Assalamualaikum w.b.t..Alhamdulillah segala puji buat Tuhan pemilik sekalian alam..selawat dan salam buat kekasih Allah,nabi Muhammad s.a.w...Lmenye x mnulis..hmm..inipun sambil on9 nak siapkan asignment..the first one..hehe..rsenya mcm tjuk group ana yg agak sukar and sulit sket..tjuk diberi..HAID,ISTIHADHAH DAN NIFAS..
Dgn izin Allah yang mengilhamkan ustaz syamsul untuk beri ana and group tajuk ni..insyaAllah ana faham..klu x,member tanye masalah pun susah nak bagi pnyelesaian brdasarkan ilmu sendiri..kne rujuk shbt yg lagi arif..hehe..tu la,ade hikmah dapat tjuk susah ni..=)Thank Allah!
Nak cerita lah serba sedikit life kat KMPk nie..ana amek sc fizikal..dpt group tutor yg happening gak..diketuai oleh zubair..ikhwan yg lain..fariz,napi ngan bro lat..yg muslimat plak..nisa',aisyah,farhana,sue,fini ngan atong..x de student cine dlm tutor ana..mgkin Allah nak permudahkan urusan blajar kami kowt..susah ke kalau ade student cine??hehe..wallahua'lam..
Nak kate subjek fizik susah..hmm,bolehla.yg penting skali kne faham konsep..klu men hafal je formule x gune jgak..soklan pelbagai..x mcm student hayat..men hafal je fakta un masih boley jwb soalan..btul ke?ye la kot..kimia..boleh jgak..sume boleh..insyaAllah..kne usaha lebih lagi..
AJK masjid..huhu.sedih daku mengenangkannye..x pe la,x dek rezeki lagi..Allah nak bagi mse kat U nnt kowt...amin..mse kat masjid ana slalu tringat zaman kat skol mnengah dlu..rindu sgt2..usrah(even x slalu)..lipat tlekung sme2..waa..rindu ngan shbat2..jauh dimata,dekat dihati~insyaAllah ada rezeki Allah pertemukan di syurga kelak..amin3x..
Sampai di sini sahaja..insyaAllah klu panjg umur,Allah izinkan..ana tulis lagi..
Saturday, July 31, 2010
Friday, May 7, 2010
Dunia Baruku,KMPk
Salam buat semua..Alhamdulillah,segala puji-pujian hanya untukmu ya Tuhan..Terima kasih atas segala nikmat yang tlah Kau beri kepadaku..jua nikmat kesempatan untuk aku menulis kembali..setelah difikirkan semula,ana rasa rindu nak berblogging..mungkin ana baru sedar,tak semestinya mesti selalu di update,tapi yang penting pengisiannya berguna untuk ramai orang..kalau asyik update hari-hari pun,isinya kosong tak berguna juga..
Syukur..ana ditawarkan ke matrikulasi..biarpun keputusan tak secemerlang seperti sahabat yang lain,tapi Allah masih beri ruang untuk ana menimba ilmu-ilmuNya..alhamdulillah..baru sebentar tadi ana bertanya kakak saudara tentang kehidupan di sana(memandangkan beliau pernah menuntut di sana sebelum menerima tawaran ke asasi UM).Serba sedikit kekusutan hilang..Nampaknya,bukan mudah hidup berdikari setelah keluar dari alam persekolahan.Lebih banyak hal dan ujian yang perlu ditempuhi..nasihat kak ila,"jaga diri baik2 tau,banyak ujian di sana kelak,"..pendek,tapi penuh makna..
Ana terfikir sejenak,mampukah aku buat banyak mende dalam satu masa?kata kak ila,kat sana kuliah setiap hari..time blajar dari pukul 8 sampai pukul 5 ptg..malam pulak ada kuiz..memang penuh..oleh itu,ana ade search opinion2 di internet tenteng matrik..ini antaranya..
