Thursday, January 20, 2011

Aku pendosa itu

   Asssalamualaikum..moga kita semua dalam lingkungan rahmat dan kasih sayangNya..amin ya Rabb..Rasa terpanggil pula untuk menulis post pagi-pagi  nie^_^...

--MARI BERSAMA KITA HAYATI LAGU DI BAWAH BERSAMA LIRIKNYA-- 


Wahai Tuhan yang Maha Pemurah
Terangilahku dengan Nur Iman-Mu
Hanya Engkau tempat aku berserah
Mohon maghfirah di dalam syahdu

Wahai Tuhan yang Maha Pengasih
Ampunilah segala dosaku
Laksana buih di laut memutih
Hanyut ditelan gelombang nafsu

Hari-hari yang telah aku lalui
Ingin kutinggalkan terus bersemadi

Ingin aku kembali kepada fitrah insani
Tak sanggupku jelajahi rimba duniawi
Bebaskanlah diriku dari dibelenggu
Dosa noda nafsu durjana

Terimalah taubatku Ya Allah
Pimpinlah daku ke jalan redha-Mu
Moga sinar-Mu terangi hidupku
Di dalam kegelapan

Akukan kembali pada-Mu Rabbi
Mengadap-Mu Ya Rabbul Izzati
Segala ketentuanku pasrahkan
Di hujung penghayatan

aku berdosa ya Allah..............


Merasakan diri dipenuhi dosa

 Mari kita tanya hati kita yang paling dalam...apa dosa terakhir yang sudah kita lakukan?pasti tak terkira saya rasa.Terlalu banyak kecurangan kita pada cinta Dia.Sedang kita bermaksiat,Allah tetap memberi nikmat pada kita.Sebagai contoh..Sedang asyik kita mengata orang lain,kita tak sedar mulut yang digunakan untuk mengata itu adalah dari Allah..Sedang kita berjalan ke tempat maksiat,kita tidak sedar kaki yang digunakan itu adalah dari Allah.Apa semua itu tidak dinamakan curang?Kita sebagai hamba Dia yang diberi cinta tidak menggunakan cinta itu dengan sebaiknya,malah membalas cinta itu dengan satu kecurangan dan pengkhianatan!
   Sedikit perkongsian saya ambil dari akh Hilal Asyraf.

"Rasa berdosa adalah satu perasaan yang positif. Itu tandanya, jiwa kita masih hidup, hati kita masih peka. Mempunyai perasaan bahawa diri ini berdosa apabila melakukan kesalahan, adalah kunci utama untuk bergerak ke arah kebaikan. Menjadi satu masalah apabila kita kehilangan rasa berdosa apabila melakukan kesalahan, kerana pastinya ketiadaan rasa berdosa itu adalah kerana kita memandang kesalahan kita satu perkara yang normal.
Namun, terdapat beberapa orang yang silap dalam memandang rasa berdosa ini.
Kesilapan mereka, membuatkan rasa berdosa memberikan impak negatif di dalam kehidupan mereka.
Mereka rasa berdosa, sehingga mereka tidak lagi bergerak ke arah kebaikan. Kerana mereka merasakan bahawa mereka kotor, dan tidak lagi boleh disucikan.
Ini adalah rasa berdosa yang silap, dan tidak sepatutnya."


Yang sepatutnya adalah..

Perkara yang sepatutnya dilakukan oleh manusia yang telah merasakan dirinya berdosa adalah melakukan peningkatan diri untuk menjauhi dari melakukan  dosa-dosa itu.Rasa dosa yang sepatutnya adalah yang membawa kepada peningkatan diri.
   Maka dengan itu,perlunya kepada kita untuk selalu memuhasabah diri.Sudah pasti bila kita melakukan muhasabah,diri dirasakan penuh dengan dosa-dosa.Kemudian,melakukan usaha ke atas dosa itu.Sebagai manusia,kita tidak dapat lari dari melakukan dosa.
  Taubat.Ya,bertaubatlah selagi ada waktu.Bertaubatlah selagi ada nyawa ditubuhmu.Bertaubatlah selagi Allah masih belum menamatkan riwayatmu..Masih belum terlambat untuk semua itu.Masih belum terlambat untuk berubah!

Jangan sesekali berputus harap pada Dia

   Tidak dinafikan,setiap usaha dan jalan kita ke arah kebaikan pasti bukan sesuatu yang mudah.Allah pasti akan uji ketahanan dan kekuatan kita.SEBAB APA?Disini ana dapat simpulkan,Allah akan uji kita bilamana kita ingin jadi lebih baik adalah sebab Allah mahu hasilkan hambaNya yang betul-betul beriman.betul-betul taat padaNya.Ana bagi contoh,kalau antum inginkan seorang pekerja yang penyabar,pasti nak bukti kan?Antum akan uji pekerja itu dengan ujian yang dapat memberi bukti sama ada dia seorang yang sabar atau tidak.kan?Begitu juga Allah.Sememangnya Allah itu Maha Tahu,tapi ingin di uji juga seseorang hamba itu...
  Kepada yang ingin berubah,bulatkan azam antum.Nekad sungguh-sungguh.Tanamkan dalam hati,yakinkan hati yang ALLAH ITU MAHA TAHU.Allah tahu antum ingin berubah,Allah tahu banyak mana antum sudah berusaha untuk merubah diri menjadi yang lebih baik.Jadi,tiada lagi usaha untuk beputus asa dengan Allah.Tiada lagi asbab untuk mengalah dan berundur dari terus berubah!

“Allah telah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, (bahwa) untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.” Surah Al-Maidah ayat 9.

dan..

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” Surah Al-Baqarah ayat 218.


Ia peringatan dan motivasi bersama

  Untuk pengetahuan antum,ana menulis adalah nasihat buat diri sendiri terutamanya...mudah-mudahan,dengan ana mengingat diri,peringatan ini juga mengingatkan semua yang membaca.Ana juga manusia,ana juga hamba Dia,ana juga manusia berdosa,dan ana juga mahu berubah agar jauh dari melakukan dosa.
   Akhir kalam,mari kita baca doa..moga Allah ampunkan dosa-dosa kita semua.amin.amin.amin..

selamat meningkatkan diri ke arha kebaikan..




Wardah
Langkap,Perak
-M0ga Allah redha-








 


















1 comment: