Showing posts with label famili. Show all posts
Showing posts with label famili. Show all posts

Tuesday, November 27, 2012

Holiday yang ditunggu-tunggu!

Assalamualaikum.

The best ever holiday kot.

 On 13 Nov ago,cikwardah balik umah.Sebab mama cakap,we'll balik kampung!!!


Ya Allah,bayangkanlah, almost 2 years tak balik kampung. Rindunya!

Seperti biasa,once cikwardah sampai Stesen KTM Tapah, baba atau mama akan datang ambil. Alhamdulillah around 3 petang sampailah daku di rumah.

Malam tu, kitorang semua siap2 packing barang untuk dibawa. Dalam pukul 9 lebih tu time makan,baba buat announcement..

"Esok lepas subuh kita bertolak"

Wow! Awalnya. Tapi tak pa baba, demi nak balik kampung punya pasal, kami sanggup.Haha *kesiannya kitorang*

Keesokan paginya, disebabkan beberapa masalah teknikal kat kedai frozen, rancangan untuk bertolak awal dibatalkan. Akhirnya kitorang bertolak dalam pukul 11. Haha. Plan bukan main awai lagi weh~


Seperti yang dijangkakan, baba akan bawak kitorang jalan2 bukan sahaja ke kelantan (kampung belah mama), malahan baba sekali lagi membuat pengumuman di dalam kereta,


"Ok, baba dah bincang dengan mama. Susun punya susun jadual balik kampung, kita akan ke KELANTAN>>>TERENGGANU>>PAHANG>>hantar kak yong(cikwardah) balik USIM.

Wohho!
Cuti-cuti Malaysia lah nampaknye.Hehe

Firstly, kitorang bermalam kat Hotel E'mage kat Tanah Merah. Boleh tahan jugaklah harga untuk 1 bilik for 1 day. Cikwardah x sempat nak snap gambar bilik tu. Sebabnya sampai2 tu,memang ngantuk tahap ape dah. 

  
Baba and Mama



 Keesokan paginya, kitorang breakfast kat Restoran Mama klu x silap. Dekat je ngan Pasar Tanah Merah tu. Kitorang bukan ape, nak cuci mata je. Rambang mata tengok blousesss n tudungsss. Mereka pula sibuk bergambar.


Seperti biasa, beras siam wajib dibawa pulang.

Afiq nama budak ni.



Kitorang ada jugak singgah rumah saudara-mara kat sana. Tapi x dapat la nak snap gambar diorang banyak2.Ni je yang ade..

Baba dah lama x dukung baby. He is holding the cucu saudara. Eh, Baba dah ada cucu!

Adek dipaksa.Haha
Then,kitorang meneruskan perjalanan ke Terengganu. Best yang tersangat-sangat! 


I DO REALLY LOVE THE BEACH.
#That'strue

Kat Terengganu pulak, kitorang stay a night kat Homestay kawan lama Baba. What a suprise, diorang almost 25 years tak jumpa after grad kat UM.

Selesa homestaynya. Yang special about this homestay, dia kat rooftop. Wow! Dah bayang cheghite koghea "Rooftop Prince" tew. Hewhew

The blue shirt tu owner homestay tu. Diorang borak lama. Malam tu jugak, pak cik tu belanja. Thanks!

Oh asiknya! Malam tu 1st time cikwardah try minum Milo Tabur. Berserabut mulut. Huahua

In Memories. Sungguh,mereka sangat memuliakan tetamu.



Kami pulak sibok bersnapping gambar dalm rumah pak cik ni.Hehe




 
View dari sliding door homestay kat rooftop.

Dari luar macam buruk je. Eh, at least ada aircond ok~

Mama is my model.

Time ni kitorang dah kemas untuk bertolak ke Pahang.

