Thursday, December 16, 2010

Ayat-ayat Cinta~

 Salam alaikum semua.10 Muharram hari ni..Puasa?InsyaAllah..Ana nak kongsi pengisian dari blog yang ana baru singgah sebentar tadi.hehe..slamat membaca dan mengambil intipatinya...^_^

cinta?^_^

Dalam perjalanan sedang bermujahadah dalam mencari CINTA, tiba-tiba kita juga diusik oleh cinta. Ya, cinta-cinta kecil yang jika terlalu dilayani akan membawa kepada kelalaian dan keasyikan.
Dalam perjalanan sedang bermujahadah dalam mencari CINTA, tiba-tiba kita juga diusik oleh cinta. Ya, cinta-cinta kecil yang jika terlalu dilayani akan membawa kepada kelalaian dan keasyikan.


Apakah salah perasaan halus itu? Perasaan hubb itu? Jika salah, masakan Allah mengurniakannya pada hamba-hamba-Nya? Maka sudah semestinya ada jalan yang Allah aturkan untuk mengawal perasaan yang begitu tulus suci itu~



Moga ayat-ayat Cinta dari-Nya akan membuatkan hatiku menjadi kembali tenang setelah semua ini berlaku....

                                              Desir pasir di padang tandus

segersang pemikiran hati
terkisah ku di antara cinta yang rumit

Ya, hati aku ibarat padang pasir yang tandus. Punya hati yang sungguh gersang dari cinta-Nya. Cukup untuk aku merasa begitu jauh dengan diri-Nya. Dia lah pemberi cinta, maka mengapa aku lebih mencintai hamba-Nya dahulu? Mengapa baru kini aku sedari akan semua kekhilafan diri? Mencintai manusia. Hanya perit yang aku dapat bukan kebahagiaan. Aku tidak mampu membezakan antara dua cinta yang harus aku utamakan.

Sewaktu aku jatuh, aku meminjam semangat darimu. Benar, semangatku kembali pulih apabila mengagumimu. Hatiku kembali terisi dengan iman saat mendengar kuliah-kuliah darimu. Tazkirah-tazkirah darimu ku ingat sentiasa dalam kotak memoriku. Satu pengakuan. Aku mengagumimu. Tidak berani aku nyatakan itu cinta kerana aku tidak mampu lagi untuk memberikan apa takrif pun tentang perasaan aku kepadamu.

maafkan bila ku tak sempurna
cinta ini tak mungkin ku cegah
ayat-ayat cinta bercerita
cintaku padamu


Aku hanya mampu mengagumimu dari jauh. Setiap kuliah yang engkau berikan aku akan mendengar dengan teliti satu per satu. Ada perubahan di sebalik perasaanku ini. Namun, ku tegaskan bahawa niatku untuk berubah hanyalah kerana Allah. Bukan kerana sesiapa. Bukan juga kerana kamu. Kau pemuda soleh dikagumi ramai. Ramai yang menyanjungimu. Terkenal dengan kewarakan dan ketinggian ilmumu. Aku tidak layak untukmu. Engkau pemuda soleh. Agamamu menarik perhatianku. Cara engkau beramal dengannya, cara kau menjaga ikhtilatmu. Sungguh, sukar untuku ku temui lagi peribadi yang mirip denganmu.
kau pemuda soleh..subhanaAllah!


Sedangkan aku....

solehahku belum pasti.hanya Dia yang Maha tahu....

Aku sedang dalam perubahan. Setiap ayat-ayat cinta-Nya benar-benar terkesan oleh diriku. Kini, aku lebih banyak mengisi waktu bersama-Nya. Tapi, aku tidak berani untuk menyatakan ayat-ayat cintaku kepada kamu pemuda soleh.



Kerana,


Ini bukan lagi masanya
Kita masih terlalu banyak tanggungjawab yang menanti
Aku masih belum bersedia dan aku tahu engkau juga.

Aku percaya pada janji Allah,

lelaki yang soleh untuk wanita yang soleh...

Aku kini bermujahadah untuk menjadi solehah. Namun keutamaanku bukanlah untuk mendapat yang soleh, cuma aku hanya mahu memperbetulkan diri yang selama ini sudah terpesong jauh.

Akhir kata, aku mengagumimu kerana agama yang ada padamu. Bukan kerana kekayaanmu, bukan kerana ketampanan wajahmu, bukan kerana keturunanmu dan bukan jua kerana popularitimu.


Aku menyenangi perasaan itu biarpun aku tahu kau bukan jodohku. Untuk meminatimu saja aku tidak layak, apatah lagi berharap yang lebih jauh.


Semoga kau beroleh rahmat dari-Nya~

bila bahagia mulai menyentuh
seakan ku bisa hidup lebih lama
namun harus ku tinggalkan cinta
ketika ku bersujud....


Sekian dari ana.....
Wassalam..



No comments:

Post a Comment