"Kalau anda menghadapi program SATU TAHUN matrikulasi, dengan matlamat jelas nak cepat dapat belajar ke ijazah maka pilih matrikulasi. INGAT! matrikulasi sememangnya bakal menguji kemampuan anda. Ada segolongan individu takut ke matrikulasi kerana takut gagal. Well, memanglah ada peluang gagal jika gagal merancang kejayaan sendiri. Matrikulasi adalah program khas, program terpantas masuk ke peringkat ijazah. Dalam usia 19 tahun awak dah menjejak kaki dlam tahun pertama ijazah, berbanding program diploma yang memakan masa 3 tahun. Ketika usia 21 tahun barulah menjadi pelajar ijazah di tahun pertama. Nampak tak bezanya. Matrikulasi mencabar tetapi berbaloi kerana dgn itu awak berpeluang (dgn syarat berjaya dengan cemerlang di matrikulasi dan ijazah) memotong pelajar lepasan diploma yang baru belajar ke ijazah dengan memasuki dunia pekerjaan lebih cepat. Di usia 22 tahun awak dah boleh mencari pekerjaan bersandarkan ijazah awak. Takkah berbaloi ke matrikulasi. Tetapi pastikan awak mengubah kaedah belajar dan strategi belajar, matrikulasi bukannya SPM lagi."
lagi ....
Pastikan sahaja kehadiran anda di kolej matrkulasi nanti dengan tekad yang jelas. NGPK mesti dijadian sasaran utama, pastikan tertinggi dan subjek/courses paper dapat capai gred yang terbaik. Anyway, tips sifu ialah, SEM 1 mesti target dan usahakan NGPK 4.00 (jika boleh) supaya kalau ada sedikit masalah dlm SEM 2, NGPK tidak terjejas dengan teruk. Nak tahu lebih lanjut, jumpa kaunselor di kolej matriks nanti, tak pun jumpa mana-mana pensyarah/pengajar minta penerangan bagaimana NGPK dinilai.
lagi..
“matriks kalau anda nak join kena benar-benar struggle!! sebab bagi ana matriks macam satu platform untuk memperbaiki peluang yg terlepas masa spm. Lebih kurg mengulangi spm tapi dengan lebih singkat iaitu satu tahun. Ada belajar lebih sikit tapi mmg byk. ni hakikat matriks”
.....dengan ini.......
Duhai Tuhan,aku meminta padaMu..pinjamkan aku sedikit kekuatanMu untuk aku kuat menghadapi semua ini..Berikan aku kesempatan untuk bersamaMu biarpun sibuk menimba ilmuMu..jangan biarkan aku lupa pada amanah yang kau letak di bahuku..jangan biarkan aku jauh dari matlamat dan jalan yang Kau redhai..Aku meminta kerna aku tak punya apa-apa Ya Allah..semuanya datang dariMu..Kurniakan aku teman yang bisa mengingatkan aku andai aku bukan lagi di jalanMu..sahabat yang selalu menghalang aku dari mengingkari suruhanMu..Redhailah semua usahaku kelak Ya Allah..Amin Ya Rabbal 'Alamin...
Wednesday, March 31, 2010
Syahdunya Redha suami...
...Renungan Bersama...
~petikan dari Halaqah.net~
Hari ini ummi ingin mengingatkan suami dan isteri , hiduplah kita dalam redha meredhai, sebab matlamat hidup kita cuma satu, iaitu ingin mati dalam redha Allah. Mati dalam husnul khatimah. Tidak ada orang yang bercita-cita mati dalam suul khatimah...
Ummi bawa satu kiriman kisah suami isteri yang bagi ummi amat menyentuh hati, dan menjadi motivasi kepada ummi untuk terus mentaati suami agar ummi juga terpilih meniggalkan alam dunia ini seperti isteri lelaki ini...
Dan suami juga mestilah menerima isteri seadanya, didik isteri dan saat kematian nya itu yang diharapkan, mendapat redha suami, kerana redhanya Allah kepada seorang isteri bergantungnya redha suami kepada isterinya. Redhanya Allah kepada seorang suami apabila redhanya ibu bapa kepadanya.