 Before ke Pahang, Baba bawak kami ke pantai. Kesian Naqiuddin (bongsu), dia nak sangat mandi. Tapi dah dekat dengan musim tengkujuh an, tak bolehla mandi pantai. Haa. Plus, cikkwardah pun nak mandi jugak.Tapi tak kesampaian.Waaa.
 

Jadi, snap gambar je lah.

Such a beautiful scenery!


Beria-ria berlari-lari anak-keanakan.

 

mama tak turun.duk dalam kereta je.



Pandai burung ni bergambar.

 Sampai kat Pahang, kami jumpa adek mama @ pakcik kitorang. Anak dia tersangatlah chomel. 

Mama dukung Isa.

Ni Ali! Abang kepada Isa

Another cousin. Yang baju hitam lengan stripe tu ayah dia kata muka sama dengan mama time kecik. So sweet!

Baba sedang menghibur Ali. Budak ni sangatlah aktif.

 Adui.
Penat loh.

Sebenarnya banyak lagi gambar dalam file holiday ni. Tapi takkan nak upload semua an?

Cukuplah cikkwardah nak cerita. Overall, holiday ni sangat best. 

"Thanks Allah. :') Sebab izinkan kami sekeluarga berkumpul dalam kasih-sayangMu. Sungguh aku memohon, Kau berkati kami sekeluarga, Jauhkan kami dari siksa api nerakaMu, Pelihara kami dari segala mara bahaya. Kukuhkan ikatan kasih-sayang ini. Kumpulkan kami di dalam syurgaMu yang abadi. Ameen ya Allah!"

Lots of love, 
CikkWardah.

Wednesday, September 26, 2012

Cheritera Lama.

Assalamualaikum.
Wah3. Lamanya tak menulis an.
-tak de masa lah!
Pandailah kamu.Masa tu ada ja.Kita yang tak berapa nak bijak membahagikannya.
Dahtu ape alasannya?
M
.
.
.
A
.
.

L
.
.
A
.
.
.

I've nothing to share memalam buta ini.Selain daripada beberapa keping photo untuk tatapan umum.huahua.
Ready to serve~
Aidilfitri 2012

Fizik Gunaan USIM 2012/2013

Time jadi 'sweet girls'.Eh,bukan sebab kami manis,tapi sebab  jadi tukang beri gula2 kat audience.


Lokasi:Waterfall USIM.

Sekian saja.
:)
Lots of hugs,
Cikwardah.


Saturday, December 3, 2011

I miss u

A post tanda saya rindukan beliau<3.
Ibu saya,Pn Zulaikha Abd Kadir.



I miss ur smile,
I miss ur laugh,
I miss ur hug,
I miss ur words full of advices,
I miss the way u are.

Mama,rindu!
miss u 100000000000000000000000x.

Mom,u did a lot to me,
How can i forget them?


Sunday, November 27, 2011

UKM dan Bufday mama.

Salam all.

 Yesterday i went to UKM.First time ok.Never been there before.After completing our shoot for english assignment at Nilai 3,me and my three other friends singgah kat UKM.The purpose i went there is to pick up the physics book.Actually,my dear friend En Tarmizi Ismail willing to help me to borrow the book.Thanks ya!
 Once i reached there,my friend(Ieza) and me asked the security guard the way to Perpustakaan Tun Sri Lanang.Yea,it's the first time been there.Then,we park the car in front of the library.Waiting and waiting till Kak Azemah came.Bak kata En Tarmizi,dia hero time tu.Ye la,basah kena hujan time nak bagi buku pada Kak Azemah untuk diserahkan pada saya.Thanks again En Tarmizi.:) And alhamdulillah,telekung berjaya sampai ke tangannya.Nice katanya:)alhamdulillah again...

And today,is my beloved mom's birthday!!!
Selamat hari lahir mama!
*Muah2*


But I'm not home to celebrate this day.
It's ok lah.
Pagi tadi lepas solat subuh i called my mum.
Ceria suara mama hari ni,alhamdulillah.
Moga selamanya mama ceria.Amin..

