Saturday, February 12, 2011

Andai dia bersama kita saat ini..


we miss u a lot ya habibullah!


   Sollu alaik ya Rasulullah..


  Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..Dengan izinNya sahaja ana bisa mengupdate blog dalam waktu yang sangat-sangatlah sempit ini.Alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah... Almaklumlah,student matrik mana ada yang free?Am i right?=)tutor,assignment,tutor,assignment,bla bla bla...Tapi,tujuan ana mengupdate blog petang ni bukan nak cerita tentang life kat matrik,tapi nak menulis serba sedikit tentang kita dan dia.Siapa dia itu?

  Have you ever and ever think once in ur life?Sitting with the Prophet?And what would you say to him?Have you?
WATCH THIS PLEASE..EVEN YOU YOU HAD WATCH IT,WATCH AGAIN....




Bagaimana pula dengan kita?
Andai kekasih Allah itu ada di zaman kita sekarang?
Zaman yang seakan lebih teruk jika dibandingkan dengan zaman jahiliyah,sebelum datangnya kekasih Allah itu membawa Islam?
Tepuk dada tanya iman..


Hayati pula lirik nasyid dari Sami Yusuf ini..


Apa Rasulullah masih mampu mengukirkan sebuah senyuman?
Apa Rasulullah masih mampu mengucap Subhanallah?
Atau..
Rasulullah hanya mampu rebah tatkala melihat muda-mudi berseronok seakan tiada yang memerhati?
Rasulullah hanya mampu mengalirkan air matanya saat melihat dunia kini hanya segelintir sahaja yang patuh pada suruhanNya?


Inikah yang Rasulullah harapkan dari ummatnya?
Inikah pembalasan kita pada dia yang saat kewafatannya memikirkan kita?
Inikah balasan kita atas setiap perjuangannya menegakkan Islam?


Fikirkan sejenak wahai diri dan saudaraku sekalian..

Bangunlah saudaraku!
Bangun dari tidur yang dibuai mimpi yang melalaikan..
Apa hidup yang dianugerahkan oleh Allah ini masih mahu disia-siakan?
Apa cinta Rasulullah pada kita masih belum jelas?
Tidakkah kau kasih pada dia?
Tidakkah kau cinta pada dia?


Cuba kau fikir..
Apa wujud manusia selain dia yang saat kewafatannya risau memikirkan orang yang disayangi?
Apa wujud manusia selain dia yang sanggup dicemuh,dihina,dipulau dan dibenci manusia hanya kerana ingin menegakkan agama yang kita anuti sekarang?
ADA?


Masih mahu mensia-siakan pengorbanannya?
Masih mahu mensia-siakan cintanya?
Aduhai manusia..




















No comments:

Post a Comment