Hayatilah kisah ini buat pedoman dan iktibar kita suami, yang baik jadikan tauladan.
KEBAHAGIAAN SEORANG SUAMI
Seorang lelaki telah berumah-tangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan, kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.
Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, ia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya.
Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan ta'ziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.
Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata: " semoga tidak ada sesiapapun dari kamu yang mengucapkan ta'ziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kata ku ini."
Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu...
Si suami meneruskan kata-katanya: " Demi Allah yang tiada AIlah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.Maha Suci Allah Ta'ala, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana ia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga ia telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi (salla 'Llahu 'alayhi wa aalihi wa sallam);
"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redho kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."
Tatkala akan meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata:
"Wahai Allah, Aku sesungguhnya redho kepadanya, maka redhoilah ia." Kulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku..
Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat ku gambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang ku rasakan ini.
Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan ta'ziah kepada ku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redho kepadanya.. Semoga Allah Ta'ala menerima isteriku dengan keredhoan-Nya.
Renungan untuk ana dan semua..m0ga kita ber0leh redha dari Allah dan jua suami..ayo!jadi muslimah solehah!
Monday, March 29, 2010
buku dari KLIBF...
Alhamdulillah..ana diberi kesempatan ke Pesta Buku Antarabangsa di PWTC ptg td..mmg dah saat akhir kiranya..dua dari buku yang ana mmg dah listkan dpt ana beli alhamdulillah..cuma buku DIMANA DIA DIHATI KITA dari Pahrol Juoi ana tak sempat nak beli..tapi apapun,syukur sangat..hmm..ana juga tak berkesempatan bertemu novelis kegemaran,kak Fatimah Syarha bersama suami dan anak..disebabkan ana tiba di sana ptg..mudah-mudahan di masa akan datang,ana diberi peluang oleh Allah untuk bertemu dengannya..amin..
Di sini ana nak kongsikan serba sedikit tentang tiga buku yang ana baru shj beli di sana..
-Tawajuh Cinta karya Juwairiah Md. Jamil
sin0psis:3 cerpen hasil karya penulis muda ini dihimpunkan dalam satu kumpulan cerpen "Tawajuh Cinta" yang menyelami kehidupan dan jiwa remaja dalam menghadapi pelbagai konflik dan keindahan makna cinta.Berkisar kehidupan dan keluarga yang tidak lari dari pencarian keredaan Allah..
-Denyut Kasih Medik karya Dr. Farhan Hadi
sin0psis:erupakan sebuah kisah perjuangan seorang doktor muda mengaplikasikan syariat di hospital ketika bergelar doktor pelatih(houseman).Ia juga kisah masyarakat kerana menyentuh isu-isu perubatan dalam kehidupan masyarakat.Bukan itu sahaja,ia kisah seorang pemuda yang hidupnya sarat impian dan cita-cita.Lebih menarik,ia bukan sahaja menyentuh fiqh perubatan,bahkan turut menyelitkan fiqh wanita dan fiqh cinta.
-Sinergi karya Hilal Asyraf
sin0psis:Ukhuwwah dua sahabat,Rasyid Zakwan dan Irfan Hakimi,menyebarkan 'aura' harmoni kepada masyarakat sekeliling khususnya pelajar melayu di Jordan.Konflik mula timbul dengan kehadiran Sara Nasuha.Bukan konflik dengki-mendengki tetapi konflik untuk menjaga kelansungan ukhuwwah yang berlandaskan keimanan.Disaster Five hadir dengan misi membuat kacau-bilau.Konflik dua sahabat diambil sebagai peluang keemasan bagi merosakkan ukhuwwah mereka.Irfan dan rakan-rakan bertindak balas untuk 'menawan'.Tetapi siapa yang menawan siapa?Sebesar-besar dendam dan selicik-licik Disaster Five,ada insan yang lebih besar dendamnya dan lebih licik tindakannya.Dia ialah...Secret.