Mom,
There's no word in this world can describe the love you give to me,
No such word.

Since i was born,
You give me two presents,
A happy tears and a kiss.

You're my teacher,
You're my teddy bear,
You're my chef,
You're my designer,
You're my bestfriend..

You're everything to me, mom.

Selamanya aku berharap kamu bahagia.Ameen..


Mom,
You did a lot to me.
*tears come out*

That's all.
Wassalam..

Friday, November 18, 2011

Diari USIM dan aku

Assalamualaikum semua:)
For a long time tak update blog.
Petang jumaat yang mulia ni Allah izinkan tangan ini menari di atas keyboard.

THANK ALLAH!
ALHAMDULILLAH!

And surely banyak yang berlaku sepanjang blog ini tidak di update.
Post kali ini mungkin panjang disebabkan saya tiba-tiba semangat nak story mory kat blog terchinta nieh!

Firstly..
Cuti mid sem as wel as cuti sempena hari raya aidiladha:)

Seperti biasa,saya akan ke kedai setiap hari sebelum hari raya haji.For all to know,kedai Ayaman Frozen Foods tu hanya akan cuti 2 kali dalam setahun.HAAA???
Ya,percayalah.Iaitu pada setiap hari pertama hari raya.Aidilfitri dan Aidiladha.
Sincerely,from deep in my heart,memang sangat penat kerja.Even ada pekerja asing yang membantu,kita sebagai tuan kedai berganda-ganda letih daripada dia.Sebabnya,kita banyak memikir berbanding dia.Ok,cukuplah.haha.

Other than helping my mother at groceries,on 12nd and 13rd of nov,my father brought my whole family to family day of Sekolah Menengah Raja Muda Musa at Teluk Senangin.Overall,memang sangat best.Firstly,sebab untuk kesekian kalinya saya ke sana dengan memakai pashmina.OMG!Nak kata selesa tu rasanya tidaklah(in my opinion,sbb mmg x biasa pkai shawl,pashmina,etc).Keterujaan itu amatlah terserlah.Haisshhh..InsyaAllah itu yang pertama dan yang terakhir.I felt like "pergi ke mana,orang memandang".Ya,pastikan anda faham maksud saya.=.="



...Secondly,I learnt something new for me that is from my sister,Kak Yang on how to be floating on water.It's FUN.Really i tell you.:)

 Lend me ur eye please:)
dengan mama

scenery time awal pagi.awan hitam,tandanya nak hujan:)

hero2 ni sangat suka ke pantai:)


Secondly...
No more blackberry with me:(
Bye2..
kepada
.
.
.
.



Haa..Ni sikit sedih ceritanya.A month bersamanya ke mana saja saya pergi.Tup-tup dia tiada lagi bersama saya sekarang..Disebabkan keperluan saya untuk punya dua sim kad,saya perlu mencari alternatif lain.Jadinya,Nokia X1 berjaya dibeli bagi menggantikan Blackberry Curve 9300.Tiada bluetooth,tiada kamera.HAA??Ya,Ini adalah disebabkan kewangan yang tak berapa nak stabil sekarang.haha.

"Tidak mengapa sayang,belajarlah hidup bersederhana.Bukankah itu lebih mulia di mataNya?"
-monolog diri-

Thirdly...

Menaiki bas ke Teluk Intan bersama si kecik.haha.Si kecik yang saya maksudkan adalah adik bongsu,as we call him as adek.
gambar time hari raya:)haha


Tujuan ke Teluk Intan adalah untuk mendaftarkan akaun adik2,berurusan dengan Bank Islam dan Agro Bank,membeli hadiah birthday untuk rayyan(my kakak saudara punya anak),dan membeli broadband celcom pakej rm 50 sebulan.This is my first time went to bank dan mneguruskan semuanya by myself.Alhamdulillah,selamat sampai.Adek said on our way to Agro Bank beside photoshop at Teluk Intan, "Kak Yong,bestla dapat jalan kaki macam ni.Seronok" katanya dengan muka bercahaya.
.
.
.
.
10 minute later,he said, "Kak Yong,jauh lagi ke?adek rasa macam dah jalan 60 kilometer."..HAHA.Serius lawak budak kecik nieh!

