Friday, December 24, 2010

Aku Redha Ya Allah...

 ~Bismillahirrahmanirrahim~
 moga penulisanku ini dijauhkan dari sifat riak dan takabbur..dijauhkan juga dari fitnah.amin.

UJIAN ALLAH TERSELIT HIKMAH

^_^

  
   Suatu yang menipu jika ada manusia yang tidak pernah ditimpa kesusahan.Manusia yang paling mulia kekasih Allah itupun hidupnya dipenuhi dengan ujian dan kesusahan.Inikan kita hamba Dia yang belum tentu tempatnya di akhirat sana.

 Berkata tentang ujian.Apa yang kita buat bila diuji?

Lepaskan geram?

Jerit?

Menangis?

Beristighfar?

Mana satu kita?Muhasabah diri.Mudah-mudahan kita di antara yang beristighfar di saat ujian Allah menimpa diri.Allah itu tidak pernah menurunkan ujian buat hambaNya tanpa sebab.tanpa hikmah.Ana menulis post kali ini adalah untuk berkongsi kesedihan atas ujian yang menimpa diri dan mengajak diri sendiri dan kalian semua muhasabah diri.

Lepas ana fikirkan apa yang terjadi,ana dapat satu penyelesaian yang boleh me'release'kan tekanan kita saat diuji.REDHA.ya.redha adalah penyelesaiannya.Ana jumpa artikel ni di Redha dengan Qada'

Redha Dengan Qada' 


Redha dengan qada' iaitu merasa menerima ketentuan nasib yang telah ditentukan Allah s.w.t baik berupa nikmat mahupun berupa musibah ( malapetaka ). Didalam hadis diungkapkan bahawa di antara orang yang pertama memasuki syurga ialah mereka yang suka memuji Allah s.w.t. . iaitu mereka memuji Allah ( bertahmid ) baik dalam keadaan yang susah mahupun di dalam keadaan senang.


Diberitakan Rasulullah s.a.w. apabila memperolehi kegembiraan Baginda berkata :
" Segala puji bagi Allah yang dengan nikmatnya menjadi sempurnalah kebaikan ".

Dan apabila kedatangan perkara yang tidak menyenangkan , Baginda mengucapkan :
" Segala puji bagi Allah atas segala perkara ".

Perintah redha menerima ketentuan nasib daripada Allah s.w.t. dijelaskan didalam hadis Baginda yang lain yang bermaksud :

" Dan jika sesuatu kesusahan mengenaimu janganlah engkau berkata : jika aku telah berbuat begini dan begitu, begini dan begitulah jadinya. Melainkan hendakalah kamu katakan : Allah telah mentaqdirkan dan apa yang ia suka , ia perbuat ! " Kerana sesungguhnya perkataan : andaikata... itu memberi peluang pada syaitan " . (Riwayat Muslim)

Sikap redha dengan mengucapkan puji dan syukur kepada Allah s.w.t. Ketika mendapat kesenangan atau sesuatu yang tidak menyenangkan bersandar kepada dua pengertian :


Pertama : Bertitik tolak dari pengertian bahawa sesungguhnya Allah s.w.t. memastikan terjadinya hal itu sebagai yang layak bagi Dirinya kerana bagi Dialah sebaik-baik Pencipta. Dialah Yang Maha Bijaksana atas segala sesuatu.


Kedua : Bersandar kepada pengertian bahawa ketentuan dan pilihan Allah s.w.t. itulah yang paling baik , dibandingkan dengan pilihan dan kehendak peribadi yang berkaitan dengan diri sendiri.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
" Demi Allah yang jiwaku ditangannya !Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin . Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya , dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya ".
( Riwayat Muslim )



BETUL TAK?

Bila redha sudah tertanam


Bila sifat redha telah disemai,akan terbit dalam hati untuk bersangka baik dengan Allah.Saat itu,baru kita nampak segala kebaikan dari ujian Allah itu."Oh,baru aku tau..Allah dah aturkan yang terbaik untuk aku.Allah jadikan kereta aku rosak tiba2,untuk elakkan aku accident tadi rupanya.Sebab jalan ke karnival tadi ada kemalangan kereta dengan lori."..Hmm..

Marilah diri dan sahabat sekalian.Didik hati kita meredhakan semua yang terjadi.Semua itu kerja Allah.Tuhan kita.Dia yang menghidupkan kita.Dia Maha Tahu baik buruk kita.Pantaskah kita merungut dengan apa yang terjadi.Layakkah kita menunjukkan ketidakpuasan hati ini padaNya? Siapa kita disisiNya?Hanya HAMBA! SELAMANYA HAMBA PADA DIA.....

Carilah redha itu...


 Bak kata maher zain dalam lagunya yang mengajak kita kembali pada Allah...
So when the time gets hard
There’s no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in all in our heart
So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…
Allahu Akbar…

  ALLAHUAKBAR!
Moga Allah terus kuatkan kita menghadapi ujian didunia ini.Yakinlah, ianya hanya sementara jika dibandingkan dengan nikmat dan ganjaran di akhirat yang tiada berkesudahan.



No comments:

Post a Comment