Buat sahabat2 sekalian,marilah membaca buku2 ini..:)..banyak faedahnya..mendekatkan kita kepadaNya..Doa ana buat penulis2 novel islami seperti saudari Juwairiah,Dr Farhan Hadi dan saudara Hilal Asyraf,moga usaha kalian mendapat keberkatanNya..amin..
Di sini ana nak kongsikan serba sedikit tentang tiga buku yang ana baru shj beli di sana..
-Tawajuh Cinta karya Juwairiah Md. Jamil
sin0psis:3 cerpen hasil karya penulis muda ini dihimpunkan dalam satu kumpulan cerpen "Tawajuh Cinta" yang menyelami kehidupan dan jiwa remaja dalam menghadapi pelbagai konflik dan keindahan makna cinta.Berkisar kehidupan dan keluarga yang tidak lari dari pencarian keredaan Allah..
-Denyut Kasih Medik karya Dr. Farhan Hadi
sin0psis:erupakan sebuah kisah perjuangan seorang doktor muda mengaplikasikan syariat di hospital ketika bergelar doktor pelatih(houseman).Ia juga kisah masyarakat kerana menyentuh isu-isu perubatan dalam kehidupan masyarakat.Bukan itu sahaja,ia kisah seorang pemuda yang hidupnya sarat impian dan cita-cita.Lebih menarik,ia bukan sahaja menyentuh fiqh perubatan,bahkan turut menyelitkan fiqh wanita dan fiqh cinta.
-Sinergi karya Hilal Asyraf
sin0psis:Ukhuwwah dua sahabat,Rasyid Zakwan dan Irfan Hakimi,menyebarkan 'aura' harmoni kepada masyarakat sekeliling khususnya pelajar melayu di Jordan.Konflik mula timbul dengan kehadiran Sara Nasuha.Bukan konflik dengki-mendengki tetapi konflik untuk menjaga kelansungan ukhuwwah yang berlandaskan keimanan.Disaster Five hadir dengan misi membuat kacau-bilau.Konflik dua sahabat diambil sebagai peluang keemasan bagi merosakkan ukhuwwah mereka.Irfan dan rakan-rakan bertindak balas untuk 'menawan'.Tetapi siapa yang menawan siapa?Sebesar-besar dendam dan selicik-licik Disaster Five,ada insan yang lebih besar dendamnya dan lebih licik tindakannya.Dia ialah...Secret.
Buat sahabat2 sekalian,marilah membaca buku2 ini..:)..banyak faedahnya..mendekatkan kita kepadaNya..Doa ana buat penulis2 novel islami seperti saudari Juwairiah,Dr Farhan Hadi dan saudara Hilal Asyraf,moga usaha kalian mendapat keberkatanNya..amin..
Thursday, March 25, 2010
pengumuman..JOM MASUK U
Karnival Pengajian Tinggi Negara (KPTN) Tahun 2009 adalah Anjuran Kementerian Pengajian Tinggi Dengan Kerjasama Kementerian Pelajaran MALAYSIA. "JOM MASUK U" merupakan program tahunan KPT dan telah dilaksanakan semenjak tahun 2005. Program ini diteruskan pada tahun 2009 untuk tahun ke 5 pelaksanaan berdasarkan maklum balas positif yang diterima dari kaunselor, pendidik, pelajar, ibu bapa, masyarakat umum dan stake holders lain. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
KPT telah menggunakan tagline ‘’JOM MASUK U’’ bagi memotivasikan para pemohon untuk mendapatkan maklumat tepat dan terkini mengenai peluang pendidikan tinggi di Malaysia.
UNTUK MAKLUMAT LANJUT..
http://upu.mohe.gov.my/portal/outreach/hebahan.php
http://upu.mohe.gov.my/index1.php
Subscribe to:
Posts (Atom)