Forthly..

Pada malam Khamis yang lalu,saya berkesempatan menghadiri Program Bedah Novel di DKP 4,USIM.KAli ini,Bedah Novel menampilkan Kak Fatimah Syarha Mohd Nordin,dalam memperkenalkan novel terbarunya Sebarkan CintaMu.MasyaAllah,terasa diri ini kerdil berbanding dia.Ilmunya tinggi,peribadinya wajar dicontohi.AllahuAkbar.Syukur sangat sebab dapat mendengar kata-kata peransang darinya secara lansung.Alhamdulillah ya Allah.



Kata-kata Kak Ha yang terngiang-ngiang di telinga saya hingga saat ini:

"Cinta kamu pada seseorang akan hilang dan pudar bersama apa yang tidak kekal yang kamu harapkan darinya".

Fahaman saya,jika kita cintakan seseorang kerana rupa,harta,darjat,populariti yakni yang tidak kekal,maka ia akan pudar.Tapi,jika kerana Allah yakni yang kekal,cinta itu adalah selamanya.MasyaAllah!

Ok..Azan asar pun sudah berkumandang..So,jom solat!


Sabda Nabi SAW,

سيل النبي صلى الله عليه وسلم أي الأعمال أفضل , قال الصلاة لأول وقتها (رواه الترمذي)
Ertinya: " Ditanya Nabi SAW , apakah amalan yang terbaik, maka jawab Nabi : Solat di awal waktu" ( Riwayat At-Tirmidzi dan Abu Daud, Albani : Sohih




Sekian,wassalam:)

Tuesday, February 15, 2011

Sanah helwa angah!

   Salam alaikum..Ana doakan semuanya sihat walafiat di hari ini.ami..moga dengan kesihatan yang baik,Allah izinkan kita untuk lebih banyak melakukan amal ibadah untuk lebih dekat denganNya.amin...

   Hari ni hari.......
Selamat hari lahir adekku!
    Hari ni hari lahir dia..
Dia itu adek saya lah..
Nurul Naqqiah namanya..
This year dia amek SPM..
=)
s0me du'a for u my dear....

Selamat menyambut hari kelahiran yang ke 17 my dear..
Kak y0ng tak mampu nak bagi present2 yg mahal2..
Sebab kak y0ng belum kerja..(hehe,alasan actually)
Hanya bingkisan doa pada yang Esa yang mampu kak yong sampaikan..
Sebab Dia yang mengatur hidup kita semua..

Aku selaku kakakmu sentiasa mendoakan yang terbaik buatmu
Meskipun dulu,kaulah manusia yang selalu bergaduh denganku..
Tapi
itu normallah kan?=)

Aku mohon padaNya agar setiap apa yang kau lakukan sentiasa dalam redhaNya..
Aku mohon padaNya agar kau selalu dalam jagaanNya..
Aku mohon padaNya agar imanmu jua sentiasa dalam jagaanNya..
Aku mohon padaNya agar kelak kau berjaya di dunia dan di akhirat..
Agar kau menjadi anak yang soleh buat mama dan baba..
Agar kau menjadi wanita yang solehah dambaan setiap mujahid..
Agar kau menjadi hambaNya yang dikasihi..
Dan akhirnya...
Moga Kau berjaya mendiami syurgaNya!
amin..amin..amin..

ada orang kata,kami kembar..hehe..ni bukan pic sebenar ya!=)
we're sisters till jannah!ameen..


  That's all for today..lastly my dua for her..Bittaufiq maann najah fil SPM nanti ya..Fighting!
Wallahua'lam..wassalam...