaaaaaaaaaam!

Assalamualaikum :)

Macam ape je tajuknya.hihi.

Today's entry is about our exam that is just ar0000und the corner.Rite?

CikWardah...
Nak...
Minta ampun kat semua yang mengenali diri ini...
Dan,
CikWardah nak wish you all the best!

Exam mood.


My dear Allah....




And...



Come on guys.
Berusaha sungguh-sungguh.
InsyaAllah,
The success will be yours.

Ameen.


Monday, November 28, 2011

Mampukah aku?

Assalamualaikum.
 Ini perkongsian aku dan kamu(blog).
Mungkin aku punya keluarga,sahabat untuk aku cerita semua masalah yang membelenggu aku,tapi bila difikirkan kembali,mereka juga punya masalah sendiri.Jadi,lebih baik aku luahkan semuanya di sini.Agar bisa meringankan beban itu.

 I'm the eldest.Starting my study without PTPTN either JPA.Semuanya mama dan baba yang tanggung.Kalau di tanya kenapa tak ambil PTPTN,jawapan saya mudah.Saya tak nak berhutang selagi saya belum bekerja.Ya,ada kontra dan pro nya.But it's my decision and i've to face all the upcoming problems.

 Here,i've to struggle so that after my 1st final exam dalam semester satu ni keluar,saya boleh apply JPA.Ya Allah,rasa macam tak mampu pun ada.Hmm..

Struggle..
Struggle..
Struggle..

Fikir dan fikir dan fikir dan fikir..
Saya rasa tak siapa boleh tolong saya dapatkan keyakinan itu melainkan Dia.
Ya,Dia.

Teringat lagu Hijjaz,Jalan Bahagia..

Di dalam menjalani hidup didunia
Tiada lepas dari pancaroba
Kita yang diciptakan dengan kelemahan
Perlukan petunjuk panduan Tuhan
Tiada yang kuasa melainkan Dia
Mentakdir menentukan segalanya
Supaya selamat dunia akhirat
Tekun pada amal ibadah



Aku mohon ya Allah.
Bantu aku.
Bantu aku.
Bantu aku.


credit to deviantart.com


Thursday, October 13, 2011

Dhuha itu magnet rezeki.

picture dari deviantart.com actually.then,sy edit=)
Asssalamualaikum:)
Selamat pagi:)
Dah solat dhuha pagi ni?
Jom...


 Solat sunat dhuha.Selalu kamu amalkan?:)Amalkanlah.Penjelasan solat dhuha oleh JAIS.
  
  "Solat sunat dhuha ialah solat di waktu pagi. Waktunya sesudah matahari terbit sehingga matahari di tangah-tengah langit (kira jam 12tgh). Dilakukan antara dua rakaat hingga lapan rakaat. Ada sebahagian kitab menyatakan sehingga 12 rakaat. Dari segi pembacaan di dalam solat sunat dhuha tiada wajib membaca surah-surah tertentu di dalam rakaat tersebut. Cuma kebiasaan yang dilakukan oleh para ulama iaitu pada rakaat pertama dibaca surah Fatihah dan surah Wasy-Syamsi atau surah Al-Kafirun. Manakala rakaat kedua dibaca Al-Fatihah dan surah Ad-Dhuha atau surah Al-Ikhlas."


 Mudah sahaja untuk dilakukan.Ini sedikit perkongsian yang saya google.


Luangkan waktu
Waktu pelaksanaan shalat Dhuha adalah ketika matahari mulai naik sepenggalan, kira-kira seperempat jam setelah matahari terbit hingga waktu zawal (matahari tergelincir). Dan waktu yang paling afdhal adalah ketika matahari mulai panas.

Memang, tidak mudah untuk melaksanakan shalat Dhuha. Karena waktunya bertepatan dengan jam-jam dimulainya aktivitas keseharian, orang sibuk bekerja mencari rezki pada waktu tersebut. Namun, sesempit apapun waktu kita karena aktivitas sehari-hari, jika kita luangkan waktu sejenak untuk mengerjakan shalat Dhuha, Insya Allah tidak akan mengurangi jatah rizki yang telah ditentukan untuk kita. Kalau toh meluangkan waktu pada waktu tersebut tidak memungkinkan pula, karena peraturan perusahaan yang begitu ketat dan mengikat, shalat Dhuha bisa kita kerjakan sebelum masuk jam kerja. Nah, mari awali kerja kita dengan melaksanakan shalat Dhuha.

