Saturday, February 5, 2011

Perkongsian hidup:Emangnya pacar itu perlu?

  Salam alaikum sahabat-sahabat sekalian..Alhamdulillah,segala puji-pujian selayaknya hanya pada Allah,Tuhan sekalian alam...selayaknya hanya pada Dia kerana Allahlah yang mencipta,memberi dan menghapuskan nikmat-nikmat itu..


mereka bilang,punya pacar itu indah?





   Post kali ini bersahaja.Mungkin ada yang kata ianya bersifat peribadi,tazkirah atau apa-apa sajalah.Pada ana,ianya satu perkongsian yang mungkin ada input yang kalian bakal peroleh..

KISAH 1
  Satu petang di matrik,sedang ana duduk bersama seorang sahabat,dia bersuara.."Iqin,nak bagitau news gembira ni.Kalau ada kawan kita yang bina masjid,kita pun kena turut sama gembira kan?"..Ana menjawab,"siapa?".
"Ala,Syukri dengan Nadia...Diorang dah bercouple balik ko tau..Aku sebagai member diorang hepi mendengarnye tau..ko?hepi tak?"..ana menjawab,"Ya Allah..kalau bina masjid,boleh bawa ke syurga tau.Ini bukan bina masjid untuk bersama kat syurga,tapi neraka sahabatku..".."Emm..."..kata sahabat saya..

KISAH 2
  Petang tadi,waktu ana jaga kedai,ada seorang pelanggan (pak cik).Beliau memang setiap hari membeli ayam di kedai ayah ana.Sebelum beliau keluar dari kedai selepas habis membayar,sempat beliau bertannya,"Dah ada pakwe?"..Ana jawab dengan tersenyum dek soalan yang tetiba itu,"Eh,tak de la."..Pak cik bertanya lagi,"ye ke...."..ana jawab,"Betul..."..And lastly pak cik itu cakap,"Bagus2..belajar dulu."..

JAWAPAN SAYA

for sure i'll say no to couple!


  Pada pandangan ana,semua perempuan bila umurnya semakin meningkat,soalan ini bukan lagi soalan yang asing buat mereka(kami).Sebab itu jugalah kita seharusnya berfikir secara matang sebelum menjawab soalan seperti itu..
  Semakin banyak persoalan yang sejenis dengan soalan-soalan di atas,semakin ana mencari solusinya.Kata-kata ini hanya hati yang mampu berkata..

    "TAK PERLULAH AKU NAK MENCARI CINTA LELAKI.BILA TIBA SAAT SEPERTI YANG ALLAH DAH TETAPKAN KAT LUH MAHFUZ TU,CINTA DIA AKAN DATANG TANPA AKU PINTA,SABARLAH WAHAI HATI.MASIH BANYAK TANGGUNGJAWABMU PADA AGAMA,KELUARGA,DAN DIRIMU SENDIRI YANG MASIH BELUM SEPENUHNYA KAU TUNAIKAN."

sibukkan dirimu bercinta denganNya.itu lebih indah~


hanya bila tiba saat itu ya Allah,pertemukan aku dengan yang telah Kau tetakan.amin...


PESAN ANA UNTUK DIRI DAN SEMUA...
JANGAN TERLALU MEMIKIRKAN SOAL CINTA ITU..
RASANYA MASIH BELUM PUNYA KELAYAKN UNTUK MEMIKIRKANNYA..
WALLAHUA'LAM!

saat ini,hati kita sepenuuhNya untuk Dia~

No comments:

Post a Comment