Disadur dari : Majalah Islam Ar- Risalah Hal. 54 Edisi 96 / Vol. VIII / No.12 Jumadal Akhir - Rajab 1430 H / Juni 2009



 Sebelum ke kuliah,luangkanlah masa dalam 5 minit untuk dhuha.Waktu senggang di pejabat,ringankanlah kaki ke musolla untuk dhuha.Mungkin pada permulaan,ia susah.Tapi,kalau ia dibiasakan dan menjadi rutin harian kita,insyaAllah tak susah mana pun.Ikhlaskanlah hati.


 Solat dhuha ini pada saya,mendidik hati mengharapkan rezeki itu sepenuhnya dari Allah.Sebelum minta pertolongan dari manusia,mintalah dari Dia.Dia yang membukakan pintu rezeki kita semua.Ya,Dialah.


 Dalam sujud yang terakhir pula,boleh dibaca doa ini.Seberapa yang mampu.


Maksudnya:Kurniakanlah kepadaku ilmu dan hikmah Wahai Tuhan Yang Maha Pemberi dan kurniakanlah rezeki padaku Ya Tuhan Yang Memberi Rezeki Dengan Senang.

Kemudian,bacalah doa ini.

Maksudnya:Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,

jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.


  Sekarang saya pun sedang mengulang-ulang dengar lagu UNIC ni.Untuk permudahkan mengingat doanya.Mari.


 InsyaAllah.Mudah-mudahan membantu.Mohonlah dengan yakin dan seyakinnya.Rezeki itu milik Allah.Kita hanya meminjam.Pohonlah agar rezekimu itu jauh dari perkara haram.Biar sedikit rezekimu,asalkan ia bersih dalam redhaNya.amin.

Wassalam.

Saturday, March 19, 2011

Birthday note



Sanah helwah Cik Wardah
(A wish for myself)

Ya Allah
Moga dengan bertambah usiaku
Bertambah jua amal ibadahku
Bertambah jua ketaatanku padaMu
Bertambah jua usahaku mendekatiMu
Bertambah jua cintaku padaMu....

Ya Allah
Sungguh aku tidak layak meminta yang berlebihan
Tapi aku mohon ya Allah
Bantulah aku menjadi yang solehah
Pada TuhanNya
Pada ibu dan ayahnya
Pada sahabatnya
Pada masyarakat
Pada suaminya kelak
Pada generasinya kelak...

Bantulah aku ya Allah..Hasbunallah wa nikmal wakil..

~TIADA TUHAN SELAINMU YA ALLAH!~



Sunday, March 13, 2011

Mohon doa dari kalian...

  Assalamualaikum
Just a simple note
Ana mohon doa dari kalian
(andai sudi mendoakan ana),^_^
Untuk exam final 11 hb April nanti
Doakan agar semua dipermudahkan
Doakan moga kejayaan menyusuri usaha 
Amin..

Hanya padaNya ku serahkan segala urusan....

Tuesday, February 15, 2011

Sanah helwa angah!

   Salam alaikum..Ana doakan semuanya sihat walafiat di hari ini.ami..moga dengan kesihatan yang baik,Allah izinkan kita untuk lebih banyak melakukan amal ibadah untuk lebih dekat denganNya.amin...

   Hari ni hari.......
Selamat hari lahir adekku!
    Hari ni hari lahir dia..
Dia itu adek saya lah..
Nurul Naqqiah namanya..
This year dia amek SPM..
=)
s0me du'a for u my dear....

Selamat menyambut hari kelahiran yang ke 17 my dear..
Kak y0ng tak mampu nak bagi present2 yg mahal2..
Sebab kak y0ng belum kerja..(hehe,alasan actually)
Hanya bingkisan doa pada yang Esa yang mampu kak yong sampaikan..
Sebab Dia yang mengatur hidup kita semua..

Aku selaku kakakmu sentiasa mendoakan yang terbaik buatmu
Meskipun dulu,kaulah manusia yang selalu bergaduh denganku..
Tapi
itu normallah kan?=)

Aku mohon padaNya agar setiap apa yang kau lakukan sentiasa dalam redhaNya..
Aku mohon padaNya agar kau selalu dalam jagaanNya..
Aku mohon padaNya agar imanmu jua sentiasa dalam jagaanNya..
Aku mohon padaNya agar kelak kau berjaya di dunia dan di akhirat..
Agar kau menjadi anak yang soleh buat mama dan baba..
Agar kau menjadi wanita yang solehah dambaan setiap mujahid..
Agar kau menjadi hambaNya yang dikasihi..
Dan akhirnya...
Moga Kau berjaya mendiami syurgaNya!
amin..amin..amin..

ada orang kata,kami kembar..hehe..ni bukan pic sebenar ya!=)
we're sisters till jannah!ameen..


  That's all for today..lastly my dua for her..Bittaufiq maann najah fil SPM nanti ya..Fighting!
Wallahua'lam..wassalam...

Tuesday, December 28, 2010

Duhai muslimah sekalian,mari aminkan doa ini...

  Salam..mari sama2 doa dan aminkan doa ini..ana jumpa di Halaqah.online..

Bismillah......
Doa Para Akhwat Yg Sangat Merindukan Sang Pendamping... 
dari :http://pernikahan.dudung.net

Untuk Para Akhwat....
mari kita Aminkan Doa ini.......
Untuk Para Ikhwan....
Dengarlah Doa Para Akhwat yang sangat merindukan datangnya seorang pendamping....

"Peringatan Rasulullah: "Bukan termasuk golonganku orang-orang yang merasa khawatir akan terkungkung hidupnya karena menikah kemudian ia tidak menikah." (HR. Thabrani). "

Apa yang menghimpit saudara kita sehingga MEREKA SANGGUP MENETESKAN AIR MATA. Awalnya adalah KARENA MEREKA MENUNDA APA YANG HARUS DISEGERAKAN, MEMPERSULIT APA YANG SEHARUSNYA DIMUDAHKAN. Padahal Rasululloh berpesan: "Wahai Ali, ada TIGA PERKARA JANGAN DITUNDA-TUNDA, apabila SHOLAT TELAH TIBA WAKTUNYA, JENAZAH APABILA TELAH SIAP PENGUBURANNYA, dan PEREMPUAN APABILA TELAH DATANG LAKI-LAKI YANG SEPADAN MEMINANGNYA." (HR Ahmad) "

-- M. Fauzil Adhim
****************************

A Prayer

Tuhanku...
Aku berdo'a untuk seorang pria yang akan menjadi bagian dari hidupku
Seseorang yang sungguh mencintaiMu lebih dari segala sesuatu
Seorang pria yang akan meletakkanku pada posisi kedua di hatinya setelah Engkau
Seorang pria yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untukMu

Wajah tampan dan daya tarik fisik tidaklah penting
Yang penting adalah sebuah hati yang sungguh mencintai dan dekat dengan Engkau
dan berusaha menjadikan sifat-sifatMu ada pada dirinya
Dan ia haruslah mengetahui bagi siapa dan untuk apa ia hidup sehingga hidupnya tidaklah sia-sia

Seseorang yang memiliki hati yang bijak tidak hanya otak yang cerdas
Seorang pria yang tidak hanya mencintaiku tapi juga menghormatiku
Seorang pria yang tidak hanya memujaku tetapi juga dapat menasihatiku ketika aku berbuat salah
Seseorang yang mencintaiku bukan karena kecantikanku tapi karena hatiku
Seorang pria yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam setiap waktu dan situasi
Seseorang yang dapat membuatku merasa sebagai seorang wanita ketika aku di sisinya

Tuhanku...
Aku tidak meminta seseorang yang sempurna namun aku meminta seseorang yang tidak sempurna,
sehingga aku dapat membuatnya sempurna di mataMu
Seorang pria yang membutuhkan dukunganku sebagai peneguhnya
Seorang pria yang membutuhkan doaku untuk kehidupannya
Seseorang yang membutuhkan senyumku untuk mengatasi kesedihannya
Seseorang yang membutuhkan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna

Tuhanku...
Aku juga meminta,
Buatlah aku menjadi wanita yang dapat membuatnya bangga
Berikan aku hati yang sungguh mencintaiMu sehingga aku dapat mencintainya dengan sekedar cintaku
Berikanlah sifat yang lembut sehingga kecantikanku datang dariMu
Berikanlah aku tangan sehingga aku selalu mampu berdoa untuknya
Berikanlah aku penglihatan sehingga aku dapat melihat banyak hal baik dan bukan hal buruk dalam dirinya
Berikanlah aku lisan yang penuh dengan kata-kata bijaksana,
mampu memberikan semangat serta mendukungnya setiap saat dan tersenyum untuk dirinya setiap pagi

Dan bilamana akhirnya kami akan bertemu, aku berharap kami berdua dapat mengatakan:
"Betapa Maha Besarnya Engkau karena telah memberikan kepadaku pasangan yang dapat
membuat hidupku menjadi sempurna."

Aku mengetahui bahwa Engkau ingin kami bertemu pada waktu yang tepat
Dan Engkau akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang telah Engkau tentukan
Amin....
cantik kan?

SEKIAN..